CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 782|Reply: 6

[Dunia] MySpace mohon maaf, 50 juta lagu hilang

[Copy link]
Post time 20-3-2019 02:52 PM | Show all posts |Read mode
MySpace mohon maaf, gagal 'selamatkan' 50 juta lagu
Agensi | Diterbitkan pada Mac 20, 2019 14:21 MYT

PLATFORM laman sosial terawal, MySpace, memohon maaf apabila proses server migration yang dilakukan telah menyebabkan kehilangan data yang besar.

Mesej di laman webnya memaklumkan bahawa ada kemungkinan banyak fail muzik tidak dapat diselamatkan akibat proses itu.

"Banyak fail audio yang dimuat naik lebih daripada tiga tahun yang lalu mungkin tidak lagi tersedia di MySpace.
"Kami memohon maaf atas kesulitan itu," kata firma tersebut dalam satu kenyataan.

Dilaporkan lebih 50 juta lagu hilang atau tidak dapat diakses selepas proses tersebut.

MySpace sebelum ini mempunyai masalah berkaitan pautan muzik yang dilaporkan sudah tidak boleh diakses.

Platform yang mula diwujudkan pada 2003 itu mula merosot popularitinya selepas persaingan dengan Facebook.

Di zaman kemuncaknya, ia merupakan laman web paling banyak dikunjungi di Amerika Syarikat, menewaskan Google.

MySpace menjadi pilihan untuk berkongsi muzik terbaharu, malah berjaya membantu memulakan kerjaya ramai artis, antaranya Colbie Callait dan Kate Nash.

Walaupun ia bukan lagi pemain utama media sosial, masih ramai yang menggunakannya sebagai arkib.

MySpace dibeli oleh NewsCorp pada tahun 2005 dengan nilai AS$580 juta. Ia kemudiannya dijual pada tahun 2011 dengan nilai AS$35 juta kepada syarikat pengiklanan Specific Media.

Rate

2

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 20-3-2019 02:59 PM From the mobile phone | Show all posts
Sezaman dgn friendster ni
Reply

Use magic Report

Post time 20-3-2019 03:01 PM | Show all posts

zaman myspace umur aku 17 18 lagi.
awal2 tu friendster masa umur 14 15 tahun.
masa kelas komputer dekat sekolah cikgu suruh buat benda lain aku bukak internet bukak myspace
berjam2 masa habis pilih lagu dengan corak background myspace aku.
kahkahkah
masa tu budak2 emo paling banyak. mata bercelak2 snap pic dari atas.
perhhh
Reply

Use magic Report

Post time 20-3-2019 03:04 PM From the mobile phone | Show all posts
skang akak layan lagu kat spotify jah
kowser la myspace bagai nih
Reply

Use magic Report

Post time 20-3-2019 03:54 PM | Show all posts
username dgn password pun aku lupa dah..berzaman tak pakai dah..sama la gak dgn friendster..
Reply

Use magic Report

Post time 20-3-2019 03:57 PM | Show all posts
50 juta lagu? Berapa terabyte yang hilang agaknya tu?
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 20-3-2019 04:02 PM | Show all posts
iols x sempat layan MySpace or Friendster.. baru nk melayan dh sendu.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

25-4-2024 07:57 AM GMT+8 , Processed in 0.361768 second(s), 37 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list