CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1892|Reply: 8

'Tiada Wifi Lebih Susah Daripada Tiada Duit' - 10 Masalah Utama Golongan Millen

[Copy link]
Post time 21-3-2019 11:10 AM | Show all posts |Read mode
Jika dibuat kajian 20 atau 30 tahun lalu mengenai isu yang sering membimbangkan ibu bapa kita, pasti ramai akan mengatakan isu ekonomi, keluarga ataupun pekerjaan. Berlainan pula dengan golongan millennial atau remaja masa kini.





Kredit foto: Carian Google





Dalam satu kaji selidik dijalankan sebuah syarikat CDB Endoca dan OnePoll yang melibatkan 2000 responden daripada golongan millennial (lahir tahun 1980an hingga 2000an), lebih 58 peratus berkata, hidup mereka rasanya lebih membebankan berbanding dahulu.





Kredit foto: Carian Google





Ramai yang mengeluh kerana tidak dapat mengawal tekanan hidup dengan baik. Uniknya, kebanyakan daripada masalah dan tekanan hidup mereka berkisar sekitar telefon pintar, teknologi digital dan media sosial.





Kredit foto: Carian Google





Menurut dapatan kajian itu, masalah paling mengerikan adalah kehilangan dompet dan kad kredit, diikuti pergaduhan dengan pasangan dan kesesakan jalan raya serta kehilangan telefon.





Kredit foto: Carian Google





Ini 10 masalah utama golongan millennial masa kini;





Kredit foto: DailyMail UK





Menariknya, walaupun tidak disenaraikan dalam Top 10, masalah lain yang dinyatakan punca stres termasuklah posting di media sosial yang tidak mendapat likes.


Kajian itu juga mendapati bahawa golongan ini menangani tekanan dengan tidur (41%), mencari penyelesaian (36%) dan bersukan (33%).


Kesimpulannya, kajian ini mendapati semakin ramai golongan yang hidupnya berpaksikan telefon pintar. Mereka tidak lagi dapat hidup dengan selesa tanpa kemudahan teknologi ini. - CARI
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 21-3-2019 11:12 AM | Show all posts
betul gak cleaner kat opis aku pun bising bila wifi takde kadang slow

aku selalu marah dorang suruh beli data sendiri

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 21-3-2019 11:15 AM From the mobile phone | Show all posts
Aku kalau nak bercuti kena cek hotel ada wifi ke tak {:give
Reply

Use magic Report

Post time 21-3-2019 11:27 AM | Show all posts
Hilang akal sehari tak berforum cari.forum
Reply

Use magic Report

Post time 21-3-2019 11:29 AM From the mobile phone | Show all posts
Mmg menggagau xde tepon sehari. Buku pun dah malas baca. Otak dah berkarat
Reply

Use magic Report

Post time 21-3-2019 12:06 PM | Show all posts
Mungkin ia buat mereka yang taksub dengan media social terutamanya.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 21-3-2019 02:16 PM From the mobile phone | Show all posts
Umpamanya bila ko x buka forum cari selma 24 jam ibarat ko koma selama sebulan.. byk berita2 tertinggal gitu.. belum lg x buka ig, fb, twitter etc..
Mmg membebankan hidup generasi skrg. Hari2 ada komitmen utk buka ig, fb, twtter, youtube, cari, whatsapp.. belum lain2 web n forum...

Lol
Reply

Use magic Report

Post time 21-3-2019 09:17 PM From the mobile phone | Show all posts
Mostly lah kot macam tu. Tapi i lagi stress dengan kerja kat office & traffic yang heavy bila pergi dan balik kerja.

Kalau wifi kat office down, bahagianya rasaaaa.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 22-3-2019 02:14 AM | Show all posts
betul jugak
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-3-2024 01:55 AM GMT+8 , Processed in 0.057723 second(s), 34 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list