CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1021|Reply: 9

[Tempatan] Melayu akan bebaskan Baitulmaqdis - Presiden Kesatuan Ulama Luar Negara Palestin

  [Copy link]
Post time 19-3-2019 12:37 PM | Show all posts |Read mode

PENGERUSI Kesatuan Ulama Palestin Luar Negara, Sheikh Dr Nawaf Takruri ketika membentangkan Topik " Kesan Balfour & Realiti Masa Kini" pada Forum Antarabangsa MyAQSA 100 Tahun Musibah Balfour di Masjid Wilayah Persekutuan. - Foto Osman Adnan


KUALA LUMPUR: Saya percaya bangsa Melayu akan membebaskan Masjid Al Aqsa. Perkara ini akan berlaku, Insya Allah," kata Presiden Kesatuan Ulama Luar Negara Palestin, Sheikh Dr Nawaf Takruri.

Sheikh Nawaf berkata, Malaysia sentiasa berada di belakang Palestin memperjuangkan kebebasan dan hak umat Islam tanpa kompromi.

Katanya, beliau yakin Malaysia akan mara sebagai mujahidin (pejuang) bersama bala tentera untuk memperjuangkan nasib Baitulmaqdis yang diiktiraf Presiden Amerika Syarikat sebagai ibu kota Israel dan memindahkan kedutaannya dari Tel Aviv ke wilayah itu.

"Seperti mana pejuang Salahuddin Al Ayubi, dia bawa bala tenteranya disertai orang bukan Arab untuk membebaskan Baitulmaqdis.

"Di bawah pimpinan Sultan Abdul Hamid, Turki menaungi Masjid Al Aqsa. Insya Allah, akan berlaku bangsa Melayu membebaskan Masjid Al Aqsa," katanya.

Beliau menjawab soalan mengenai saluran untuk berjihad ketika menjadi panel Forum Antarabangsa MyAqsa bertajuk 100 Tahun Musibah Balfour, di Masjid Wilayah Persekutuan, hari ini.

Panel lain ialah Ahli Parlimen Kuala Nerus, Datuk Dr Khairuddin At-Takiri, dan Ketua Unit Hak Asasi Manusia dan Pertubuhan Antarabangsa, Jabatan Peguam Negara, Salahudin Datuk Hidayat Shariff.

Sesi berkenaan dihoskan Felo MyAqsa, Wan Mohd Sharafi Wan Mustafa.

Ketika ditanya hubungan politik Amerika Syarikat dengan negara-negara Arab, Sheikh Nawaf berkata Malaysia perlu berpegang teguh kepada pendirian membebaskan Baitulmaqdis dan mengutamakan masa depan Islam walau berdepan pelbagai cabaran.

"Pemimpin Arab hari ini lebih menjaga kepentingan dan kedudukan masing-masing, bukannya kemaslahatan dan kesucian umat Islam," katanya.

Sementara itu, Khairuddin berkata rakyat Malaysia perlu menyatakan solidariti membebaskan Baitulmaqdis melalui doa, bantuan kewangan dalam pelbagai cara termasuk ketenteraan dan ekonomi sehingga musibah itu berakhir.

"Kita tidak ajak rakyat kita ke Palestin tetapi wajib buat dengan doa, bantuan kewangan dan prihatin dalam isu ini. Kalau orang protes, orang bising, kita tidak ambil perhatian, maksudnya kita tidak prihatin nasib saudara kita.

"Bangkit bermusim sudah jadi adat rakyat kita, tetapi kesedaran kena sentiasa ada. Waktu sedar kita kena bangkit berpanjangan, bukan bangkit sehari diam setahun. Pertubuhan bukan kerajaan (NGO) diminta bangkitkan isu ini sehingga berakhir," katanya.

Sementara itu, Salahudin mahu Malaysia menggunakan pentas Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) untuk mencabar Perjanjian Balfour yang dilihat sebagai retorik politik kuasa-kuasa besar.

"Sampai sekarang Malaysia, satu-satunya negara yang tidak mengiktiraf Israel sebagai sebuah negara. Jadi cara terbaik adalah OIC mencabar Perjanjian Balfour di mahkamah antarabangsa atau negara Islam bergabung di Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) perjuangkan isu ini. Itu lebih baik," katanya.







Rate

2

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 19-3-2019 01:08 PM From the mobile phone | Show all posts
Melayu tulin ke?
Reply

Use magic Report

Post time 19-3-2019 01:26 PM From the mobile phone | Show all posts
Tak payah nk petik2 weols. Farkk
Reply

Use magic Report

Post time 19-3-2019 01:37 PM | Show all posts
paling hampir masa kemuncak kuasa ISIS
tp bpe kerat je melayu join sampai tahap komander?

duk sebelah bukit Golan pun duk senyap je

jgn duk pndang sgt phrophecy imam mehdi pemuda kicap tamin tu
xkemana ntinya duk tunggu ja
Reply

Use magic Report

Post time 19-3-2019 01:52 PM | Show all posts
still learn nothing dr Christchurch     ...  bagi yg berminat  pupuk pahala dlm bab ni tolong la pi join kat bumi deols tu

iols x nak kes sama berlaku kat bumi Melayu ni  ... juga tak harap negara weols dlm senarai
Amerika utk di serang spt Iraq dan Afghanistan

kalu nak tunjuk telor,  tunjuk la kat tempat yg elok
Reply

Use magic Report

Post time 19-3-2019 01:57 PM | Show all posts
so kesimpulan nye ...  Melayu mmg susah nak mencontohi Korea Jepun,    sbb weols masih ramai kene sibuk bab ni
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 19-3-2019 02:06 PM From the mobile phone | Show all posts
Ko bawa la tok2 aji Malaysia YG bukak pusat tahfiz haram tu pergi berperang untuk Palestin.

Cepat sikit pupus
Reply

Use magic Report

Post time 19-3-2019 02:16 PM | Show all posts
Melayu besar. Pinoy & orang asal NZ pun keturunan melayu.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 19-3-2019 02:25 PM | Show all posts
Woonya Bangganya jadi Umat Suci Mulia Perkasa dan Cerdik Pandai Melayu .....Memang betol hanya umat melayu Malaysia yang terpilih membebaskan baitimaqdis dan membawa kejayaan kembali islam ...
Reply

Use magic Report

Post time 19-3-2019 03:59 PM From the mobile phone | Show all posts
AbukRokok replied at 19-3-2019 05:37 AM
paling hampir masa kemuncak kuasa ISIS
tp bpe kerat je melayu join sampai tahap komander?


Apa kelas masuk ISISsies. Arab bapok lahir untuk diburu sampai menyorok dalam purdah
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

20-4-2024 11:17 AM GMT+8 , Processed in 0.762642 second(s), 39 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list