CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1252|Reply: 13

[Tempatan] Jangan gantung kami tak bertali, bang...'

[Copy link]
Post time 20-3-2019 04:03 PM | Show all posts |Read mode
'Jangan gantung kami tak bertali, bang...'


Share


Tweet


Share













SITI Norafizah Gahlidin bersama anak bongsunya, Mohd Akmal Shahmi ketika ditemui di kediamannya di Taman Sri Lambak di Kluang hari ini. FOTO Adnan Ibrahim











Adnan Ibrahim
cnews@nstp.com.my



“SAYA terpaksa memberikan alasan ayah mereka bekerja jauh semata-mata tidak mahu mereka bersedih,” kat Siti Norafizah Gahlidin, 47, yang mengharapkan kepulangan suaminya kepangkuan keluarga.
Ibu kepada tujuh orang anak berusia antara dua hingga 16 tahun yang enggan mendedahkan nama suaminya itu merayu suaminya pulang selepas menghilangkan diri tanpa sebab sejak awal Januari lalu.

“Saya tidak tahu apakah punca suami hilang secara tiba-tiba meninggalkan saya bersama anak-anak tanpa sebarang khabar berita.

“Selama ini, kehidupan keluarga kami tidak berdepan masalah dan keadaan baik, selain tiada perselisihan faham berlaku,” katanya ketika ditemui di kediamannya di Taman Sri Lambak dekat Kluang, hari ini.
Katanya, dia cuba menghubungi suaminya, namun setiap kali panggilan dibuat, talian berkenaan seakan diputuskan dan suaminya enggan bercakap.
“Akibat daripada itu, anak-anak sering bertanyakan mengenai ayah mereka menyebabkan saya hanya mampu memberikan alasan bekerja di tempat jauh dan tidak boleh balik dalam masa terdekat ini bagi mengelakkan mereka terus mencari,” katanya.
Katanya, dia terpaksa keluar bekerja kerana tidak mahu anak-anaknya terputus rezeki akibat kehilangan tempat bergantung hidup.
“Tiga daripada anak saya bersekolah di sekolah menengah, dua di sekolah rendah dan seorang di tadika.
“Saya juga terpaksa menumpangkan anak bongsu bersama jiran ketika keluar untuk bekerja,” katanya.
Katanya, sebelum ini dia pernah bekerja di kilang berdekatan rumah, namun berhenti pada tahun 2009 semata-mata untuk memberikan tumpuan penuh pada suami dan anak-anak.
“Kini saya terpaksa melakukan kerja sebagai pembantu di kedai makan dengan gaji sekitar RM20 sehari untuk menyara keluarga.
“Sebelum ini memang kami bergantung harap kepada pendapatan suami untuk menyara keluarga, namun sejak dia menghilangkan diri saya terpaksa melakukan kerja-kerja seperti ini demi anak-anak,” katanya.
Katanya, keluarganya itu pernah terputus bekalan makanan kerana ketiadaan duit untuk membeli keperluan dapur.
“Kadang kala emak dan adik beradik datang menghantar makanan untuk anak-anak termasuk juga kawan-kawan serta jiran yang mengetahui serta bersimpati dengan nasib kami sekeluarga,” katanya.
Siti Norafizah berkata, dia berharap suaminya bertanggungjawab keatas anak-anak yang ditinggalkan tanpa sebarang nafkah dan punca kewangan.
“Jika dia ada perancangan untuk terus meninggalkan kami, buatlah dengan cara yang betul dan janganlah digantung tidak bertali seperti ini.
“Saya dan anak-anak tidak mahu dibiarkan dalam keadaan begini kerana ia penting untuk kami meneruskan kehidupan keluarga,” katanya.




Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 20 Mac 2019 @ 2:03 PM




Rate

2

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 20-3-2019 04:09 PM From the mobile phone | Show all posts
Tak gentleman nya la hai hilang tanpa berita..ada 7 orang anak dia boleh blah mcm tu je..tak faham iols..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 20-3-2019 04:15 PM | Show all posts
org jantan skrg mmg pangai hanat sgt, zaman dulu2 kalu ank2 ramai xkn tinggal anak bini tp skrg nih bila anak ramai tinggal camtu je...
Reply

Use magic Report

Post time 20-3-2019 04:29 PM | Show all posts
haram zadey nya laki akak ni..tau tabur benih je..ko tak kesian ke kat anak2 ko..
Reply

Use magic Report

Post time 20-3-2019 04:53 PM | Show all posts
“Jika dia ada perancangan untuk terus meninggalkan kami, buatlah dengan cara yang betul dan janganlah digantung tidak bertali seperti ini.
“Saya dan anak-anak tidak mahu dibiarkan dalam keadaan begini kerana ia penting untuk kami meneruskan kehidupan keluarga,”
bagus nya akak ni ..takde marah2

moga d permudahkan urusan dan moga d murahkan rezeki


Reply

Use magic Report

Post time 20-3-2019 04:58 PM | Show all posts
jenis suami tak reti pakai kondom ni...
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 20-3-2019 05:00 PM | Show all posts
buat la report polis kak oi...
selepas 24jam kehilangan tanpa dpt dihubungi mmg layak
buat report polis.

mana la tau cik abg tu kene samun, ikat kat ladang getah ke...
hempon kene samun mmg bleh call tapi takkan la penyamun nak jwb call.

penyamun 1mbabi pon tak mengaku.
apatah lagi penyamun bawahan.
Reply

Use magic Report

Post time 20-3-2019 05:56 PM | Show all posts
pengorbanan yang tak dihargai..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 20-3-2019 06:01 PM From the mobile phone | Show all posts
Kenapa dia tak buat report polis? Ntah2 suami dia eksiden ke hp kena curi ke

Kot2 dah mati kat mana2 org x jupa ke

Call hp pstu org sana letak mgkin hp kena curi
Cuba lah siasat dulu
Reply

Use magic Report

Post time 20-3-2019 06:02 PM From the mobile phone | Show all posts
bangcak replied at 20-3-2019 05:00 PM
buat la report polis kak oi...
selepas 24jam kehilangan tanpa dpt dihubungi mmg layak
buat repor ...

Kannn

Terus nak pkir buruk pasal suami
Kesiannya suami dia tak pasal2 kena kecam
Reply

Use magic Report

Post time 20-3-2019 07:31 PM | Show all posts
sampai hati ..anak ramai pl tu..tak fikir kat anak bini dah..
lepaskankan lah cara elok ..
Reply

Use magic Report

Post time 20-3-2019 07:52 PM | Show all posts
dah kawin baru kot suaminya..
sian akak tu
Reply

Use magic Report

Post time 20-3-2019 07:54 PM | Show all posts
tetiba hilang tak gaduh apa,takut kena culik bunuh ke
Reply

Use magic Report

Post time 20-3-2019 08:34 PM | Show all posts
netizen terlalu mudah jatuh hukum lepas dgr citer sblh pihak.
kalu mampu tolong akak tu dgn anak2 takpe la jugak.

tolong nasihat atau cari somi dia yg hilang ke?
tolong hantar bantuan duit ke.

taktaw hujung pangkal,
takpasal2 maki hamun somi dia
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

24-4-2024 06:51 AM GMT+8 , Processed in 0.065308 second(s), 44 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list