"Adakah sudah tiada komoditi lain yang memiliki pasaran lebih baik.
"Kelapa sawit, maaf ya,sudah besar sangat kita ini," kata Jokowi, semalam.
Lapor Kompas.com, Jokowi berkata demikian pada majlis Himpunan Kerukunan Tani Indonesia (HKTI) di Istana Negara, di sini.
Kata Presiden, pengeluaran kelapa sawit di Indonesia sudah terlalu banyak iaitu 46 juta tan.
Penjualan bahan komoditi itu dari Indonesia juga berdepan tentangan berupa tarif di India dan negara Kesatuan Eropah. - AGENSI