CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 2124|Reply: 21

[Tempatan] pakatan harapan akan berikan makanan percuma untuk murid sekolah rendah

[Copy link]
Post time 19-3-2019 11:11 PM From the mobile phone | Show all posts |Read mode
semua murid sekolah rendah akan mwndapat makanan berkhasiat (sarapan pagi) secara percuma mulai tahun depan

sesuatu yang bn tak pernah bagi

ya bn mungkin buat rmt
tapi bukan untuk semua

ph bagi untuk semua terus

bila dapat sarapan pagi berkhasiat
murid murid akan lebih bertenaga di sekolah

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 19-3-2019 11:57 PM From the mobile phone | Show all posts
Mana article???

Kalau betol, bagi i ianya sangat bagus n i sokong 100%

Comments

Tertanya tanya soalan yang sama tadi.. mana artikel?  Post time 20-3-2019 01:29 AM

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 20-3-2019 12:00 AM | Show all posts
sambil rembat duit tabung budak sekolah




Reply

Use magic Report

Post time 20-3-2019 12:01 AM | Show all posts
sebelum rembat, tuk bayar hutang

lepas rembat, bukan tuk bayar hutang



Reply

Use magic Report

Post time 20-3-2019 12:15 AM From the mobile phone | Show all posts
Dulu belajar kat Sabah, dpt susu percuma setiap hari. Tapi dana utk breakfast percuma dpt dari tax air bergas... kalau nak sapot, kena minum kokakola
Reply

Use magic Report

Post time 20-3-2019 12:34 AM | Show all posts
ini plak, dana percuma

yg bijak pandai tu kena tipu dah apsal??

sib baik aku tak sumbang dana, tuhan hijab aku dari tertipu oleh deal2 yg kurang jelas

syukran





Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 20-3-2019 12:38 AM | Show all posts
tak setuju, murid dari keluarga kaya akan dapat juga makanan sarapan ini.
Reply

Use magic Report

Post time 20-3-2019 01:38 AM | Show all posts
aHoi83 replied at 19-3-2019 11:57 PM
Mana article???

Kalau betol, bagi i ianya sangat bagus n i sokong 100%
Carian Google jumpa ni jer :
Hasil Cukai Gula

Selasa, 19 March 2019 | 12:16pm

Hasil cukai gula biaya program sarapan percuma murid

KUALA LUMPUR: Mulai tahun depan, kerajaan akan menggunakan hasil daripada cukai gula bagi menyediakan sarapan percuma dan sihat kepada murid sekolah rendah, kata Tun Dr Mahathir Mohamad.

Perdana Menteri berkata, langkah itu bagi membolehkan kanak-kanak sihat dan bertenaga untuk memulakan sesi persekolahan.

Tegasnya, tidak akan ada cukai baharu untuk tahun ini, kecuali cukai gula yang sudah diumumkan sebelum ini yang ditangguhkan pelaksanaannya.

“Penangguhan pelaksanaan cukai itu bagi membolehkan kerajaan meneliti mekanisme berkesan untuk memastikan pelaksanaan cukai bagi penjagaan kesihatan mencapai objektifnya,” katanya dalam ucaptama pada Invest Malaysia 2019, di sini, hari ini.

Kerajaan menerusi pembentangan Belanjawan 2019 buat kali pertama mencadangkan pelaksanaan cukai eksais 40 sen seliter pada minuman manis yang mengandungi lima gram gula atau pemanis berasaskan gula bagi 100 mililiter (ml), termasuk buah-buahan dan jus sayuran dengan kandungan gula lebih 12 gram bagi 100ml mulai 1 April 2019.

Bagaimanapun, pelaksanaan cukai itu ditangguhkan ke 1 Julai bagi bagi memberi masa cukup kepada pihak industri membuat persediaan.

Perdana Menteri berkata, Jawatankuasa Pembaharuan Cukai (TRC) kini dalam proses akhir untuk memuktamadkan cadangan dalam meningkatkan hasil cukai negara.

Katanya, cadangan itu dijangka dapat menangani usaha mengurangkan ketirisan cukai, bagaimana untuk mengakses ekonomi bawah tanah, meningkatkan cukai pentadbiran, dan mencari sumber pendapatan baru.

“Kerajaan juga kini merasionalisasikan insentif cukai untuk pelaburan, sebagai struktur pentadbiran dan pentadbiran semasa insentif pelaburan berpecah, mahal, dan tidak berkesan,” katanya.

Dr Mahathir berkata, Malaysia kini menawarkan lebih 130 jenis insentif dikendalikan oleh 32 Agensi Promosi Pelaburan (IPA) yang mempunyai peranan dan tanggungjawab masing-masing selain beberapa agensi yang diiktiraf kerajaan.

“Kerajaan memerlukan cukai holistik dan insentif pelaburan mudah yang dapat menarik pelaburan masa depan,” katanya.

Beliau menjelaskan insentif akan diberikan kepada sektor yang dirasakan sesuai dan bergantung kepada jenis pelaburan yang diperlukan oleh negara.

“Agensi yang terbabit dalam pemberian dan meluluskan insentif cukai juga akan diperkemaskan,” katanya.

Dalam perkembangan sama, kerajaan menetapkan kadar cukai korporat dikurangkan kepada 17 peratus berbanding 18 peratus kepada syarikat perusahaan kecil dan sederhana (PKS) dengan modal berbayar di bawah RM2.5 juta dan perniagaan dengan pendapatan bercukai tahunan di bawah RM500,000.

“Untuk syarikat besar, biarpun kadar cukai sedikit lebih tinggi, tetapi kadar cukai yang sebenar yang dikenakan kurang daripada 10 peratus kesan beberapa insentif yang diberikan sebelum ini,” katanya.

Credit to : https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2019/03/542790/hasil-cukai-gula-biaya-program-sarapan-percuma-murid

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 20-3-2019 01:41 AM From the mobile phone | Show all posts
Yg sekolah petang? Xdapat ke camne?
Reply

Use magic Report

Post time 20-3-2019 01:43 AM | Show all posts

Reply

Use magic Report

Post time 20-3-2019 07:11 AM From the mobile phone | Show all posts
FanTasyCreaTioN replied at 20-3-2019 01:38 AM
Carian Google jumpa ni jer :
Hasil Cukai Gula


Thank dek mod. Pemalas benor tt ni.
Reply

Use magic Report

Post time 20-3-2019 07:24 AM | Show all posts
aHoi83 replied at 20-3-2019 07:11 AM
Thank dek mod. Pemalas benor tt ni.
Sesamer kaka ..

Bukan malas rasa nya ... cuma .. cuma hehe mengelak nak bgtau .. sumber dari mana nak tanggung makanan / sarapan percuma tu

Reply

Use magic Report

Post time 20-3-2019 07:28 AM | Show all posts
Alhamdulillah...itu yg rakyat mahu...bukan air kencing..sbb air kencing tak sedap
Reply

Use magic Report

Post time 20-3-2019 07:31 AM From the mobile phone | Show all posts
Aku dulu GI Sekolah tak der bekpes pun ok jer....duit Tu bagi bebudak b40 belajar maths dgn Cikgu maths yg vavavoom Tu lagi baguzzzz, apa nama sir ....lapar boleh thn bang, otak Tu kena asah guna teknik betul....
Reply

Use magic Report

Post time 20-3-2019 08:08 AM From the mobile phone | Show all posts
arnauld replied at 20-3-2019 07:31 AM
Aku dulu GI Sekolah tak der bekpes pun ok jer....duit Tu bagi bebudak b40 belajar maths dgn Cikgu ma ...

Perut lapar otak lagi power..

Prut lapar salur darah bersih so darah lai mudah jalan pi otak..30 percent oksijen darah bawak otak wajib guna

Of kos ni kalo ko da dewasa..umoq budak lagi tokleh..depa body tgh membesaq..

Tapi untuk korang yg tua dah sme ni..berlaparan is good for u !!
Reply

Use magic Report

Post time 20-3-2019 08:24 AM From the mobile phone | Show all posts
ajinomotonosuga replied at 20-3-2019 08:08 AM
Perut lapar otak lagi power..

Prut lapar salur darah bersih so darah lai mudah jalan pi otak..3 ...

Ikut mcm org jepun.. Pagi2 jadi lembu..
Mcekik salad serba hijau..roti skeping plus green tea.. Kompom slim cergas semua
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 20-3-2019 08:25 AM From the mobile phone | Show all posts
vongolia replied at 20-3-2019 12:38 AM
tak setuju, murid dari keluarga kaya akan dapat juga makanan sarapan ini.

Utk sekolah rendah bg jak. Kt semua


X molek plak.. Nk asing2...
Reply

Use magic Report

Post time 20-3-2019 10:56 AM | Show all posts
JokesCop replied at 20-3-2019 01:41 AM
Yg sekolah petang? Xdapat ke camne?

budak2 susah nak makan waktu pagi, jgnkan budak, mak pak budak pun takmo makan breakfast, sbb tu la bg breakfast.

yg sekolah petang , dahtentu melantak makan tghari sblm gi skolah kan..hihi..


Reply

Use magic Report

Post time 20-3-2019 11:01 AM | Show all posts
aku sokong sangat2 cdgn gini..buat satu slot sebelum perhimpunan atau lepas perhimpunan utk breakfast. ada budak seawal kol 6pg dah gi skolah.. mana la ada selera nak makan awal2 gitu. lagipun budak2 ni kalau makan dgn kawan2 tu selera sungguh drg..
Reply

Use magic Report

Post time 20-3-2019 11:05 AM | Show all posts
Yang ni aku setuju 100%
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

25-4-2024 02:34 AM GMT+8 , Processed in 0.067840 second(s), 52 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list