Untuk kegunaan awam memang la tak feasible. Banyak benda kena kaji such as licensing, controlling agency, safety etc etc. Sapa nak drive flying car tu kena ambik exam air law pulak...
tapi kalau ikut cakap menteri ni kita ok la jugak..
“Kereta terbang ini bukan untuk dijual kepada orang ramai, sama seperti pembangunan (kereta) Formula 1 dan kapal terbang. Orang ramai tidak beli kereta Formula 1 dan kapal terbang, sebaliknya mereka naik kapal terbang itu.” Selasa lalu, Redzuan dipetik Bernama sebagai berkata, kereta terbang pertama Malaysia akan dipacu teknologi tempatan, dengan prototaip kereta itu sudah ada dan dijangka diperkenalkan tahun ini. Katanya, pembangunan kereta terbang itu bakal menarik pelaburan luar dan membuka lebih banyak peluang pekerjaan, khususnya dalam bidang kejuruteraan. Ahli Parlimen Alor Gajah itu berkata, rakyat diminta memahami dan menerima usaha kerajaan dalam pembangunan kereta terbang itu secara positif serta terbuka agar dapat bersaing dan setaraf rakyat negara maju pada masa depan. “Kereta terbang bukan perkara baru dan apa yang kita lakukan untuk merangsang pemikiran dan minda, terutama bagi mereka yang mahu berusaha dan tahu pentingnya teknologi.”
|