CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 656|Reply: 2

[Tempatan] Polis ambil keterangan Razlan esok berhubung kenyataan berbaur ancaman.

[Copy link]
Post time 20-3-2019 07:09 AM | Show all posts |Read mode
Edited by FOTHER-MUCKER at 19-3-2019 03:10 PM

Polis ambil keterangan Razlan esok berhubung kenyataan berbaur ancamanOmar Zin -

March 19, 2019 7:20 PM





Fuzi Harun berkata siasatan ke atas Razlan Rafii dijalankan oleh pasukan khas dari Bukit Aman.



KUALA LUMPUR: Ketua Polis Negara, Mohamad Fuzi Harun mengesahkan Razlan Rafii akan dipanggil ke Bukit Aman esok berhubung kenyataan yang didakwa berbaur ancaman terhadap pemimpin DAP.

Katanya, pihaknya menerima laporan polis yang dibuat terhadap bekas ketua Pemuda Umno Wilayah Persekutuan itu.

“Kertas siasatan telah dibuka. Kes disiasat dibawah Seksyen 505 (C) Kanun Keseksaan dan kita akan ambil tindakan secepat mungkin.


“Esok kita akan rakam kenyataan dia dan sebuah pasukan khas dari Bukit Aman akan menjalankan siasatan,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri mesyuarat tergempar berhubung Suruhanjaya Bebas Aduan dan Salah Laku Polis (IPCMC) hari ini.


Razlan mencetuskan kontroversi apabila dia memuat naik status akaun Twitter peribadinya dengan kenyataan “elok tembak puak-puak DAP ini” bagi menyokong kenyataan Ketua Pemuda Umno, Asyraf Wajdi Dusuki berhubung kenyataan Adun Mengkibol, Chew Chong Sin.


Chew mendakwa insiden tembakan di Christchurch, New Zealand Jumaat lalu perlu dijadikan pengajaran bagi mengekang gejala ekstremisme dan beliau bimbang kerjasama Umno-PAS akan timbulkan naratif perkauman dan agama.

Dia dikecam pelbagai pihak kerana kenyataannya itu, dan ia kemudian ditarik balik.


Dalam kejadian tersebut, seorang warga Australia, Brenton Tarrant, 28, didakwa melepaskan tembakan di Masjid Al Noor dan Linwood, menyebabkan 50 jemaah terkorban dan berpuluh lagi cedera.

Dalam pada itu, Fuzi berkata resolusi mesyuarat tergempar IPCMC akan dipanjangkan kepada pucuk pimpinan kerajaan dalam masa terdekat.


“Salah satu usul yang dibuat oleh 3 persatuan polis adalah langkah proaktif terhadap pihak berkuasa. Jadi kita akan teliti dan kemukakannya secara bertulis dan kalau perlu, kita akan bertemu dengan wakil kerajaan,” katanya.

IPCMC ditubuhkan 21 September lalu bagi menggantikan Suruhanjaya Integriti Agensi Penguatkuasaan (EAIC) dan akan menjadi badan bebas untuk meneliti aduan terhadap pihak berkuasa terutamanya polis, dengan lebih menyeluruh.


“IPCMC akan menjadi badan bebas untuk mengkaji aduan terhadap polis secara holistik, ekoran banyak aduan diterima berkaitan anggota dan pegawai polis.

“Penubuhan IPCMC juga untuk membersihkan nama polis dan menentukan mereka juga mendapat layanan baik sebagai anggota polis,” kata Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad.


https://www.freemalaysiatoday.com/category/bahasa/2019/03/19/polis-ambil-keterangan-razlan-esok-berhubung-kenyataan-berbaur-ancaman/




Rate

2

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 20-3-2019 07:12 AM | Show all posts
Mana mana pati yang mengeluarkan kenyataan berbaur ancaman simpan sahaja di tanjung rambuta sana.
Reply

Use magic Report

Post time 20-3-2019 08:26 AM From the mobile phone | Show all posts
Cash lah puak2 sial babitrooper ni kehulu kehilir nak tembak nak bunuh bagai. Dah kena tangkap nnti merayu menangis smbil buat muka puki berleleh hingus mintak di lepaskan. Contohnya cacai Charles dera yg bakal ke jel jua Kahkahkah
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

26-4-2024 10:07 PM GMT+8 , Processed in 0.069469 second(s), 32 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list