CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1789|Reply: 9

[Tempatan] Gaji Bersih Polis RM1000 Tidak Cukup Jika Tinggal Di Kl [Video] – Najib Razak

  [Copy link]
Post time 21-3-2019 12:01 PM | Show all posts |Read mode




Isu Gaji Anggota Polis Antara yang menjadi topik hangat dalam perbahasan di dewan rakyat pada Selasa apabila ia dibangkitkan oleh bekas Perdana Menteri Dato’ Sri Najib Razak.

Beliau menceritakan semula kepada dewan selepas bertemu dengan seorang wanita yang anaknya amat minat menyertai PDRM selepas menamatkan pengajian dan berkelulusan Diploma.

“Kesudahannya dia berjaya, dan kini berkhidmat dengan jawatan Koperal, gajinya hanya RM1414, malangnya PTPTN memotong gajinya secara paksa sebanyak RM400 sebulan.

Anggota Polis ini berkhidmat di Kuala Lumpur, cuba bayangkan dia terpaksa hidup dengan pendapatan bersih RM1000 sahaja” Kata Najib.

Ahli Parlimen Pekan itu juga membangkitkan tentang janji tidak ditunai untuk menangguhkan pembayaran balik PTPTN, malah memotong gaji secara paksa adalah lebih zalim berbanding ketika pentadbiran kerajaan BN dahulu.

Isu tentang gaji anggota PDRM juga menjadi perbincangan hangat oleh Netizen di ruang comment Facebook.

“Dulu masa jd pm x da pla ungkit isu gaji pdrm?? Sama saja bossku… ” – Soal Shaddam Husseyn

“Gaji 1400 berbanding sebelum ne 1000 .. Nasip baik LA sebelum BN kalah tu da naik 1400..Kalau tak makan 1000 LA basic yg baru masuk PDRM..” – Respon Zikko Peter
DSN dh jd pembangkang, apa yg diusulkan bernas. Pihak kerajaan, perlu lah beri jawapan yg munasabah dan bernas. Apa perancangan atau memperbaiki perkara yg mungkin terlepas pandang. Jgnlh beri jawapan yg lapuk, yg mn satu dunia dh tahu.” – Kata Samihah MJ
“Apa yg di perkatakan oleh DSN itu adalah benar. Berbicara ttg soal gaji.. Gaji anggota pdrm. sebenarnya tidak setimpal dengan pengorbanan mereka dari segala bentuk. Kenaikan kos sara hidup secara mendadak membuatkan mereka amat tertekan dan oleh kerana tekanan demi tekanan yg di hadapi maka berlakulah salah guna kuasa.

Rasuah dan minta suapan secara besar-besaran mahupun kecil-kecilan (Maafkan saya)” Kata Amrullah Amru KBS

Berdasarkan rekod, Bekas Perdana Menteri itu juga pernah mengumumkan kenaikan satu gaji tahunan untuk 1.6 juta penjawat awam berkuat kuasa 1 Julai 2018, namun ia tidak dapat dilaksanakan selepas kerajaan Barisan Nasional tumbang kepada Pakatan Harapan dalam Pilihanraya ke 14 pada 9 Mei tahun lalu.



Rate

2

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 21-3-2019 01:06 PM From the mobile phone | Show all posts
Masa jd kerajaan tak sempat tgk org bawahan.
Skrg dh jadi pembangkang..sedap sket la dgr hujah dia.
Sama la kerajaan skrg. Masa dulu uols jd pembangkang...segala benda kerajaan buat semua nak bangkang. Semua tak kena. Bila dh jd kerajaan, haaa padan muka baru tau langit tu tinggi rendahnya.
Najib ni jd pm balik, perangai dia dan rosmah jadi mcm lama dulu balik. Sama je tak tung tuang..
Reply

Use magic Report

Post time 21-3-2019 01:15 PM | Show all posts
skrg kn nak swastakan
swastakan je polis jadi Malaysia Securicorp
1 report RM50
Ufti keselamatan dikenakan pada setiap warganegara sebulan RM50-RM200
Reply

Use magic Report

Post time 21-3-2019 01:16 PM | Show all posts
tentera kasi bubar
masukkan dalam Securicor
atau masukkan private Military contractor ala ala Blackwater
Reply

Use magic Report

Post time 21-3-2019 01:22 PM | Show all posts
AbukRokok replied at 21-3-2019 01:16 PM
tentera kasi bubar
masukkan dalam Securicor
atau masukkan private Military contractor ala ala Blac ...

Kalau private military tu memang best. Rusuhan? Kita hantar drone dengan missile. Kabooom.
Reply

Use magic Report

Post time 21-3-2019 02:19 PM From the mobile phone | Show all posts
tak heranlah kalau 1k tak cukup. tapi yg aku heran ada makhluk gaji + allowances dah puluh ribu sebulan pon tak cukup sampaikan terpaksa rompak duit rakyat & khzanah negara. jadah apa bosss kurrrr?
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 21-3-2019 02:27 PM From the mobile phone | Show all posts
Ko dulu gaji puluh2 ribu pung xcukup ke hanat
Reply

Use magic Report

Post time 21-3-2019 02:35 PM | Show all posts
sejak2 pandai shopping di tesco ni la baru dia perasan gaji polis seribu je..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 21-3-2019 05:04 PM | Show all posts
Kesian member baru kuar dari gua..

Dulu masa sedap songlap sampai berbillion tak perasan pun gaji org yg sikit2 ni... mungkin bila dia sendiri dah low income baru sedar kot..
Reply

Use magic Report

Post time 22-3-2019 12:08 PM From the mobile phone | Show all posts
Adeh bola tanggung ke ni
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

25-4-2024 04:04 PM GMT+8 , Processed in 0.078130 second(s), 39 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list