CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1019|Reply: 6

[Tempatan] Edisi kencing tilam. PH 'janji' hentikan lantikan politik dalam GLC

[Copy link]
Post time 20-3-2019 04:06 PM | Show all posts |Read mode
Lantikan politik : PH penuh dengan ironi dan hipokrasi
20 Mac 2019 3:14 PM

KUALA LUMPUR 20 Mac - Kenyataan pemimpin Pakatan Harapan (PH) yang mahu menghentikan lantikan politik dalam syarikat milik kerajaan (GLC) dilihat penuh dengan ironi dan hipokrasi.

Presiden Gerakan, Datuk Dr. Dominic Lau Hoe Chai berkata, walaupun sering melaungkan janji berkenaan, masih ramai pemimpin dan ahli dari parti komponen PH yang dilantik mengetuai GLC, jabatan kerajaan serta kedutaan Malaysia ke luar negara.

“Akankah lantikan politik DAP seperti Wong Tack, Tan Kok Wai dan Hew Kuan Yau yang mempunyai kaitan dengan DAP akan mengosongkan jawatan yang diterima seperti saranan Perdana Menteri?” soalnya dalam kenyataan di sini hari ini.

Dalam Janji 22 Buku Harapan, PH telah berjanji untuk memastikan pelantikan ahli lembaga pengarah ke dalam GLC nasional dan negeri adalah dari kalangan profesional dan bukan berdasarkan kaitan politik mereka.

Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad pula dalam jawapannya ketika sesi Waktu Pertanyaan Menteri dalam Sidang Dewan Rakyat minggu lalu memberitahu, kerajaan akan menambah baik takrifan ‘ahli politik’ yang didapati tidak sesuai dilantik sebagai pengerusi atau ahli lembaga pengarah GLC.

Sehubungan itu, Dominic mencadangkan supaya kerajaan menggubal satu undang-undang bagi melarang sebarang lantikan politik dalam GLC supaya kerajaan dapat memastikan perkara tersebut tidak akan berulang lagi.

“Sebelum ini mereka memberikan segala jenis alasan tentang lantikan politik yang dilakukan dan membuat pengecualian untuk diri mereka sendiri, namun satu undang-undang menghentikan lantikan politik pada semua peringkat akan memastikan amalan naungan politik akan dihentikan secara berkesan.

“PH kini adalah kerajaan, mereka tiada alasan untuk tidak melaksanakannya,” katanya.


Rate

2

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 20-3-2019 04:35 PM | Show all posts
khinzir2 pakatan haramjada yang undi pakatan haramjada bukan kerana manifesto tak kisah la tu...wakakakakakkakaka
Reply

Use magic Report

Post time 20-3-2019 05:33 PM | Show all posts
BUKU HARAPAN BUKAN KITAB SUCI KEKDAHNYA
Reply

Use magic Report

Post time 20-3-2019 05:45 PM | Show all posts
tu dia PH punya u-turn....menambah baik takrifan ‘ahli politik’  supaya dpt lantik ahli2 politik mrk ke dlm glc
Reply

Use magic Report

Post time 20-3-2019 05:52 PM From the mobile phone | Show all posts
Kaki klentong dgn sijil akademik pelesu = dahlah bodoh, takde moral pulak lagi.

Satu soklan retorik yg amatlah condescending bila depa ni kata depa akan 'menilai takrifan lantikan politik' kerna:
1. Kebolehan sel otak yg terhad utk memikir,
2. Takde kesedaran sivik utk buat benda berdasarkan kepentingan negara, sebaliknya hanya utk jaga tembolok sendiri semata2.

Ini berdasarkan:
1. Takde seko Pon terkait skandal sijil akademik pelesu mengundurkan diri,
2. Tiada tindakan diambil utk penipuan sijil akademik,
3. Main langgar tangga gaji SPA utk lantikan sepesel officer menteri/Timb menteri.




JFC.
Reply

Use magic Report

Post time 22-3-2019 03:16 PM | Show all posts
kalau ahli politik tersebut layak, y not kannnnnn?????

katanya
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 22-3-2019 03:24 PM From the mobile phone | Show all posts
Tiada lantikan politik dlm ph.
Sila viralkan..

Nama
Jawatan sekarang dan syarikat/organisasi,
Pekerjaan sebelum ini
Kelulusan
Universiti/kolej
Tahun grad.

Jika ada..
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

25-4-2024 08:20 PM GMT+8 , Processed in 0.110633 second(s), 37 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list