KUALA LUMPUR: Kebanyakan aduan diterima Suruhanjaya Penerbangan Malaysia (Mavcom) dari Julai hingga Disember 2018 melibatkan Malaysia Airlines.
Laporan pengguna terbarunya menunjukkan aduan mengenai salah urus bagasi, proses bayaran balik dan kelewatan penerbangan paling banyak diterima, iaitu 51.6% daripada keseluruhan aduan.
Laporan tersebut mengatakan lebih banyak aduan tentang syarikat penerbangan dan perkhidmatan lapangan terbang pada 2018 dari 2017.
Ini disebabkan para penumpang semakin sedar mengenai hak mereka.
Daripada 821 aduan kepada suruhanjaya tersebut, 810 aduan terhadap syarikat penerbangan, kira-kira separuh daripadanya melibatkan Malaysia Airlines.
Hanya 11 aduan terhadap lapangan terbang.
Terdapat 413 aduan tentang Malaysia Airlines, yang mencatatkan peningkatan 41.9% berbanding tempoh sama pada 2017, dan 230 aduan terhadap AirAsia, mencatat kenaikan 36.1% (169 pada 2017).
Aduan terhadap Malindo Air turun 58.9%, iaitu 69, berbanding 168 aduan dalam tempoh sama pada 2017.
Di samping 821 aduan, laporan itu menyebut Mavcom juga menerima 573 aduan “tidak sempurna” dan disebabkan itu, tidak dapat dinilaikan dengan tepat.
Aduan terhadap lapangan terbang turun 21.4% yang biasanya mengenai kemudahan lapangan terbang, keselamatan dan bantuan istimewa.
Menurut Mavcom, ia menyelesaikan 99.6% daripada aduan yang diterima dalam tempoh 6 bulan itu dan 55% daripada keputusan kes memihak kepada pengguna.
https://www.freemalaysiatoday.com/category/bahasa/2019/03/20/malaysia-airlines-terima-paling-banyak-aduan-penumpang-pada-2018/