CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1419|Reply: 14

[Politik] graf hutang Kerajaan Malaysia Baru

[Copy link]
Post time 19-3-2019 09:41 AM | Show all posts |Read mode
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 19-3-2019 09:42 AM | Show all posts
Najib Razak
12 hrs ·

Saya lukis supaya Rakyat senang faham.

Hutang rasmi kerajaan pada tahun 2016 ialah RM648.5 bilion, naik RM17.9 bilion dari RM630.5 bilion pada tahun 2015.

Hutang ini meningkat RM38.4 bilion kepada RM686.8 bilion pada akhir 2017, iaitu tahun akhir BN mentadbir.

Selepas PH mengambil alih, hutang kerajaan naik RM54.2 bilion pada tahun 2018 menjadi RM741.1 bilion.

Ini kadar kenaikan yang jauh lebih besar berbanding tahun-tahun sebelum ini.

Angka-angka ini adalah dari BNM: http://www.bnm.gov.my/index.php…

Saya juga perhatikan dari laman bondinfo BNM di dalam 3 bulan pertama tahun ini, kerajaan PH telah terus meminjam dalam pasaran sukuk dan bon.
https://www.facebook.com/…/a.294787430951/10155937477320952/

Bila ditambah dengan bon Samurai RM7.3 bilion, maka hutang negara menjadi RM768.8 bilion pada hari ini - iaitu RM81.96 bilion lebih tinggi berbanding akhir tahun 2017.
Dulu kata Bon Samurai untuk bayar balik hutang "lebih mahal" BN tetapi dah U-Turn - untuk projek baru. Bukan lagi untuk bayar hutang. Rakyat ditipu lagi.
https://www.facebook.com/…/a.294787430951/10155938057215952/

Jika kerajaan PH tak jarah RM82 bilion tahun lepas dari rizab Petronas yang BN tinggalkan, maka hutang sebenar kerajaan hari ini akan menjadi RM850.8 bilion - iaitu RM163.96 bilion lebih tinggi berbanding masa BN.
https://www.facebook.com/…/pcb.101559377…/10155937778685952/

Ini belum ambil kira dividen RM1.5 bilion yang Khazanah terpaksa bayar walaupun rugi untuk tahun lepas atau aset-aset negara yang sudah dan terus dijual.

Antara 4 sebab mengapa kerajaan PH kekurangan hasil adalah:

1. Hasil SST jatuh berbanding hasil GST.
2. Ekonomi yang telah lembab selepas PH menang menyebabkan hasil kerajaan dari cukai, duti dan dividen dari GLC jatuh.
3. Unjuruan harga minyak dunia pada US$72 ditetapkan dalam Bajet 2019 oleh Menteri Kewayangan tidak tercapai. Harga minyak dunia tidak pernah sampai tahap ini selepas Bajet diumumkan. Ini menyebabkan bajet sudah lari dan hasil yang diunjurkan kurang.
4. Duit sudah diguna entah mana oleh PH walaupun banyak projek rakyat telah dihentikan dan bantuan rakyat telah diturunkan atau dimansuhkan.

Selepas perbahasan saya di Dewan Rakyat, saya tengok beberapa portal media PH naikkan cerita saya pejam mata di Mahkamah sebagai Berita Utama mereka.

Saya pun tak faham kenapa berita saya pejam mata atau ke bilik air untuk 5 minit itu lebih penting dari cerita hutang kerajaan yang telah naik dengan dashyat selepas PH mengambil alih.

Mungkin cerita-cerita seperti ini adalah untuk mengalih perhatian dari apa yang saya telah sampaikan di Dewan Rakyat hari ini?

RM163.96 bilion bukan jumlah yang kecil. Tak mustahak ke?

Walaubagaimanapun, angka-angka yang saya dedahkan di sini adalah sangat sukar untuk disangkal oleh PH kerana ianya berdasarkan laporan dan data rasmi dari kerajaan PH sendiri.

Oleh itu, saya jangka Menteri-menteri PH akan terus membisu supaya rakyat tidak tahu tentang isu hutang ini.








Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 19-3-2019 10:20 AM | Show all posts
bangcak dodol gemuk dan knights mana baca berita camni? mereka menyorok bawah kopek  lembu
Reply

Use magic Report

Post time 19-3-2019 10:22 AM | Show all posts
Jangan harap la menteri kewayangan Nobita LGE
dapat jawab dan tangkis

mahacai2 RBA apatah lagi

semua buat2 buta tak nampak punyalah
Reply

Use magic Report

Post time 19-3-2019 10:24 AM | Show all posts
kita marah macam mana pun xkan layan, jadi sekarang kita biarkan tun kt atas dan jangan bagi abg non naik biar apek cina marah..
Reply

Use magic Report

Post time 19-3-2019 10:27 AM From the mobile phone | Show all posts
CiliPadiSedap replied at 19-3-2019 10:24 AM
kita marah macam mana pun xkan layan, jadi sekarang kita biarkan tun kt atas dan jangan bagi abg non ...


Kita puji2a Mahathir depan Apek...mesti apek menyirap
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 19-3-2019 10:31 AM From the mobile phone | Show all posts
Apa perasaan orang2 yang menderma untuk bayar hutang negara aritu? Dibayar ke tidak?
Reply

Use magic Report

Post time 19-3-2019 10:46 AM From the mobile phone | Show all posts
Hutang 1 trilion yg dicanang2kan dulu bakal menjadi kenyataan di bawah mereka sendiri
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 19-3-2019 10:54 AM From the mobile phone | Show all posts
RED 666 replied at 19-3-2019 10:46 AM
Hutang 1 trilion yg dicanang2kan dulu bakal menjadi kenyataan di bawah mereka sendiri

mcm kisah budak dan serigala

budak menjerit.. serigala serigala....
rupanya tipu
lepas tu serigala dtg betul
budak tu menjerit serigala... serigala
takda org dtg bantu
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 19-3-2019 11:00 AM From the mobile phone | Show all posts
Jahanam negara. Hutang bertambah2, pelabur pulak habis lari...bursa meredum...syarkat2 milik khazanah, milik kwsp rugi teruk. Kita tunggu pengumuman dividen kwsp pulak nanti
Reply

Use magic Report

Post time 19-3-2019 11:11 AM | Show all posts
orgsepang replied at 19-3-2019 10:31 AM
Apa perasaan orang2 yang menderma untuk bayar hutang negara aritu? Dibayar ke tidak?

atok kata tu simbolik je, dia tak nak bayar hutang pun dgn duit tu...

                                    Tabung Harapan simbol patriotisme, bukan untuk bayar hutang negara – Tun Mahathir                                                                           
                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                           
                                                                                                                        
                                                        
                                                               
                        Kerajaan PH akan menghentikan kutipan Tabung Harapan Malaysia (THM) seawal bulan September nanti, kata Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad hari ini.
Katanya, inisiatif itu merupakan simbolik untuk menunjukkan semangat patriotik rakyat Malaysia dan bukan bertujuan untuk membayar hutang kerajaan.
Sejak dilancarkan pada 30 Mei 2018, tabung tersebut teah berjaya mengumpulkan sebanyak RM180 juta melalui kutipan langsung dan secara dalam talian.
Pada awalnya THM dilancarkan bertujuan untuk membantu kerajaan membayar hutang negara yang dikatakan telah mencecah RM1 trilion.

Reply

Use magic Report

Post time 19-3-2019 11:23 AM From the mobile phone | Show all posts
jadi ramalan negara akan bangkrap memang benar akan terjadi. tp bukan dibawah bn.
Reply

Use magic Report

Post time 19-3-2019 11:27 AM | Show all posts
orgsepang replied at 19-3-2019 10:31 AM
Apa perasaan orang2 yang menderma untuk bayar hutang negara aritu? Dibayar ke tidak?

derma msuk poket ke??kesian kalu xsilap meollss acik2 gomen smpai kne potong dr gaji semata2 nk msuk dlm tabung harapan ea?
mohon pakaton amik la sohai hantu gg jadi muntri dorang sbab sama2 gunakn tabung harapan untuk kelangsungan hidup..
Reply

Use magic Report

Post time 19-3-2019 12:29 PM | Show all posts
ada la sekoq ahaci pakatan haramjada bowdow tu....dia defisit kewangan dan bajet defisit pun tak tau makna tak reti beza...mungkin dia ni ahli parlimen jelotong....bedak sapu kat dahi pagi2 tapi bowdow tetap tebai...wakakakakakkakakkaka
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 19-3-2019 01:10 PM From the mobile phone | Show all posts
lkick2113 replied at 19-3-2019 11:11 AM
atok kata tu simbolik je, dia tak nak bayar hutang pun dgn duit tu...

                          ...

Kutip tabung harapan bukan utk byr hutang 1T. Buat loan samurai 7.3 bil pun bkn utk byr hutang 1T spt yg dipropagandakan (dikencingkan)
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

19-4-2024 09:25 PM GMT+8 , Processed in 0.078624 second(s), 45 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list