CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 599|Reply: 7

[Tempatan] Cadang Selangor pertimbang tanaman ganja

[Copy link]
Post time 20-3-2019 05:08 PM | Show all posts |Read mode
Cadang pertimbang tanaman ganja

SHAH ALAM - Kerajaan Selangor dicadang supaya dapat mempertimbangkan untuk melaksanakan penanaman ganja bagi tujuan perubatan di negeri ini.

Adun Jeram, Mohd Shaid Rosli berkata, menerusi Akta Dadah Merbahaya 1952 telah menyatakan bahawa mana-mana jabatan kerajaan boleh membuat penanaman ganja bagi tujuan perubatan.

Untuk tujuan itu, beliau berkata satu kajian bagi penanaman ini telah dilaksanakan oleh Pengarah Pusat Racun Negara Universiti Sains Malaysia (USM), Prof. Datuk Dr. Mohamed Isa Abd. Majid dengan kerjasama sebuah syarikat tempatan dalam usaha menjadikan industri ini sebagai tanaman komersil untuk tujuan penyelidikan perubatan serta eksport.

"Apa yang penting kajian ini dibolehkan sekiranya mendapat kelulusan menteri kesihatan.

"Memandangkan Menteri Kesihatan, Datuk Dr Dzulkefly Ahmad merupakan Ahli Parlimen Kuala Selangor, jadi kerajaan negeri boleh memberi kerjasama untuk bincang mengenai penanaman, pemprosesan serta pengeksportan ganja yang dapat memberi pulangan lumayan," katanya ketika membahaskan ucapan junjung kasih atas titah Sultan Selangor hari ini.

Mengulas lanjut, Mohd Shaid berkata, tanaman ganja dapat memberi pulangan besar iaitu sekitar RM9 juta setahun bagi keluasan tanah satu ekar meliputi tiga kali proses penuaian.

Beliau berkata, jumlah ini dilihat melebihi pulangan tanaman sawit yang hanya memperoleh sekitar RM3,000 bagi tanaman berkeluasan satu ekar.

"Dan sekiranya Selangor dapat mengusahakan lebih daripada 100 ekar, kita akan jadi pengeluar terbesar di negara ini yang turut memberi pulangan lumayan," katanya.

Dalam pada itu, Mohd Shaid berkata lokasi bagi penanaman dan pemprosesan juga dicadangkan dilaksanakan di satu kawasan dan ia hanya boleh diakses oleh pihak tertentu sahaja.

Tambah beliau, pelaksanaan ini juga akan memberi peluang pekerjaan kepada orang ramai khususnya rakyat di negeri ini.

"Jangan risau mengenai pasaran gelap dan sebagainya kerana kita perlu ketatkan sistem agar tidak berlaku ketirisan serta penagihan di kalangan masyarakat," katanya.

Rate

2

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 20-3-2019 06:19 PM From the mobile phone | Show all posts
Industri ko dah fail lama kan
Reply

Use magic Report

Post time 20-3-2019 06:27 PM | Show all posts
khinzir2 pakatan haramjada memang ramai mat ganja...tu yang bersungguh sokong nak halalkan ganja...wakakakakakkakakakaka
Reply

Use magic Report

Post time 20-3-2019 06:28 PM From the mobile phone | Show all posts
patutlah mahacai tingtong je klau sembang haha
Reply

Use magic Report

Post time 20-3-2019 06:29 PM From the mobile phone | Show all posts
CharlesDera replied at 20-3-2019 06:27 PM
khinzir2 pakatan haramjada memang ramai mat ganja...tu yang bersungguh sokong nak halalkan ganja...w ...

terbukti... tgk je klau mahacai post.... mestilah fakta ke laut haha
Reply

Use magic Report

Post time 20-3-2019 06:49 PM | Show all posts
dinopower2 replied at 20-3-2019 06:29 PM
terbukti... tgk je klau mahacai post.... mestilah fakta ke laut haha

depa tau fakta kita bagi betui fakta depa salah....sebab tu lompat2 tukaq2 topik....bila kita buat kat dia lagu tu tau pulak reply mengajaq kita sila ikut topik....bowdow macam fother-mucker aka father-fucker penduboq etis bowdow segala aspek...wakakakakakakkakakakaka
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 21-3-2019 05:24 PM | Show all posts
Tiada keperluan tanam ganja di Selangor - MB
21 Mac 2019 4:45 PM


SHAH ALAM 21 Mac - Tiada keperluan untuk menanam ganja di Selangor.

Menteri Besar Selangor, Amirudin Shari berkata, kerajaan negeri tidak berminat untuk melayan cadangan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Jeram, Mohd. Shaid Rosli.

Tegasnya, ganja termasuk bawah Akta Dadah Berbahaya dan lebih banyak mendatangkan mudarat berbanding kebaikan.

“Buat masa ini saya tidak nampak keperluan untuk ia (tanaman ganja) dilaksanakan,” katanya ketika ditemui pemberita di sini hari ini.

Semalam Mohd. Shaid mencetus kontroversi apabila mencadangkan Selangor sebagai pengeluar ganja terbesar di dunia.

Kata Mohd. Shaid jika Kuala Selangor dijadikan pusat tanaman, dijangkakan ganja mampu memberi hasil sejumlah RM9 juta setahun untuk ladang seluas satu ekar.

Reply

Use magic Report

Post time 21-3-2019 09:09 PM From the mobile phone | Show all posts
amboii  ..

1 ekar kelapa sawit  hasil   3000 rm .

1  ekar ganja pulak hasil  9 juta rm  .

bagilah peluang jugak kat org2 kampong  .
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

17-4-2024 03:40 AM GMT+8 , Processed in 0.162831 second(s), 38 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list