CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 642|Reply: 1

[Tempatan] 1,000 kayu balak musnah terbakar dI Kemaman

[Copy link]
Post time 19-3-2019 02:56 PM | Show all posts |Read mode
KEMAMAN - Sebanyak 1,000 kayu balak pelbagai jenis yang berada di kawasan penyimpanan terbuka sebuah kilang papan, Pesama Timber Corperation Sdn. Bhd. di sini musnah dalam kebakaran malam tadi.

Kejadian pada pukul 10 pagi itu melibatkan kawasan penyimpanan kayu balak tersebut seluas kira-kira 0.01 hektar dan melibatkan kerugian dianggarkan melebihi ratusan ribu ringgit.

Ketua Zon 2 Jabatan Bomba dan Penyelamat Terengganu,  Azmi Ab. Rahim berkata, kebakaran tersebut mula disedari salah seorang pengawal keselamatan yang sedang melakukan rondaan sebelum memaklumkan kejadian itu kepada pihak berkuasa.

"Dua pasukan anggota bomba dengan kekuatan tiga jentera dan sebuah lori tangki air dari Balai Bomba dan Penyelamat Kemaman dan Chukai di sini telah bergegas ke lokasi kejadian sebaik menerima maklumat kebakaran berkenaan.

"Sewaktu tiba di lokasi kejadian, hampir 80 peratus kayu balak yang terdapat di kawasan penyimpanan terbuka terbabit telah hangus terbakar," katanya ketika dihubungi Kosmo! di sini hari ini.

Azmi berkata, sisa habuk kayu yang banyak di lokasi kejadian turut memburukkan lagi keadaan kerana ia membantu api kebakaran lebih marak.



Rate

2

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 20-3-2019 11:28 AM | Show all posts
Allahu.. sb cuaca panas, puntung rokok, atau khianat atau ape?
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

27-4-2024 05:22 AM GMT+8 , Processed in 0.051768 second(s), 31 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list