KUALA LUMPUR: Perhimpunan menuntut hak wanita yang diadakan di bersempena dengan Hari Wanita Sedunia berhampiran pusat beli-belah Sogo pagi tadi, tidak mendapat kebenaran pihak polis.
Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner Shaharuddin Abdullah, berkata tiada permit dikeluarkan pihaknya bagi perhimpunan itu berikutan notis dikemukakan kepada polis kurang 10 hari dari tarikh dijadualkan iaitu 7 Mac lalu.
Justeru, katanya, kertas siasatan dibuka mengikut Seksyen 9 Akta Perhimpunan Aman (APA) 2012 dan penganjur perhimpunan itu akan dipanggil polis untuk memberi keterangan.
“Perhimpunan itu tiada permit kerana mereka beri notis kurang 10 hari, maka kita akan siasat mengikut Seksyen 9 APA 2012,” katanya ketika dihubungi BH, hari ini.
Terdahulu, lebih 1,000 orang dikatakan menyertai perhimpunan berkenaan bermula berhampiran Sogo sebelum kumpulan berkenaan berarak ke Masjid Jamek.
Difahamkan, ia disertai beberapa badan bukan kerajaan (NGO) antaranya Women’s Aid Organization (WAO), Sisters In Islam (SIS), aktivis serta pelajar.
Perhimpunan juga didakwa disertai penyokong Lesbian, Gay, Biseksual dan Transgender (LGBT) yang antara lain membawa bendera warna pelangi selaku simbol golongan terbabit.
Antara perkara yang dituntut kumpulan terbabit pada perhimpunan itu adalah menghapuskan diskriminasi jantina, menghentikan keganasan terhadap wanita dan kesaksamaan gender.
rentung ni tafsiaq undang2 ikut mahkamah kuil dia apa...akta perhimpunan awam tak wujud..yang wujud akta perhimpunan aman......dan saya amat setuju dengan jenayah hendap....la ni ada bujang2 yang dok menghendap...amik gambaq artis buat modai tut tut tut...wakakakakkakakakakaa
tu pun ramai khinzir2 pakatan haramjada sokong......penyokong2 lgbt memang bowdow...wakakakakkakaka