|
GEORGE TOWN - Mayat seorang lelaki disyaki warga tempatan ditemui terapung di dalam laut berdekatan kelong ikan di Persiaran Karpal Singh di sini hari ini.
Mayat tanpa identiti itu dijumpai oleh orang awam kira-kira pukul 5.50 petang sebelum menghubungi pihak polis.
Difahamkan, mayat ditemui dalam keadaan terikat dengan seutas tali pada badannya dengan sebuah bot nelayan.
Ketua Polis Daerah Timur Laut, Asisten Komisioner Che Zaimani Che Awang berkata, mayat dipercayai berketurunan Cina itu ditemui dalam keadaan lengkap berpakaian dan memakai kasut but keselamatan.
"Hasil siasatan di tempat kejadian dan pada badan mangsa mendapti tiada sebarang kecederaan.
"Mayat mangsa dihantar ke Hospital Pulau Pinang bagi urusan bedah siasat," katanya dalam satu kenyataan sebentar tadi.
Che Zaimani berkata, kes itu diklasifikasikan sebagai kematian mengejut. - K! ONLINE
|
Rate
-
2
View Rating Log
-
|