Chinese
Color
Orange
Black
Blue
Purple
Green
Deep Blue
Laman Utama
Forum
Fokus
Semasa
Gosip Socmed
Infozon
tularsuara
Search
1034
View
9
Reply

[Tempatan] Grab Malaysia kenakan caj pembatalan RM3-RM5, berkuat kuasa 25 Mac

[Copy link]

Author: R2D2       Show all posts   Read mode

Author
Post time 19-3-2019 04:17 PM | Show all posts |Read mode
Grab Malaysia kenakan caj pembatalan RM3-RM5, berkuat kuasa 25 Mac
Selasa, 19 Mac 2019 1:35 PM


GRAB Malaysia akan mengenakan caj ke atas penumpang yang membatalkan atau terlambat untuk menaiki kenderan selepas jumlah masa tertentu yang dibenarkan, bermula 25 Mac ini.

Menerusi Polisi Pembatalan Penumpang yang dikemaskini, Grab memberitahu bahawa penumpang yang membatalkan perkhidmatannya lima minit selepas mendapat pemandu, akan dikenakan bayaran antara RM3 hingga RM5.

Jumlah yang tepat bergantung kepada jenis kenderaan atau perkhidmatan yang ditempah penumpang.

Bagi perkhidmatan seperti GrabCar, GrabTax (bermeter atau eksekutif) dan JustGrab untuk Lapangan Terbang, caj pembatalan adalah RM3.

Untuk GrabCar enam tempat duduk atau JustGrab 10 tempat duduk, kadar yang dikenakan adalah RM4.

Sementara itu, perkhidmatan seperti GrabCar Premium atau GrabCar Luxe, di mana tempahan menggunakan kenderaan Vellfire untuk lapangan terbang adalah RM5.

Grab memberitahu, ia juga akan mengenakan caj kepada penumpang sebanyak RM5 apabila pemandu membatalkan perjalanan selepas menunggu di tempat mengambil selama lebih lima minit.

Bagi perkhidmatan GrabShare, penumpang mempunyai tiga minit untuk tiba di tempat mengambil sebelum pemandu berhak untuk membatalkan perjalanan.

Bagi setiap tempahan, penumpang boleh dikenakan caj antara RM3 hingga RM5 untuk pembatalan lewat atau dikenakan bayaran RM5 selepas pemandu membatalkan perjalanan kerana menunggu lebih lima minit.

Syarikat itu memberitahu bahawa ia tidak akan mengenakan kedua-dua caj pada masa sama.


Penumpang tidak akan dikenakan caj sekiranya mereka membatalkan dalam masa lima minit untuk mendapatkan pemandu.

Pemandu juga perlu menunggu selama lima minit atau tiga minit sekiranya mereka melakukan perkhidmatan GrabShare sebelum mereka berhak dikenakan caj pembatalan.

Syarikat itu memberitahu bahawa caj pembatalan akan dikecualikan sekiranya pemandu tidak tiba dalam masa 10 minit selepas taksiran masa ketibaan yang pertama kali ditunjukkan.

Satu contoh keadaan ini adalah apabila penumpang mendapat lokasi pemandu dengan jarak sejauh tiga minit perjalanan.

Penumpang yang menunggu lebih 13 minit, caj pembatalan akan diketepikan.

Jika penumpang ingin membatalkan selepas menunggu terlalu lama, Grab menggalakkan pelanggan menghubungi pemandu melalui panggilan telefon atau GrabChat.

Syarikat itu memastikan ia mempunyai langkah untuk mengesan sekiranya pemandu tidak memandu menghala lokasi pelanggan.

Bagi penumpang yang menggunakan kemudahan bayaran GrabPay, caj pembatalan akan ditolak terus daripada baki kredit GrabPay atau kad kredit/debit.

Caj akan ditambah secara automatik kepada tambang perjalanan seterusnya bagi penumpang yang membayar secara tunai.

Syarikat itu menjanjikan 100 peratus caj pembatalan akan diberikan kepada pemandu sebagai pampasan untuk masa mereka berada di jalan raya.

Grab juga memberitahu bahawa ia menjangka polisi caj pembatalan baharu untuk mengurangkan daripada 1 peratus tempahan yang terjejas kerana kebanyakan penumpang tidak membuat pembatalan selepas membuat tempahan. - The Star

Rate

2

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 19-3-2019 04:31 PM From the mobile phone | Show all posts
Okay la kalau 100% caj pembatalan tu dpt kat driver.. ada je penumpang main cancel2 bila driver dah dekat...pastu ada yg grab dah sampai tapi penumpangnya tak siap2 lagi..jenuh driver tunggu..
Reply

Use magic Report

Post time 19-3-2019 04:33 PM | Show all posts
kalau pemandu grab yang batalkan cam mana? aku pernah kena..penat jah tunggu dia..bersabor menunggu sebab kalau cancel rasa cam kesian kat pemandu grab tu..tup tup dia pulak cancelkan tempahan aku..sia-sia je duk menunggu dekat 10 minit...haha
Reply

Use magic Report

Post time 19-3-2019 04:46 PM From the mobile phone | Show all posts
Ooo bagusla. Penah kena driver yg lambat. Boleh dia pegi ambik kat entrance yg lain. Nasib hensem so dimaafkan!
Reply

Use magic Report

Post time 19-3-2019 05:19 PM | Show all posts
Aku pulak driver tu yang suruh cancel...so kalau macam ni macam mana?
Reply

Use magic Report

Post time 19-3-2019 09:01 PM From the mobile phone | Show all posts
'grab memberitahu, ia juga akan mengenakan caj kepada penumpang sebanyak RM5 apabila pemandu membatalkan perjalanan selepas menunggu di tempat mengambil selama lebih lima minit.'

Fuck.

Aku penah kene jb sentral. Car waited at komtar. Dia accept job. Dia drive 20m. Dia tekan arrived button. Pastu dia Tak gerak. Msg dia, dia kata jam.

Cukop masa, dia just cancel job without no penalty to him.


And now, this bastard pull the same stunt, aku pulak kene charge.


Eh babi kaulah sial.
Reply

Use magic Report

Post time 19-3-2019 09:05 PM From the mobile phone | Show all posts
Nak untung lebih ke? Wpun dah cukup untung atas angin.
Reply

Use magic Report

Author
 Author| Post time 22-3-2019 06:25 PM | Show all posts
Caj pembatalan untuk lindungi pemandu Grab


GRAB Malaysia optimis pelaksanaan polisi pembatalan lewat yang dikemas kini tidak akan memberi kesan kepada sebahagian besar penggunanya di negara ini.

Ketua Operasinya, Rashid Shukor berkata, pelaksanaan polisi itu adalah bertujuan untuk melindungi komuniti Grab daripada sikap tidak bertanggungjawab pelanggan.

Terdapat pelanggan yang sengaja membatalkan tempahan atau tidak muncul apabila pemandu tiba.

Walaupun sebahagian besar pengguna Grab adalah jujur dan dihormati namun, terdapat trend berulang dalam pembatalan lewat dan tidak memunculkan diri.

Untuk melindungi pengguna tulen, kami perlu lebih tegas terhadap golongan minoriti yang didapati melakukan perbuatan ini dengan sengaja.

Kami ingin menegaskan bahawa kami tidak mengambil sebarang keuntungan daripada caj ini namun, ia akan disalurkan kepada rakan pemandu yang terjejas, katanya pada taklimat media di Petaling Jaya, hari ini.

Sebelum ini, Grab Malaysia mengumumkan caj antara RM3 hingga RM5 akan dikenakan kepada pelanggan yang lewat membatalkan tempahan atau tidak muncul selepas melakukan tempahan.

Untuk pembatalan lewat kali pertama, pelanggan tidak akan dikenakan sebarang caj namun, ia berkuatkuasa untuk pembatalan kali kedua.

Caj berkenaan akan dikenakan ketika pelanggan membuat pembayaran untuk perjalanan berikutnya.

Namun, pelanggan berhak membuat aduan sekiranya tidak berpuas hati dengan caj yang dikenakan dan boleh membuat aduan melalui Pusat Bantuan di aplikasi.

Sekiranya kesilapan adalah di pihak pemandu, penumpang akan menerima bayaran balik dalam bentuk kod promo dalam tempoh dua hari bekerja.

Caj berkenaan akan dikenakan mulai 25 Mac ini bermula di Lembah Klang sebelum diikuti bandar utama lain di negara ini.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 22 Mac 2019
Reply

Use magic Report

Post time 22-3-2019 09:43 PM | Show all posts
pernah kena juga..

book Grab pas tu tunggu punya tunggu
langsung tak datang..

pas tu bila call tanya datang ke tak
boleh dia jawab actually phone
dia auto-reply booking yang masuk..
dia sendiri pun tak tau..

Reply

Use magic Report

Post time 22-3-2019 10:41 PM From the mobile phone | Show all posts
X fair la kt customer.

Driver kdg2 suka cancel juga
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register | Facebook Login

Points Rules

 CARI App
Get it FREE Google play
 Twitter
 Instagram
cari_infonet
FOLLOW
Copyright © 1996-2020 Cari Internet Sdn Bhd All Rights Reserved(483575-W)
Private Cloud provided by IPSERVERONE
0.133150s Gzip On
Quick Reply To Top Return to the list