CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1900|Reply: 17

[Tempatan] Lelaki bakar diri sendiri kerana gaduh dengan awek

[Copy link]
Post time 20-3-2019 09:36 AM | Show all posts |Read mode


SITIAWAN – Seorang lelaki nyaris maut selepas dia bertindak membakar dirinya dipercayai berpunca daripada pergaduhan dengan teman wanitanya dalam kejadian di sebuah rumah di Kampung Bintang di sini semalam.

Dalam kejadian kira-kira pada pukul 7.40 malam itu, mangsa yang berusia 21 tahun itu cedera kira-kira 90 peratus di keseluruhan badan.

Ketua Polis Daerah Manjung, Asisten komisioner Muhammad Hanif Othman berkata, mangsa dipercayai membakar diri sendiri disebabkan pergaduhan dengan teman wanitanya.

“Siasatan awal di tempat kejadian mendapati kejadian berlaku di tempat letak kenderaan hadapan rumah tersebut.

“Terdapat beberapa orang saksi kejadian dan tempat kejadian juga mempunyai televisyen litar tertutup (CCTV), kita akan mengambil keterangan dan meneliti rakaman tersebut,” katanya ketika dihubungi Kosmo! sebentar tadi.

Tambah Muhammad Hanif, mangsa kemudiannya dihantar ke Hospital Seri Manjung bagi mendapatkan rawatan lanjut.

“Dia kini ditempatkan di Unit Rawatan Rapi (ICU) hospital berkenaan.

“Kes disiasat di bawah Seksyen 309 Kanun Keseksaan iaitu cuba membunuh diri,” katanya



Rate

2

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 20-3-2019 09:55 AM | Show all posts
90%......susah nak survive ni....

Harap bertahan lah....infection tu yg paling menakutkan....
Reply

Use magic Report

Post time 20-3-2019 09:56 AM | Show all posts
drama king sgt ko dekkk
Reply

Use magic Report

Post time 20-3-2019 09:58 AM | Show all posts
alahaiii dek oiii
Reply

Use magic Report

Post time 20-3-2019 10:09 AM | Show all posts
gaduh sebab apa sampai membakar diri??
Reply

Use magic Report

Post time 20-3-2019 10:09 AM From the mobile phone | Show all posts
ni bukan dram king rasanya..tp mental illness. orang normal x kan nk saja2 bakar diri. kene api lilin pn dh rasa nk maki..apatah nak bakar diri. cuma xtau pelaku ni ada rekod kesihatan mental atau x.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 20-3-2019 10:10 AM | Show all posts
berbaloi ke sakit macam ni?
kalau boleh pulih macam mana hang teruskan hidup?
Reply

Use magic Report

Post time 20-3-2019 10:11 AM | Show all posts
amikkau.  yg sakit ko gak.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 20-3-2019 10:25 AM | Show all posts
Baru 21 tahun dah frust menonggeng. Sabarlah ade yg terbaik menanti in the future, jgn la dok hadap yg depan mata tu je hadoiii
Reply

Use magic Report

Post time 20-3-2019 10:29 AM From the mobile phone | Show all posts
niena90 replied at 20-3-2019 10:25 AM
Baru 21 tahun dah frust menonggeng. Sabarlah ade yg terbaik menanti in the future, jgn la dok hadap  ...

Kesian kan. Itula sesetengah org takde kesedaran mcm tu. Lagi2 baru umur 21 tak boleh fikir panjang. Sbb tu penting kita bagi byk pendedahan kat anak2 supaya diorg sedar dunia ni luas
Reply

Use magic Report

Post time 20-3-2019 10:33 AM From the mobile phone | Show all posts
Sorang taknak 10 mari dik..
Reply

Use magic Report

Post time 20-3-2019 10:34 AM | Show all posts
aduh dik... ko dah kenapa sampai bakar diri sebab gaduh dgn awek je . ramai lagi awek kat luar tu. baik ko mengkayakan diri , berebut awek nak kat ko
Reply

Use magic Report

Post time 20-3-2019 10:46 AM | Show all posts
RASANYA DA ADE THREAD TTG ISU SAMA.

https://mforum.cari.com.my/forum ... =1151857&extra=
Reply

Use magic Report

Post time 20-3-2019 10:48 AM | Show all posts
dah kenapa..
Reply

Use magic Report

Post time 20-3-2019 10:51 AM | Show all posts
aduss tak tahu hakak nk kesian ke nk marah....ko buat gini agak2 awek nk balik semula ke? dia aman2 je kepit dgn org lain nnt...fikir la pjg sikit...tp moga cpt sembuh la yerrr
Reply

Use magic Report

Post time 20-3-2019 10:53 AM | Show all posts
adoi singkatnye ko pk dik...sorang lari 10 lg blh dtg
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 20-3-2019 11:00 AM | Show all posts
apolah

bergaduh ngan kekasih sampai bakor bakor diri

lain kali pasang kekasih ramai ramai baru hidup happy

sini buat taik sana ada untuk menghiburkan

sorga dunia pun tak pandai hargai
Reply

Use magic Report

Post time 20-3-2019 11:00 AM | Show all posts
apolah muda lagi

bergaduh ngan kekasih sampai bakor bakor diri

lain kali pasang kekasih ramai ramai baru hidup happy

sini buat taik sana ada untuk menghiburkan

sorga dunia pun tak pandai hargai


Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

27-4-2024 09:43 AM GMT+8 , Processed in 0.068504 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list