CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1143|Reply: 5

[Tempatan] Majikan disyaki pukul pekerja cuci kereta hingga mati.

[Copy link]
Post time 21-3-2019 11:22 AM | Show all posts |Read mode
Edited by FOTHER-MUCKER at 20-3-2019 07:23 PM

Majikan disyaki pukul pekerja cuci kereta hingga matiBernama -

March 21, 2019 8:18 AM


Seorang pekerja kedai mencuci kenderaan meninggal dunia ketika menerima rawatan di Hospital Seberang Jaya, semalam. (Gambar Bernama)


BUTTERWORTH: Seorang pekerja sebuah kedai mencuci kenderaan meninggal dunia ketika menerima rawatan di Hospital Seberang Jaya (HSJ) semalam selepas dipercayai dipukul majikannya dalam kejadian di pejabat kedai itu di Taman Chai Leng, Perai, Selasa lalu.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Tengah (SPT), Nik Ros Azhan Nik Abdul Hamid berkata mangsa, S Gehanathan, 38, meninggal dunia jam 11 pagi semalam.


Beliau berkata manga dibawa ke HSJ oleh ambulans pada jam 4.30 petang Selasa selepas majikannya memaklumkan pekerjanya terbabit dalam kemalangan jalan raya berhampiran kedai mencuci kenderaan milik lelaki tersebut.

“Bagaimanapun, pemeriksaan awal ke atas mayat mangsa mendapati kecederaan dialaminya bukannya disebabkan kemalangan jalan raya,” katanya malam tadi.


Menurutnya, mangsa mengalami kecederaan luka di kepala, muka dan lengan dipercayai dipukul dan siasatan di lokasi yang didakwa berlaku kemalangan itu tidak menunjukkan sebarang kesan atau bukti kemalangan.

Nik Ros Azhan berkata pihak polis ke lokasi kedai mencuci kenderaan itu dan siasatan ke atas 7 pekerja termasuk 3 pekerja warga Myanmar mengesahkan mangsa dipukul 3 lelaki termasuk majikannya kerana terdapat perselisihan faham antara mereka.

“Mangsa dikatakan mengirim mesej menerusi aplikasi WhatsApp yang mahu menganggu isteri dan keluarga majikannya dan berikutan itu suspek bersama 2 lagi rakannya menarik mangsa masuk ke pejabat kedai tersebut lalu memukulnya hingga pengsan,” katanya.


Majikan itu dikatakan mengarahkan semua pekerja merahsiakan perkara yang terjadi dan meminta mereka untuk mengatakan mangsa terbabit dalam satu kemalangan jalan raya.

Katanya, pemeriksan polis di lokasi kejadian menemui percikan darah di dinding bahagian ruang tamu dan sebatang kayu berukuran 0.95 meter, tin cat serta kayu mop lantai dengan kesan darah dan dipercayai digunakan untuk memukul mangsa.


Beliau berkata polis menahan majikan mangsa berusia 35 tahun dan seorang lelaki berumur 21 tahun selain sedang mengesan seorang lagi suspek lelaki berusia 30 tahun dalam membantu siasatan.

“Mayat mangsa akan dibedah siasat esok untuk mengetahui punca sebenar kematian kes berkenaan disiasat di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh,” katanya.


https://www.freemalaysiatoday.com/category/bahasa/2019/03/21/majikan-disyaki-pukul-pekerja-cuci-kereta-hingga-mati/

Rate

2

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 21-3-2019 11:23 AM From the mobile phone | Show all posts
Tolong jangan mansuh hukuman mati mandatori. ....
Reply

Use magic Report

Post time 21-3-2019 11:52 AM From the mobile phone | Show all posts
Orang dah mati x boleh bela diri la kan..
Reply

Use magic Report

Post time 21-3-2019 11:58 AM | Show all posts
dasar pengecut..3 lawan satu.. anak jantan one by one la..ni dah mati kawan tu ..nak bela diri pun tak dapat..semoga dikenakan hukuman setimpal..
Reply

Use magic Report

Post time 21-3-2019 12:32 PM | Show all posts
noor2 replied at 21-3-2019 11:23 AM
Tolong jangan mansuh hukuman mati mandatori. ....

itu la yg saya sllu ckap..tapi geng2 peguam siti kasim nk mnsuhkan..kami2 yg berhaluan kiri ni xnak mansuhkan sebab lagi banyak mudarat dri kebaikan plus incur cost untuk maintenance bakal2 banduan nnti bila hukuman mati dimansuhkan..
Reply

Use magic Report

Post time 21-3-2019 09:08 PM From the mobile phone | Show all posts
Myanmar hitam ke?
Reply

Use magic Report

Follow Us
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

20-4-2024 11:34 AM GMT+8 , Processed in 0.167282 second(s), 33 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list