CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 691|Reply: 0

[Tempatan] Menteri tiada kuasa haramkan buku berkait Islam, kata IRF.

[Copy link]
Post time 20-3-2019 07:18 AM | Show all posts |Read mode
Edited by FOTHER-MUCKER at 19-3-2019 03:21 PM

Menteri tiada kuasa haramkan buku berkait Islam, kata IRFHo Kit Yen -

March 19, 2019 2:33 PM






KUALA LUMPUR: Sebuah kumpulan Islam yang mencabar pengharaman ke atas 3 bukunya berkata, menteri dalam negeri tiada kuasa mengharamkan buku berkaitan Islam.

Dalam hujah di Mahkamah Tinggi hari ini, Islamic Renaissance Front (IRF) berkata, Putrajaya tiada kuasa mengawal isu berkaitan agama kerana perkara berkaitan Islam tidak terletak di bawah bidang kuasa kerajaan persekutuan.


“Perlembagaan Persekutuan kita menyatakan dengan jelas kuasa mengawal isu berkaitan agama terletak bawah negeri,” kata peguam IRF, Khoo Guan Huat ketika memohon mahkamah memerintahkan pengharaman itu melanggar Perlembagaan dan mengeluarkan perisytiharan Seksyen 7 Akta Mesin Cetak dan Penerbitan yang memberi kuasa mutlak kepada menteri dalam negeri mengharamkan penerbitan yang dianggapnya menjejaskan kepentingan awam.


Tiga buka IRF diharamkan pada 2017 oleh Menteri Dalam Negeri ketika itu, Ahmad Zahid Hamidi. Ia termasuk 2 buku karya penulis Turki, Mustafa Akyol – “Islam without Extremes: A Muslim Case for Liberty” dan terjemahan dalam bahasa Malaysia, “Islam Tanpa Keekstreman: Berhujah Untuk Kebebasan” serta buku 2 jilid “Wacana Pemikiran Reformis” yang disunting Pengarah IRF, Dr Farouk Musa.


Khoo berkata, kerajaan tidak boleh menggunakan Seksyen 7 Akta Mesin Cetak dan Penerbitan dalam kes berkaitan agama.

Beliau memetik kes membabitkan pengharaman buku “Kebebasan dan Cinta” oleh Irsha Manji yang diterbitkan ZI Publications, di mana pengharaman buku itu oleh kerajaan Selangor disahkan Mahkamah Persekutuan kerana negeri mempunyai kuasa untuk melaksanakan undang-undang mengawal penerbitan agama.


“Mereka (kerajaan) perlu biar negeri mengendalikannya.”

Seorang lagi peguam IRF, Tunku Farik Ismail mengingatkan mahkamah buku yang diharamkan itu berada di pasaran selama 5 tahun.

Tetapi, katanya, ia tidak mengganggu ketenteraman awam atau menimbulkan kekeliruan dan ia menunjukkan menteri itu tidak munasabah menggunakan kuasanya.


Sementara itu, peguam kanan persekutuan yang mewakili Zahid, Jamilah Jamil mempertahankan Zahid menggunakan kuasanya secara munasabah berdasarkan undang-undang.

Hakim Mahkamah Tinggi, Nordin Hassan menetapkan 22 April ini untuk menyampaikan keputusan.

Farouk dalam afidavitnya bagi semakan kehakiman untuk membatalkan pengharaman itu berkata, ia melanggar keadilan asasi kerana tidak memberi IRF hak untuk didengar.


“Menteri itu gagal menjelaskan bagaimana penerbitan itu atau kandungannya mempromosi liberalisme, mengandungi unsur menghina Islam dan terpesong daripada ajaran Islam sebenar.”


https://www.freemalaysiatoday.com/category/bahasa/2019/03/19/menteri-tiada-kuasa-haramkan-buku-berkait-islam-kata-irf/



Rate

2

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

27-4-2024 12:01 PM GMT+8 , Processed in 0.378706 second(s), 30 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list