CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 801|Reply: 10

[Tempatan] Perhimpunan aman solidariti kedamaian, tolak kebencian, Sabtu ini - Mujahid

[Copy link]
Post time 19-3-2019 04:39 PM | Show all posts |Read mode


MUJAHID: Perhimpunan aman solidariti demi kedamaian dan menolak kebencian dirancang diadakan di Dataran Merdeka Sabtu ini. - BERNAMA/Fail



KUALA LUMPUR: Perhimpunan aman solidariti demi kedamaian dan menolak kebencian dirancang diadakan di Dataran Merdeka di sini, Sabtu ini, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Mujahid Yusof.

Beliau berkata perhimpunan itu bertujuan menunjukkan kepada dunia bahawa Malaysia menolak fahaman kebencian serta sebagai tanda solidariti kepada mangsa serangan pengganas di dua buah masjid di Christchurch, New Zealand, minggu lalu.


Katanya, perkara itu diputuskan pada mesyuarat khas kedamaian antara kaum dan agama di sini pada Isnin.

Beliau berkata demikian pada sidang media pada Isnin selepas mempengerusikan mesyuarat tersebut yang turut dihadiri ketua-ketua persatuan agama dan badan bukan kerajaan.

Jumaat lepas, dua serangan pengganas berlaku di dua masjid di Christchurch yang meragut nyawa 50 orang manakala berpuluh-puluh lagi cedera, termasuk tiga rakyat Malaysia. -- Bernama

Rate

2

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 19-3-2019 05:22 PM | Show all posts

kita tengok berapa juta turun. jangan lupa baring atas jalan  






Reply

Use magic Report

Post time 19-3-2019 05:37 PM | Show all posts
tuk modal politik je lebih muhajil ni

nak jadi hero la tu konon



Hina Nabi: Kenapa nak buat perhimpunan?, kata Mujahid

BANGI, 23 Jamadilakhir 1440H, Khamis – “Kita syaki mereka sengaja wujudkan kebencian. Kita dengar mereka nak buat perhimpunan besar-besaran. Saya tak faham kenapa mereka nak berhimpun bantah isu hina nabi, sedangkan kita sudah ambil tindakan.

“Sebagai umat Islam mana ada pihak boleh beri ruang kepada mereka yang hina Islam. Saya khuatir tindakan Pemuda PAS dan UMNO lebih kepada guna sentimen itu kepada kepentingan politik. Sebab jika mereka tengok tindakan pantas kita, mereka patut sokong, kenapa nak berhimpun lagi.”
Reply

Use magic Report

Post time 19-3-2019 05:40 PM | Show all posts
ramai orang dah beli telur dengar2nya

tuk apa aku tak tahu

Reply

Use magic Report

Post time 19-3-2019 05:53 PM | Show all posts
ohhh dataran merdeka dah boleh guna eh?
Reply

Use magic Report

Post time 19-3-2019 05:56 PM | Show all posts
KUALA LUMPUR: Dataran Merdeka akan ditutup kepada orang awam mulai 24 Oktober 2018 hingga 2 Ogos 2019.

Dewan Bandaraya Kuala Lumpur dalam kenyataan hari ini berkata penutupan berkenaan dibuat bagi memberi  laluan kerja-kerja pembangunan projek 'River of Life' yang kini berada pada fasa pertama, kata Pengarah Jabatan Perancangan Korporat DBKL, Khairul Azmir Ahmad dalam kenyataan itu.


klu xdpt kelulusan buat je kat Padang Timur PJ macam biasa
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 19-3-2019 05:59 PM | Show all posts
tetiba dan tak semena-mena Dataran Merdeka dah boleh guna
Reply

Use magic Report

Post time 19-3-2019 09:47 PM | Show all posts
Mujahid barua nak jadi hero.

suruh anak atok si marina contact siti kassim panggil bala tentera nya.
feminist, LGBT dan  SJW dan sebagai nya.

nanti bole buat rally for the world peace,
free the nippleeee !!

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 19-3-2019 11:38 PM From the mobile phone | Show all posts
takpayah la mujahid..settle kan dlu issue dlm negara ni dlu..
Reply

Use magic Report

Post time 19-3-2019 11:53 PM | Show all posts
takyah prejudis dgn lebai yea... klau org kafir lahanat bkn main sanjung...
klau bab perhimpunan islam, perdamaian .... bantulah dan sokong... bkn stakat tahu melalak.... cari point nak hentam je
sorry, copy n paste dari post member
Reply

Use magic Report

Post time 20-3-2019 12:33 AM From the mobile phone | Show all posts
Edited by akusukaq at 20-3-2019 12:42 AM

sediakan transport dan duit poket pun agak nya tak ramai yg nak datang. lain le kalu bosskurr turun joging sama didataran merdeka
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-3-2024 09:03 AM GMT+8 , Processed in 0.061995 second(s), 40 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list