CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 3471|Reply: 35

[Tempatan] [Inkues Thaqif] Kematian akibat kencing tikus

  [Copy link]
Post time 21-3-2019 01:12 PM | Show all posts |Read mode
Edited by Syd at 21-3-2019 01:23 PM

Oleh Mohd Fahmi Mohd Yusof
mohdfahmi@bh.com.my




JOHOR BAHRU: Mahkamah Koroner di sini, hari ini memutuskan kematian pelajar madrasah tahfiz, Mohamad Thaqif Amin Mohd Gaddafi pada 26 April 2017 lalu disebabkan komplikasi kencing tikus dan tiada perbuatan jenayah.

Keputusan inkues dibacakan Hakim Jailani Abd Rahman yang bersidang sebagai Koroner di hadapan Pengarah Pendakwaan negeri, Roslan Mat Nor dan Timbalan Pendakwa Raya, Suhaila Shafi’uddin.

Mohamad Thaqif dimasukkan ke Hospital Sultan Ismail pada 19 April 2017 selepas dilapor mengalami kecederaan pada bahagian kaki dipercayai akibat dipukul pembantu warden madrasah tahfiz.

Selepas kedua-dua kakinya dipotong pada 22 April 2017, tangan kanan Mohamad Thaqif Amin pula dijangkiti kuman akibat darah beku dan dijadual dipotong dari jari hingga bawah siku.

Bagaimanapun, pembedahan ditangguhkan kerana jantung pelajar itu dilaporkan tidak stabil sebelum pelajar itu meninggal dunia pada 26 April 2017.

Dalam alasan penghakimannya, Jailani berkata mahkamah membuat keputusan berdasarkan keterangan saksi inkues ke-11 iaitu Pakar Perubatan Forensik Hospital Sultanah Aminah (HSA), Dr Mohamad Aznool Haidy Ahsorori.

“Hasil pemeriksaan bedah siasat adalah konsisten dengan Acute Infectious Purpura Fulminans complicating Leptospirosis, iaitu penyakit komplikasi berkait dengan kencing tikus.

“Mahkamah berpendapat dan berpandangan keterangan saksi (Dr Mohamad Aznool) wajar.

“Keterangan melalui ibu, ayah dan bapa saudara mengatakan si mati (Mohamad Thaqif) dan beberapa orang sepupu ke sebuah kolam mandi di Jalan Mawai pada 22 atau 23 Mac, tetapi saksi tidak dapat mengingati tarikh sebenar si mati ke kolam berkenaan,” katanya ketika membacakan alasan penghakiman di sini, hari ini.

Jailani berkata, mahkamah turut menimbangkan hukuman yang dikenakan terhadap Mohamad Thaqif semasa di madrasah berkenaan.

“Bukan sahaja si mati yang dikenakan hukuman, tetapi semua pelajar turut dikenakan hukuman sama dan hukuman dijalankan ketika berdiri sambil si mati mengangkat kaki.

“Keterangan ibu si mati juga tiada menemui kesan lebam pada kaki ketika mendaftar keluar anaknya dan rakaman kamera litar tertutup (CCTV) menunjukkan hukuman dibuat bersifat minimum.

“Selepas meneliti semua keterangan yang diketengahkan di hadapan saya, keputusan saya ialah kematian Mohamad Thaqif adalah sebagai nahas komplikasi berkait kencing tikus dan tiada sesiapa bertanggungjawab secara jenayah sama ada perbuatan atau peninggalan terhadap kematian Mohamad Thaqif,” tambahnya.







Rate

2

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 21-3-2019 01:13 PM | Show all posts
Pelajar tahfiz Mohamad Thaqif meninggal dunia

Astro Awani |  Diterbitkan pada April 26, 2017 14:46 MYT




Mohamad Thaqif didakwa telah dipukul pembantu warden sehingga menyebabkan kedua-dua belah kakinya dipotong itu kini masih dalam pemantauan doktor. - Gambar fail


KUALA LUMPUR: Pelajar madrasah tahfiz di Kota Tinggi, Johor dilaporkan telah meninggal dunia di Hospital Sultan Ismail (HSI) kira-kira jam 2.05 petang tadi.

Perkara tersebut disahkan oleh ibu saudaranya, Dzuraidah Ahmad kepada Astro AWANI.

Namun, punca kematian masih belum dapat dikenal pasti.

Mohamad Thaqif Amin Mohd Gaddafie, 11, meninggal dunia sebelum sempat menjalani pembedahan untuk memotong tangan pelajar tersebut yang dijadual hari ini tidak dapat dijalankan berikutan keadaan jantungnya yang tidak stabil.

Sehingga jam 3.45 petang, jasad Mohamad Thaqif masih berada di wad hospital untuk menjalani proses bedah siasat.

Difahamkan, pengebumian jenazah dijangka dilakukan selepas Maghrib di Tanah Perkuburan Islam Felda Bukit Aping Timur, Kota Tinggi.

Kira-kira dua minggu lalu, Mohamad Thaqif mengadu pada keluarganya bahawa dia telah disebat pembantu warden, sekali gus membawa kepada masalah kesihatan kepadanya hingga menyebabkan kedua-dua belah kakinya dipotong.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 21-3-2019 01:14 PM | Show all posts
Mum: I don’t believe Thaqif died of rat urine disease

NATION
Tuesday, 11 Jul 2017

JOHOR BARU: The mother of tahfiz pupil Mohamad Thaqif Amin Mohd Gaddafi is not convinced that her son died of leptospirosis (rat urine disease) as the latest post-mortem report had suggested.

Felda Wani Ahmad, 40, said she would seek legal advice.

“We did not receive any news from the Health Ministry on the post-mortem result.

“A reporter called us and that was how we found out,” she said, adding that any parent would be upset when facing such a situation.

Felda questioned why it took so long for the cause of death to be determined.

“The hospital had taken a sample from my son’s legs while he was still alive and it took them two months to find out the cause,” she said.

In a statement yesterday, Health director-general Datuk Dr Noor Hisham Abdullah said the boy had died due to leptospirosis and other complications.

Dr Noor Hisham added that a special inquiry was set up to investigate the case, comprising forensic consultant experts who were experienced in handling such complicated cases.

Johor CID chief Senior Asst Comm Datuk Kamarul Zaman Mamat said they would update the investigation papers and wait for new instruction from the deputy public prosecutor’s office.

On April 19, Mohamad Thaqif was warded following alleged abuse by the school’s assistant warden, who is also an ex-convict.

His legs had to be amputated due to bacterial infection. The infection also spread to his right arm.

He died on April 26.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 21-3-2019 01:23 PM From the mobile phone | Show all posts
Maka..fitnah la ke atas ustaz tu kan. Dia ninggal bukan sebb di rotan tapi kencing tikus yang entah dapat dari mana..
Rotan tu ya maybe betol salah tapi tengokla apa kesalahan.dia
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 21-3-2019 01:23 PM | Show all posts
naina replied at 21-3-2019 01:23 PM
Maka..fitnah la ke atas ustaz tu kan. Dia ninggal bukan sebb di rotan tapi kencing tikus yang entah  ...

mementang la orang tu bekas banduan
Reply

Use magic Report

Post time 21-3-2019 01:26 PM From the mobile phone | Show all posts
Hantar lagi anak ke Sekolah penunggang Agama.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 21-3-2019 01:39 PM From the mobile phone | Show all posts
Syd replied at 21-3-2019 01:23 PM
mementang la orang tu bekas banduan

Yang tak tahan tu siap ramai2 suh saman ustaz tu.
Reply

Use magic Report

Post time 21-3-2019 02:11 PM | Show all posts
alhamdulillah akhirnya kebenaran sudah terbukti...ksian arwah adik thaqif n kesian pmbantu warden tu dimaki n dihina oleh famili arwah n warganet...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 21-3-2019 02:40 PM From the mobile phone | Show all posts
Kes ni la kan mak dia kasi statement dia cikgu dia taula sampai forumers keji dia seolah2 cikgu tau semua benda
Reply

Use magic Report

Post time 21-3-2019 03:11 PM From the mobile phone | Show all posts
Kdg takut nak bawak mandi kolam2 ni...kencing tikus pulak
Reply

Use magic Report

Post time 21-3-2019 03:31 PM | Show all posts
terbuktilah sebab kencing tikus rupanye penyebab kematian arwah ni..
Reply

Use magic Report

Post time 21-3-2019 04:19 PM From the mobile phone | Show all posts
Ni kes dulu ke. ..mcm dejavu
Reply

Use magic Report

Post time 21-3-2019 04:22 PM From the mobile phone | Show all posts
Aku teringat arwah suami aku...mse tgh nazak tu doc kata kemungkinan kena kencing tikus.mse dh nazak tu,tapak kaki dia gangren.mse mandikan jenazah abg ipar aku ckp hampir seluruh tapak kaki gangren.jd hitam.kencing tikus ni blh sebabkan kegagalan organ dan jangkitan kuman dlm drh.
Mse kt wad yg sme,ad pakcik tu kaki sume hitam.dia mmg ad penyakit+kena kencing tikus.jd x mustahil ini yg jd pd arwah thaqif ni.
Reply

Use magic Report

Post time 21-3-2019 05:06 PM From the mobile phone | Show all posts
Lebam kena sebat pun xde la kiranya..yg jadi lebam sbb kencing tikus rupanya
Reply

Use magic Report

Post time 21-3-2019 05:17 PM | Show all posts
umbut replied at 21-3-2019 03:11 PM
Kdg takut nak bawak mandi kolam2 ni...kencing tikus pulak

Kat air terjun pun bahaya......
Reply

Use magic Report

Post time 21-3-2019 07:09 PM From the mobile phone | Show all posts
joy_ah replied at 21-3-2019 02:40 PM
Kes ni la kan mak dia kasi statement dia cikgu dia taula sampai forumers keji dia seolah2 cikgu tau  ...

Mak arwah ni cikgu ke?
Harap mak dan family arwah pegi minta maaf kat ustaz tu. Satu negara kot keji dia.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 21-3-2019 08:59 PM From the mobile phone | Show all posts
joy_ah replied at 21-3-2019 02:40 PM
Kes ni la kan mak dia kasi statement dia cikgu dia taula sampai forumers keji dia seolah2 cikgu tau  ...

Oo cikgu sains kan..

Cikgu bukan doktor.. Nama dahlah felda
Reply

Use magic Report

Post time 22-3-2019 12:01 AM From the mobile phone | Show all posts
mizzmimi replied at 21-3-2019 08:59 PM
Oo cikgu sains kan..

Cikgu bukan doktor.. Nama dahlah felda

Cikgu sains. Memang kena bambu juga masa tu cikgu ni pasal benda tu
Reply

Use magic Report

Post time 22-3-2019 12:08 AM From the mobile phone | Show all posts
elnor_81 replied at 21-3-2019 04:22 PM
Aku teringat arwah suami aku...mse tgh nazak tu doc kata kemungkinan kena kencing tikus.mse dh nazak ...

maaf bertanya
dah lama arwah meninggal?
sebelum nazak
sakitnya macamana?
cirit birit food poisoning kah?
ada pegi mandi sungai?
i bertanya ni utk pengetahuan
supaya boleh berjaga2

dan semoga roh arwah suami u
di tempatkan di kalangan mereka yg beriman
aamiin...
Reply

Use magic Report

Post time 22-3-2019 01:10 AM From the mobile phone | Show all posts
X berapa nk hot thread ni.. Maklumlah dh terbukti warden n sekolah tahfiz tersebut di fitnah.
Kalau sebaliknya paling kurang dh 10page thread ni
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

20-4-2024 04:38 AM GMT+8 , Processed in 0.111391 second(s), 51 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list