View: 631|Reply: 3
|
[Dunia]
Cadangan Beri Status Penduduk Tetap Buat Keluarga Mangsa Serangan Christchurch
[Copy link]
|
|
19 Mar 2019
WARTAWAN SINAR HARIAN
AUCKLAND - NEW ZEALAND.Cadangan memberi status penduduk tetap buat ahli keluarga mangsa serangan pengganas di masjid Christchurch sedang dipertimbangkan, kata Menteri Imigresen, Iain Lees-Galloway.
"Kami sedang mempertimbangkan segala isu yang timbul susulan serangan yang berlaku tempoh hari," kata Lees-Galloway.
Terdahulu, bekas menteri imigresen,Tuariki Delamere dalam surat kepada Lees-Galloway mencadangkan agar ahli keluarga mangsa yang telah memohon status penduduk tetap diberi kelulusan segera, dan mereka yang belum berbuat demikian akan ditawarkan perkara yang sama.
Delamere dan sebahagian besar rakyat New Zealand percaya mereka yang maut dalam serangan pengganas Jumaat lalu meninggal dunia sebagai rakyat New Zealand.
"Tidak menawarkan keluarga mangsa status penduduk tetap akan menjadi salah satu sebab untuk pengganas meraikan kejayaannya" kata Delamere.
Kebanyakan dari 50 mangsa yang terkorban dalam serangan yang dilakukan pengganas kulit putih Brenton Tarrant itu merupakan warga asing yang tinggal di New Zealand menggunakan visa sementara. - NZHERALD |
Rate
-
2
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Apa khabar haziq? ...erm lagilah penduduk tempatan kalau ada yg racist marah kut dgn cadangan ni... |
|
|
|
|
|
|
|
Author |
Post time 19-3-2019 12:34 PM
From the mobile phone
|
Show all posts
noor2 replied at 19-3-2019 12:32 PM
Apa khabar haziq? ...erm lagilah penduduk tempatan kalau ada yg racist marah kut dgn cadangan ni...
Haziq masih tiada berita setakat ini |
|
|
|
|
|
|
|
Remyda replied at 19-3-2019 12:34 PM
Haziq masih tiada berita setakat ini
Ya Allah sedihnya ibu bapa dia.... |
|
|
|
|
|
|
| |
|