CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 491|Reply: 0

[Dunia] Singapura, Paris, Hong Kong tersenarai bandar paling mahal di dunia

[Copy link]
Post time 20-3-2019 12:54 PM | Show all posts |Read mode

Hong Kong mencipta rekod bandar raya termahal di dunia untuk didiami buat pertama kalinya.-Foto Twitter/@FIAFormulaE







HAMPIR lima tahun menjadi bandar paling mahal di dunia, pada tahun ini Singapura berkongsi kedudukan dengan kota Paris dan Hong Kong.

Paris dan Hong Kong buat pertama kali disenaraikan di kedudukan teratas paling mahal di dunia untuk didiami.


Sejak tahun 2003 lagi Paris hanya berada di tangga 10 teratas paling mahal di dunia manakala Hong Kong berada di tangga keempat pada tahun lepas.

Menurut kajian yang dilakukan oleh Economist Intelligence Unit (EIU) terhadap 133 bandar pada setiap tahun mendapati, 10 tempat teratas didominasi oleh bandar raya dari Asia dan Eropah.

Seterusnya Osaka di Jepun meningkat enam tangga serta saling mengikut rapat kota Geneva dan berkongsi kedudukan di tangga ke lima teratas.

Kajian itu juga mendapati, hanya kota New York dan Los Angeles menjadi satu-satunya bandar yang mewakili Amerika Utara di 10 kedudukan teratas.

Manakala Istanbul menjadi bandar raya termurah dengan penurunan 48 anak tangga ke kedudukan 120 sementara Moscow berada di kedudukan ke-102 berikutan masalah inflasi dan kemerosotan kadar pertukaran mata wang asing.

Rate

2

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

19-4-2024 02:47 PM GMT+8 , Processed in 0.503321 second(s), 30 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list