CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 720|Reply: 3

[Tempatan] Kedah dapat airport baharu, Perak pun nak jugak. Baru aci

[Copy link]
Post time 21-3-2019 03:48 PM | Show all posts |Read mode
Perak percaya Pusat tidak tolak bina lapangan terbang baharu

IPOH: Kerajaan negeri percaya Kerajaan Pusat tidak menolak cadangan untuk membina sebuah lagi lapangan terbang baharu di Perak.

Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu, berkata bagaimanapun akur Kerajaan Pusat perlu menimbang beberapa perkara sebelum meluluskan sebarang cadangan berkaitannya.


“Saya rasa kerajaan Persekutuan tidak menolak cadangan Perak untuk membina sebuah lagi lapangan terbang antarabangsa di Perak, namun saya kira pertimbangan lain perlu dibuat terlebih dahulu.

“Seperti kenyataan yang saya buat sebelum ini, di mana adalah lebih penting kerajaan negeri) menarik dan membawa pesawat terbang ke Ipoh terlebih dahulu.

“Untuk itu, kita kena cari jalan menaik taraf Lapangan Terbang Sultan Azlan Shah (LTSAS) sebagaimana yang pernah disebutkan EXCO (Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin) dan saya bersetuju dengan cadangan itu,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menghadiri Program Town Hall Maqasid - Maqasid Syariah Based Governance’ Peringkat Negeri Perak di sini, hari ini.

Hadir sama, Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Fuziah Salleh dan Pengarah Jabatan Agama Islam Perak (JAIPk), Datuk Mohd Yusop Husin.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas sama ada Perak berhasrat untuk meneruskan cadangan pembinaan lapangan terbang baharu bagi menggantikan LTSAS yang kini tidak dapat menampung permintaan pesawat yang besar selain terletak di dalam kawasan bandar.

Mengulas langkah kerajaan Pusat meluluskan pembinaan Lapangan Terbang Antarabangsa Kulim di Kedah, Ahmad Faizal berkata, ia dijangka turut sama memberikan limpahan ekonomi serta turut merancakkan ekonomi Perak, khususnya di kawasan utara negeri.

“Saya menyokong baik perkara itu kerana ia adalah satu langkah baik yang dilaksanakan kerajaan Persekutuan,” katanya.

Rate

2

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 21-3-2019 04:18 PM From the mobile phone | Show all posts
letak tepi maps la..nnt dh xsendu tempat tu
Reply

Use magic Report

Post time 21-3-2019 04:42 PM | Show all posts
perlu, kereta terbang nak keluar dah ni
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 21-3-2019 04:59 PM | Show all posts
tapi kereta terbang dari buluh
harap landing OK la tu...
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

27-4-2024 12:59 AM GMT+8 , Processed in 0.474200 second(s), 34 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list