|
GEORGE TOWN - Seorang lelaki warga emas diemui mati bersendirian di dalam sebuah rumah tinggal di Jalan Md. Taib, Jelutong di sini hari ini.
Mangsa, Pakir Mohd. Shaik Abdul Kader, 71, ditemui oleh orang awam dalam keadaan tidak sedarkan diri kira-kira pukul 9.20 pagi sebelum disahkan telah meninggal dunia oleh pihak Hospital Pulau Pinang.
Ketua Polis Daerah Timur Laut, Asisten Komisioner Che Zaimani Che Awang berkata, siasatan pihaknya di lokasi kejadian tidak menjumpai sebarang kesan pergelutan atau kecederaan luaran pada tubuh si mati.
"Tiada senjata ditemui di lokasi kejadian dan telah disahkan oleh pegawai forensik polis.
"Pemeriksaan di sekitar rumah terbiar dan kosong itu mendapati ia dipenuhi dengan sampah sarap serta keadaan rumah tidak terurus," katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Che Zaimani berkata, pihaknya menklasifikasikan kes itu sebagai kematian mengejut. - K! ONLINE
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|