CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 3566|Reply: 32

[Tempatan] HANYA dengan satu panggilan , simpanan RM560,000 lesap

[Copy link]
Post time 20-3-2019 11:04 PM | Show all posts |Read mode
Wang simpanan RM560,000 lesap ditipu sindiket Macau Scam
20 Mac 2019 7:44 PM


PETALING JAYA - Seorang bekas pegawai pemasaran berputih mata selepas wang simpanannya berjumlah RM560,000 lesap akibat diperdaya sindiket Macau Scam yang menyamar sebagai pegawai polis menerusi satu panggilan telefon pada Isnin lalu.

Mangsa berusia 71 tahun itu dikatakan menerima panggilan daripada suspek yang memperkenalkan diri sebagai pegawai polis dari Ibu Pejabat Polis Kontinjen Sarawak sebelum mendakwa mangsa terlibat dalam kegiatan pengubahan wang haram.

Ketua Polis Daerah Subang Jaya, Asisten Komisioner Risikin Satiman berkata, takut dengan desakan suspek, mangsa bertindak memindahkan wang simpanannya ke akaun bank yang diberikan suspek dengan alasan wang tersebut akan dikembalikan sebaik siasatan selesai.

“Susulan pemindahan wang itu selesai, baru mangsa tersedar dirinya diperdaya sebelum membuat laporan polis semalam,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Menurutnya lagi, bertindak atas maklumat dan risikan pihak polis menahan seorang lelaki berusia 60 tahun di sebuah bank di ibu negara pagi tadi ketika mengeluarkan wang berjumlah RM250,000.

“Penahanan terhadap suspek dibuat susulan pihak bank curiga dia membuat pengeluaran dengan jumlah yang sama sehari sebelumnya.Turut dirampas satu buku bank serta resit transaksi pengeluaran.

“Suspek yang bekerja di pasar malam itu ditahan bagi membantu siasatan dan kes disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan,” ujarnya.

Rate

2

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 21-3-2019 12:47 AM | Show all posts
Warga emas rugi RM560,000 ditipu Macau Scam
Afiezy Azaman, Astro Awani | Diterbitkan pada Mac 20, 2019 23:08 MYT

KUALA LUMPUR: Seorang warga emas berusia 71 tahun mengalami kerugian sebanyak RM560,000 selepas menjadi mangsa sindiket penipuan Macau Scam, Isnin lepas.

Menurut Ketua Polis Daerah Subang Jaya, Asisten Komisioner Risikin Satiman modus operandi yang digunakan suspek ialah dengan melakukan penipuan melalui telefon dan menyamar sebagai Pegawai Kanan Polis dari Ibu Pejabat Polis Kontinjen Sarawak.

“Suspek memaklumkan mangsa mempunyai beberapa kes bungkusan melibat pos laju dan akaun pengadu terlibat dalam kegiatan jenayah pengubahan wang haram.
“Mangsa berasa takut dan telah disambungkan ke beberapa talian pegawai polis. Mangsa ditawarkan bantuan dan juga telah diarah untuk pindahkan segala wang simpanan kepada akaun Pegawai Bank Negara untuk tujuan audit dan siasatan. Wang mangsa akan dikembalikan selepas siasatan selesai,” katanya dalam satu kenyataan, pada Rabu.

Mengulas lanjut Risikin berkata hasil risikan polis dengan kerjasama pihak bank, seorang lelaki berusia 60 tahun ditahan ketika cuba mengeluarkan wang berjumlah RM250,000 di kaunter sebuah bank di Kuala Lumpur.

Jelas beliau, penangkapan itu dibuat hasil pemantauan dan siasatan apabila suspek telah mengeluarkan sejumlah wang yang banyak pada hari sebelumnya.

“Polis turut merampas satu buku akaun bank, resit transaksi pengeluaran dan wang, permohonan reman akan dibuat terhadap suspek.

“Suspek merupakan pembantu di sebuah pasar malam dan Kes disiasat di bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan,” jelas beliau.

Sementara itu, Risikin turut menjelaskan statistik kes penipuan Macau Scam bagi Daerah Subang Jaya melibatkan sebanyak 18 kes dengan jumlah kerugian sebanyak RM802,970.10 sejak Januari 2019 hingga kini.

Manakala, sebanyak 82 kes Macau Scam melibatkan kerugian sebanyak RM 5,924,971.63 bagi tahun lepas.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 21-3-2019 01:25 AM From the mobile phone | Show all posts
Hari ahad lepas saya pun ada dpt call dari mahkamah.. marah kenapa tak dtg perbicaraan . Katanya hutang kad kredit
Menipu betul
Cepat2 saya letak phone. Sebelum dipukau
Reply

Use magic Report

Post time 21-3-2019 10:47 AM | Show all posts
syukurlah dah diberkas.. entah dah berapa ratus mangsanya..
Reply

Use magic Report

Post time 21-3-2019 10:56 AM | Show all posts
senang2 je nak tipu duit org eh
keja malas nipu jer kejenye

jgn lah percaya call2 skrg nih

tp kalau ikut statement mangsa takut dituduh menggubah wang haram
maknanya mmg dia terlibat ke?
Reply

Use magic Report

Post time 21-3-2019 11:04 AM | Show all posts
i pun dpt call minggu lepas kata dari mahkamah majistret langkawi...teruih aku maki ja peduli apa haku hang org mahkamah ka dak
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 21-3-2019 11:07 AM From the mobile phone | Show all posts
Baru2 ni dapat call dari lhdn, tel pejabat pula tu bunyi mesin yang call, then saya tekan no 9 sbb nak bcakap dgn peg lhdn, mula2 tak tau pun scammer sebab baru2 ni memang saya ada pergi pjbt lhdn pasal declare cukai.
Peg tu cakap ada company buka atas nama saya ada berapa puluh ribu tunggakan cukai, kat perlis pula tu, bila masa sy yg duk sabah ni pergi perlis buka company, dia cakap ic saya dah salah guna kena pergi report polis kat perlis.
Dah satu kerja pula saya duk sabah ni kena pergi perlis report polis. Bila saya tanya kenapa bila saya pg lhdn sini tak ada bgitau pun pasal ni, dia cakap sini lhdn selangor, lhdn sabah tak tau, pelik dah saya takkan lhdn guna sistem lain2.
Lepas tu dia nk tolong sambungkan dengan balai polis perlis, saya terus letak phone. Pelik btl saya, saya x ada berurusan dgn mana2 pihak dlm masa tdekat ni kecuali lhdn. Lagi pelik bila saya sebut nama saya dia blh sebut dgn betul no ic saya. Phone saya mmg byk terima call scammer 03xxxxxx ni tp sbb saya dah download apps true caller mmg kena reject lah semua call scammer ni, skrg dorang call no ofis pula.
Reply

Use magic Report

Post time 21-3-2019 11:08 AM | Show all posts
baru ahad lepas my opismate kena scam rm17k dari saving account dia tau..scammer tu wasap dia bertalu2 merayu mintak tac no. yang cimb bagi kat msg my fren tu..tapi dia ignore je..pastu scammer tu siap gertak dia cakap "jangan menyesal kalau jadi sesuatu kat account kamu". baru la my fren reply wasap orang tu cakap dia akan report PDRM, SKMM dll..bila dia cakap macam tu baru senyap...pastu my fren buat tak tau jela...the next day check2 account dia CIMB lost rm17k..peliknya, macam mana orang tu boleh withdraw more than RM5k credit limit dia..dia buat 2 transaction tau bila di check..dan bank pulak tak bagi notification apa2 pun...adakah once kita reply je wasap dia, automatic scammer tu boleh hack semua details hp kita? now kes tu dah sampai ke BNM..BNM mintak 14 hari untuk siasat..tak tau la dapat duit balik ke tak....itu baru RM17k..kalo RM560k macam kes atas ni mampoih!!!
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 21-3-2019 11:11 AM | Show all posts
di malaysia ni, nak dpt duit yg di curi, lesap, di tipu adalah amat sukar sekali...kes depan mata adalah 1MDB...bertahun tahun nak settle masalah...

manusia ni, bab2 duit ni memang laju aje...sudah dpt madunya, sepah di buang...manusia bertuhankan wang ringgit...
Reply

Use magic Report

Post time 21-3-2019 11:17 AM | Show all posts
Alhamdulillah, akhirnya dpt diberkas...... Semoga kuncu2nya yg lain dapat diberkas sama........
Reply

Use magic Report

Post time 21-3-2019 11:59 AM From the mobile phone | Show all posts
Mierafaziera replied at 21-3-2019 11:08 AM
baru ahad lepas my opismate kena scam rm17k dari saving account dia tau..scammer tu wasap dia bertal ...

kalu kita tak beri tau apa apa butir  , camne plk scammer tu bolih terus pindahkan duit kita.
Reply

Use magic Report

Post time 21-3-2019 12:03 PM | Show all posts
akusukaq replied at 21-3-2019 11:59 AM
kalu kita tak beri tau apa apa butir  , camne plk scammer tu bolih terus pindahkan duit kita.

tu yang pelik...kitorang suspek macam "orang dalam" jugak yang buat hal..tapi ada member plak kata, maybe once kita reply message dia, dia boleh hack hp kita ke...entah...gilos betul orang skrg..senang2 je curi duit dalam akaun..tak payah kita bagi pin no. ke password ke..
Reply

Use magic Report

Post time 21-3-2019 12:10 PM From the mobile phone | Show all posts
Mana scammers ni dpt info?
Reply

Use magic Report

Post time 21-3-2019 12:11 PM From the mobile phone | Show all posts
Mest ada org dlm yg tau si polan ni ada duit byk...tgk cam aku ni xde peg polis pun nk telipon
Reply

Use magic Report

Post time 21-3-2019 12:26 PM | Show all posts
Edited by chicozinn at 21-3-2019 12:43 PM
caca_eric replied at 21-3-2019 01:25 AM
Hari ahad lepas saya pun ada dpt call dari mahkamah.. marah kenapa tak dtg perbicaraan . Katanya hut ...

lain kali kalu chuollss dpat call cmtu, minta kat dia no kes mahkamah..meollss penah kena org tu call ckap soh meolls bgitahu alamat rumah sbab nak hantar notis bicara dia dari unit pengangkutan mahkamah tinggi KL..meollss trus ckap nak no kes mahkamah sbab nanti nak cek kat e-kehakiman..pastu dia argue lagi last2 meollss  ckap spatutnya pguam kne hntar notis tuntutan ke defendan guna ar berdaftar n surat akuan mengepos n bukan unit mahkamah..trus senyap..
Reply

Use magic Report

Post time 21-3-2019 12:27 PM | Show all posts
SweetShera replied at 21-3-2019 11:04 AM
i pun dpt call minggu lepas kata dari mahkamah majistret langkawi...teruih aku maki ja peduli apa ha ...

org mahkamah xkan simply call untuk dtg mahkamah..korang jgn layan hokey..kalu nk dtg mahkamah korang akan dpat surat pemberitahuan untuk mnghadiri mahkamah dari mana2 peguam yg dilantik n bukan agensi cap hayam

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 21-3-2019 12:42 PM From the mobile phone | Show all posts
Hukuman yg wajar bagi scammer adalah gantung sampai mati
Reply

Use magic Report

Post time 21-3-2019 02:47 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by MarryPottet at 21-3-2019 02:50 PM

kalau ikut logik akal kita orang awam yg tak mahir sangat bab penyiasatan ni, bila ada report tentu senang polis nak trace semua penjenayah yg terlibat melalui no akaun duit2 tu ditransfer, transaksi akaun2 tersebut juga melalui rakaman cctv di cdm. tapi kenapa sampai hari ni pdrm yg punyai segala kepakaran & akses kpd segala maklumat gagal kuburkan scam ni semua. malah ia jadi semakin berkembang & getting out of control?
Reply

Use magic Report

Post time 21-3-2019 02:55 PM | Show all posts
tapi pelikkan..mana scammer nie tau mangsa2 nie semua ada duit byk dlm saving acct.. nape x call mangsa2 yg ada blance RM10-20 nie...mesti ada org dlm gak yg kasi info kan...
Reply

Use magic Report

Post time 21-3-2019 03:08 PM | Show all posts
nsb baik cpt dpt tangkap dah..duit tu dpt balik jg la kan..sbb sekali gus bg keluar..
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

27-4-2024 03:32 AM GMT+8 , Processed in 0.065050 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list