CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: R2D2

[Tempatan] 400,000 (25 peratus dari 1.7 juta) staff gomen ada masalah tekanan perasaan. Ala

[Copy link]
Post time 21-3-2019 11:40 AM From the mobile phone | Show all posts
Stress kalau banyak kerja manual & tedious tak diautomate kan.

Kalau automate, routine tasks tu boleh masuk workflow . Tapi yelah, karang bila introduce automation, banyakla vss.

But that's the only way to go. Bayar maintenance for automation maybe tinggi, tapi reduce human intervention dan require skilled workers.
Nak ke gomen introduce these initiatives?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 21-3-2019 11:48 AM | Show all posts
terteka dan ditekan2 sebab gomen pilihan hati mereka iaitu PH akan swastakan mereka... hahahahahahahahahahahahah
Reply

Use magic Report

Post time 21-3-2019 10:16 PM From the mobile phone | Show all posts
RED 666 replied at 20-3-2019 10:32 AM
Ooooo badan berkanun, sama mcm lhdn kwsp juga, walaupun ada elaun mcm gomen tapi mereka xde pencen ...

Takde pencen. Tapi ada ura2 kata nk bawak balik ke sistem JPA. Ai tak rasa staff2 dlm to agree pun sb bonus deme dah menimbun. Sanggup ker deme nak pulangkan balik cash tue smua untuk pencen? But staff lama2 katanya still bawah JPA especially pangkat pembantu tadbir gred 19. To yang ai dengar from my friend masa weols gi expo Orang Asli tak lama dolo
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 22-3-2019 08:32 PM | Show all posts
Penjawat awam tertekan, JPA tak dapat sahkan data


JABATAN Perkhidmatan Awam (JPA) tidak dapat mengesahkan kesahihan data didedahkan Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS) mengenai 400,000 penjawat awam yang mengalami tekanan dari sudut positif dan negatif.

Timbalan Pengarah Kanan, Bahagian Pengurusan Psikologi JPA, Dr Abdul Jalil Hassan berkata, data berkenaan adalah anggaran kesatuan itu semata-mata berdasarkan kajian yang tidak membabitkan penjawat awam secara menyeluruh.

Menurutnya, tidak dinafikan ada dalam kalangan penjawat awam yang tertekan, namun definisi itu perlu difahami dengan jelas bagi mengelak persepsi negatif kepada penjawat awam dan kerajaan.

“Kajian diadakan CUEPACS itu hanya berdasarkan sampel mudah melalui libat urus dan pergaulan antara pelajar universiti dan segelintir penjawat awam serta tidak mewakili populasi 400,000 penjawat awam yang didedahkan,” katanya pada sesi taklimat bersama media di Putrajaya, hari ini.

Sebelum ini, CUEPACS mendedahkan lebih 400,000 penjawat awam tertekan sehingga mengalami tekanan jiwa bahkan, ada yang diberikan kad psikiatri dan punca utama masalah itu adalah kos sara hidup serta tekanan bekerja.

Presidennya, Datuk Azih Muda dalam laporan berkenaan berkata, 25 hingga 30 peratus daripada 1.67 juta penjawat awam mengalami tekanan dan trend berkenaan tidak menunjukkan sebarang pengurangan sejak beberapa tahun lepas.

Dalam pada itu, Abdul Jalil berkata, definisi tertekan perlu difahami dengan jelas oleh semua pihak kerana terdapat tekanan negatif dan tekanan positif, yang mana tekanan positif disifatkan baik untuk meningkatkan prestasi kerja dan juga jabatan.

Pada masa sama, beliau berkata, penyakit berkenaan boleh dirawat dan penjawat awam yang mengalami tekanan perlu mendapatkan rawatan dengan berjumpa doktor pakar dan ia tidak sepatutnya dikongsi di media sosial kerana perkara ini akan memudaratkan mereka.

Katanya, pada ketika ini masalah itu dapat ditangani oleh JPA dengan baik melalui penyediaan pegawai psikologi di setiap kementerian, jabatan, agensi dan juga negeri, manakala kajian untuk mengenal pasti jumlah sebenar akan diadakan dengan kerjasama semua pihak.

Berhubung dakwaan CUEPACS mengenai ada penjawat awam memiliki kad psikiatri, Abdul Jalil berkata, kad berkenaan adalah satu perkara peribadi bagi pesakit dan ia tidak boleh didedahkan kepada mana-mana pihak kecuali pemilik.

“Kad psikiatri itu sebenarnya bukan diberikan untuk mengesahkan seseorang itu mengalami masalah mental semata-mata atau menjadi perkara negatif, sebaliknya ia bagi memudahkan pemilik kad untuk mendapatkan rawatan dan bantuan,” Katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 22 Mac 2019
Reply

Use magic Report

Post time 22-3-2019 08:41 PM From the mobile phone | Show all posts
Dey...kupeks...bukan stress sbb banyak kerja tapi stress sbb suruh buat kerja tapi x buat terlampau relaks.colleagues pun mcm hanat.
Reply

Use magic Report

Post time 22-3-2019 08:42 PM From the mobile phone | Show all posts
aku_best replied at 19-3-2019 05:57 PM
Haha.   Ini iols sokong..siap boleh bergelak ketawa mcm setahun tak jumpa...kaunter lambat bula... ...

Sky doakan jabatan ni diswastakan
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 22-3-2019 08:43 PM From the mobile phone | Show all posts
RED 666 replied at 19-3-2019 06:19 PM
Bnyk bunyi sgt ni siap sedia la madey nak potong gaji elaun org gomen ni

Potong aje sampaikan ada yg dapat kereta lah elaun maid lah elaun touch n go lah.membazir
Reply

Use magic Report

Post time 23-3-2019 04:38 PM From the mobile phone | Show all posts
monsterwife replied at 22-3-2019 08:43 PM
Potong aje sampaikan ada yg dapat kereta lah elaun maid lah elaun touch n go lah.membazir

Yg tu jusa je dapat. Jawatan2 biasa pun dah byk elaun sana sini jugak
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 23-3-2019 06:23 PM From the mobile phone | Show all posts
meshni replied at 21-3-2019 11:40 AM
Stress kalau banyak kerja manual & tedious tak diautomate kan.

Kalau automate, routine tasks tu b ...

Kalau ph nak kot...
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

28-3-2024 11:20 PM GMT+8 , Processed in 0.318910 second(s), 31 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list