View: 5698|Reply: 47
|
[Tempatan]
Selepas Rumput Karpet, Bunga Lalang Pula Jadi Tumpuan
[Copy link]
|
|
MUHAMMAD AMMAR MUBASSYIR ABDUL HADI | 20 Mar 2019
A A
KUALA KETIL - Selepas fenomena jerami gulung dan rumput karpet tular di media sosial, kali ini padang yang dipenuhi bunga lalang menjadi tumpuan ramai untuk bergambar.
Kawasan seluas lebih satu hektar berhampiran Pejabat Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), Pekan Kuala Ketil itu, dipenuhi bunga lalang berwarna putih kekuningan sekali gus menjadi tarikan pengunjung.
Penduduk Kuala Ketil, Nurul Sofia Rejab,18, berkata, dia tidak menyangka kawasan yang dahulunya belukar kini begitu cantik.
Menurutnya, keindahan kawasan itu hanya disedari selepas melihat gambar yang tular di media sosial.
"Kami datang ke sini bila tengok tempat cantik seperti ini tular di Facebook, tak pernah di Kuala Ketil ada kawasan seperti ini.
"Kawasan ini tanah orang, tetapi terbiar dan terbakar pada Februari. Selepas kejadian, lalang tumbuh meliar dan baru-baru ini ia mengeluarkan bunga," katanya.
Alia Aliana Rosli, 18, dari pekan Kuala Ketil berkata, gambar bunga lalang yang tular di media sosial membuatkan dia teruja untuk datang berswafoto di situ.
"Bunga lalang seperti ini pun ada tumbuh di tempat lain, tetapi apabila ia tumbuh dengan banyak menjadi kawasan ini sangat cantik," katanya.
Manakala, penduduk, Rahman Hashim, 48, berkata, kawasan tersebut menjadi tumpuan sejak beberapa hari lalu pada setiap petang.
"Sekitar jam 6 ke atas, ramai pengguna kenderaan singgah di sini untuk ambil gambar.
"Saya pun tahu kewujudan bunga lalang ini apabila lihat ramai yang singgah sewaktu pulang dari Sungai Petani ke Kuala Ketil," katanya.
Katanya, ketika berkunjung di kawasan berkenaan, pengunjung dinasihati menitikberatkan keselamatan ketika parkir kenderaan.
"Tempat ini di tepi jalan raya utama, jadi pengguna letak kenderaan di bahu jalan yang ruangnya sempit.
"Saya nasihat supaya lebih berhati-hati kerana kenderaan di sini laju dari kedua-dua arah (Kuala Ketil-Sungai Petani).
"Selain itu, kena waspada apabila bergambar di sini kerana dibimbangi ada haiwan berbisa," katanya.
|
Rate
-
2
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Author |
Post time 21-3-2019 12:55 PM
From the mobile phone
|
Show all posts
Nurul Sofia kanan dan Alia berswafoto di kawasan bunga lalang yang tumbuh meliar. |
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
|
|
|
|
|
|
|
sebelum ni sawah padi |
|
|
|
|
|
|
|
Pernah terpuji jgk lalang tu cantik. Awal2 ingat sawah padi. |
|
|
|
|
|
|
|
sambil jalan kt lalang berbunga putih salju
tangan seolah2 meraba bunga
ala2 maximus dlm gladiator
|
|
|
|
|
|
|
|
Geng gigih upload gambar dalam media social amat suka benda2 macam ni |
|
|
|
|
|
|
|
Ala2 ladang mg gandum ke apa tu.. |
|
|
|
|
|
|
|
cantik klo pandai amik gambar.. |
|
|
|
|
|
|
|
aku paling takut lalang tinggi ni..sambil pegang bunga lalang sekali terpegang pak uuuuuuuu.... takottttt wei..
|
|
|
|
|
|
|
|
"My name is Maximus Decimus Meridius, Commander of the Armies of the North, General of the Felix Legions, loyal servant to the true emperor, Marcus Aurelius. Father to a murdered son, husband to a murdered wife. And I will have my vengeance, in this life or the next."
|
|
|
|
|
|
|
|
Kesan media social je..klau xde fb n ig x mungkin bbnu tu gigih nak p situ bagi basah ketiak |
|
|
|
|
|
|
|
Yg ambik gambar feeling kat korea |
|
|
|
|
|
|
|
perasan kat tepi jalan kat kl ni, DBKL tanam rumput lalang colour purple
lawau |
|
|
|
|
|
|
|
lalang ni tmpt aku main mase kecik2. tp takde hp lg ler time tu nk selfie |
|
|
|
|
|
|
|
Mana gambar2 lainnnyaaaa ??
Satu je?
|
|
|
|
|
|
|
|
supernaturalee replied at 21-3-2019 02:33 PM
sambil jalan kt lalang berbunga putih salju
tangan seolah2 meraba bunga
ala2 maximus dlm gladiat ...
kita akan tuai gandum menjelang musim sejuk.. |
|
|
|
|
|
|
|
byk ular berbisa kat situ, katanya tempat abg bomba lepaskan ular yg dorang tangkap. hati2 la semua...jgn sampai menyusahkan org lain pulak semata2 sebab nak bergambar je |
|
|
|
|
|
|
|
fefeling kat obersi plak kannn... |
|
|
|
|
|
|
| |
|