CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2990|Reply: 12

Vlogger Terkenal Nas Daily Buat Keputusan Menetap Di Singapura

[Copy link]
Post time 21-3-2019 12:02 PM | Show all posts |Read mode
Antara banyak video blogger (atau vlogger) yang terkenal di media sosial, mungkin Nas Daily salah saorang yang paling dikenali di Malaysia kerana kandungannya yangs sering menjadi tular.


Selain itu, Nas Daily juga pernah menjadi kontroversi kerana mengkritik negara Malaysia yang menolak untuk memberikannya visa pelawat atas sebab beliau memiliki passport Israel.





Kredit foto: Nas Daily



Selain itu, walaupun dilahirkan Muslim, Nas atau nama sebenarnya Nuseir Yassin pernah mencetuskan perdebatan apabila beliau mengatakan tidak mempercayai agamanya 100% kerana dia bukanlah seorang yang alim dan tidak mahu dikongkong oleh sesebuah fahaman.





Kredit foto: Channel News Asia



Selama ini, Nas dan teman wanitanya menjelajah seluruh dunia untuk menghasilkan video pengembaraan dan pemerhatian socialnya. Beliau sebelum ini pernah mempertimbangkan Singapura tetapi akhirnya  menjadikan San Fransisco sebagai tapak bagi syarikat online mereka.


Kini nampaknya dia telah bertukar fikiran.





Kredit foto: Nas Daily



Dalam sebuah status video terbarunya, Nas memutuskan akan berpindah dari San Fransisco dan menetap di Singapura dalam masa terdekat. "Setelah mengembara selama 3 tahun, saya memutuskan untuk menetap di Singapura,"dedahnya.


Kecintaan Nas terhadap negara itu pernah diluahkannya dalam video 'Why I Hate Singapore'.





Kredit foto: Nas Daily



Salah satu kekagumannya terhadap negara itu termasuklah kemampuan mereka untuk mencapai kemajuan dalam masa 53 tahun sahaja. Nas berpendapat kemajuan Singapura menjadikannya sebuah lokasi yang tepat untuk mengembangkan jenamanya.





Kredit foto: Nas Daily



Pengumuman Nas itu turut disahkan oleh teman wanitanya, Alyne Tamir menerusi Instagramnya. Walau bagaimanapun, pasangan itu belum membuat keputusan untuk menetap berapa lama.

Adakah kandungan video blognya akan lebih bernuansa Asia selepas ini? Atau adakah dia akan sekali lagi mencetuskan kontroversi? Kita nantikan.-CARI




Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 21-3-2019 12:28 PM | Show all posts
elok la jadi hanjj singapork
Reply

Use magic Report

Post time 21-3-2019 12:37 PM | Show all posts
dah unfollow nas ni sebab makin tak boleh terima pandangan dia

ada dia kisah? hahaha

i sekranga suka tengok video2 vlogger dubai, khalid & salama
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 21-3-2019 12:45 PM From the mobile phone | Show all posts
yeos: dah unfollow nas ni sebab makin tak boleh terima pandangan diaada dia kisah? hahahai sekranga suka tengok video2 vlogger dubai, khalid & salama


Skrg saya pun dah unfollow

Tp masih ikut Drew Binsky
Reply

Use magic Report

Post time 21-3-2019 12:51 PM From the mobile phone | Show all posts
Unfollow mamat nih..approachdia makin lama makin.....
Drew better skit, but still ambik yg jenih je la, yg keruh2 buang
Reply

Use magic Report

Post time 21-3-2019 01:42 PM | Show all posts
dok jauh2 dari msia plis
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 21-3-2019 01:45 PM | Show all posts
yeos replied at 21-3-2019 12:37 PM
dah unfollow nas ni sebab makin tak boleh terima pandangan dia

ada dia kisah? hahaha

aku pun suka khalid dan salama...  diorang sangat neutral dan positive...
Reply

Use magic Report

Post time 21-3-2019 05:15 PM From the mobile phone | Show all posts
Bagus Nas ni. Otak xdikongkong dek makbapak atau orang sekeliling
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 22-3-2019 01:27 PM | Show all posts
hiung tak mancung, pipi tersorong2.

malaysia tak terima ko sudey lerr..
aku pun menyampah dgn attention seeker ni.
Reply

Use magic Report

Post time 22-3-2019 01:49 PM | Show all posts
yeos replied at 21-3-2019 12:37 PM
dah unfollow nas ni sebab makin tak boleh terima pandangan dia

ada dia kisah? hahaha

khalid n salma ni kelako... hehehe
Reply

Use magic Report

Post time 27-3-2019 04:44 PM | Show all posts
dah unfollow jugak dia ni.. padahal dulu hari2 tgk video dia
Reply

Use magic Report

Post time 27-3-2019 06:12 PM | Show all posts
who r yuss
Reply

Use magic Report

Post time 30-3-2019 12:05 AM | Show all posts
lantak ko lar...  nk menetap mner pon...
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

24-4-2024 03:42 PM GMT+8 , Processed in 0.066693 second(s), 38 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list