CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1312|Reply: 8

[Tempatan] Anggota Kabinet PH ditegur. Cuba la baiki kelemahan, turun padang. Jangan buat s

[Copy link]
Post time 19-3-2019 05:38 PM | Show all posts |Read mode
Anggota Kabinet PH sekali lagi ditegur Kadir Jasin
Astro Awani | Diterbitkan pada Mac 19, 2019 14:48 MYT

TOKOH Wartawan Negara, Datuk A Kadir Jasin sekali lagi menegur anggota Kabinet, Menteri Besar, Ketua Menteri dan timbaln menteri kerajaan Pakatan Harapan (PH) agar belajar memperbaiki kelemahan diri.

Kadir turut mengingatkan mereka agar segera melaksanakan nasihat Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad jika tidak mahu menjadi kerajaan satu penggal.

Menurut beliau, adalah tidak adil dan sia-sia sekiranya Dr Mahathir mempertahankan mereka apabila dikritik atau ditanya oleh media massa seandainya diri sendiri tidak berusaha memperbaiki diri.
"Seelok-eloknya mereka secara kolektif dan berkesan mempertahankan kerajaan bukan memaksa Perdana Menteri mempertahankan mereka.

"Janganlah terlalu seronok, gembira, selesa dan mendabik dada apabila beliau memberi pelbagai alasan mempertahan dan melindungi mereka," kata Kadir dalam catatan di blog peribadinya.

Dalam masa sama, Kadir mencabar Menteri, timbalan Menteri, Menteri Besar dan Ketua Menteri membuktikan bahawa mereka bukan badut dan watak jenaka.

Menurut Kadir, semua pemimpin PH harus belajar daripada Perdana Menteri dengan turun sendiri ke padang untuk melawat dan memantau projek.

"Hanya dengan melakukan lawatan mengejut tanpa diiringi oleh kakitangan yang ramai dan dikepung oleh pengawal keselamatan barulah mereka dapat melihat keadaan sebenar.

"Inilah cara Dr Mahathir. Oleh sebab itulah kita sering melihat beliau memandu sendiri, khususnya pada hujung minggu, untuk melihat dan meninjau pelbagai tempat dan perkara yang menarik minat beliau atau yang memerlukan perhatian beliau.

"Cerita beliau tiba-tiba muncul di tapak projek menyebabkan kakitangan awam,  eksekutif sektor swasta dan kontraktor sentiasa berjaga-jaga dan tidak curi tulang," kata Kadir sambil mengimbas kembali tradisi Dr Mahathir meninjau perkembangan projek pembinaan Menara Kembar Petronas, Putrajaya dan KLIA.

Rate

2

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 19-3-2019 06:33 PM | Show all posts
"Hanya dengan melakukan lawatan mengejut tanpa diiringi oleh kakitangan yang ramai dan dikepung oleh pengawal keselamatan barulah mereka dapat melihat keadaan sebenar.

"Inilah cara Dr Mahathir. Oleh sebab itulah kita sering melihat beliau memandu sendiri, khususnya pada hujung minggu, untuk melihat dan meninjau pelbagai tempat dan perkara yang menarik minat beliau atau yang memerlukan perhatian beliau.


ini bukan menegoq..ini membodek...wakakakakakkaakkaka
Reply

Use magic Report

Post time 20-3-2019 11:48 PM From the mobile phone | Show all posts
Erm biarlah depa pak kadiaq
Depa kan kerajaan sepenggal
Reply

Use magic Report

Post time 21-3-2019 12:43 AM From the mobile phone | Show all posts
Euw, tak payah seboklahhh dgn phuckatan hapraaak. Blahhlaaah
Reply

Use magic Report

Post time 21-3-2019 10:37 AM From the mobile phone | Show all posts
Kelajaan sepenggal...talak mahu fuckatan hanceng
Reply

Use magic Report

Post time 21-3-2019 10:56 AM | Show all posts
ada 4 tahun lagi tuk menteri2 PH perform...

esok2 dkt2 nak PRU-15 depa perform la...

lagi setahun nak mengundi....time tu..semua org sujud syukur menteri2 PH dah berubah n dah performed..dapat lagi sepenggal...pastu ulang balik teknik yg sama...x performed 4 tahun 1 tahun jek performed...

Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 21-3-2019 12:21 PM From the mobile phone | Show all posts
Dalam masa sama, Kadir mencabar Menteri, timbalan Menteri, Menteri Besar dan Ketua Menteri membuktikan bahawa mereka bukan badut dan watak jenaka.
SARKAS
Reply

Use magic Report

Post time 21-3-2019 12:25 PM | Show all posts
ni gomen yg bleh diibaratkan beruk dapat bunga...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 21-3-2019 12:54 PM | Show all posts
ni pun @Knights   kata kerajaan bagus....hehehehehahahahahahahehehe
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

23-4-2024 08:53 PM GMT+8 , Processed in 0.093596 second(s), 39 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list