View: 651|Reply: 1
|
[Dunia]
NZ Haram Penjualan Senjata Semi-Automatik, Raifal
[Copy link]
|
|
KHAMIS, 21 MARCH 2019 @ 10:59 AM
JACINDA Ardern. - Foto Reuters
WELLINGTON: Perdana Menteri New Zealand, Jacinda Ardern mengumumkan pengharaman penjualan senjata raifal dan separa automatik sebagai tindak balas terhadap kejadian serangan pengganas yang mengorbankan 50 orang di negara itu, minggu lalu.
“Saya mengumumkan New Zealand akan mengharamkan semua bentuk senjata api separa automatik tentera. Kami juga mengharamkan senjata raifal,” kata Ardern.
Ardern turut mengumumkan beberapa langkah sementara yang diambil untuk menghentikan pembelian sebelum undang-undang berkuat kuasa sepenuhnya.
Katanya, semua bentuk peralatan berkaitan dan peranti berkapasiti tinggi yang meningkatkan kemampuan rifel turut diharamkan.
“Secara ringkas, semua bentuk senjata separa automatik yang digunakan dalam serangan pada Jumaat minggu lalu akan diharamkan di negara ini,” katanya. - AFP |
Rate
-
2
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
penduboq2 etis kalau tak boleh berilmiah depa akan beli senjata api dan bunuh orang...waakkakakakakkaka |
|
|
|
|
|
|
| |
|