CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1372|Reply: 16

[Tempatan] Saya Terlalu Sibuk Untuk Ketuai Rundingan ECRL : LGE

[Copy link]
Post time 21-3-2019 03:54 PM From the mobile phone | Show all posts |Read mode
KHAMIS, 21 MARCH 2019 @ 3:36 PM

KUALA LUMPUR: Menteri Kewangan, Lim Guan Eng, mengakui terlalu sibuk untuk dipilih mengetuai rundingan semula projek Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) antara Malaysia dengan Kerajaan China.

Sehubungan itu, beliau berterima kasih kepada bekas Pengerusi Majlis Penasihat Kerajaan (MPK), Tun Daim Zainuddin, kerana bersetuju menggalas tanggungjawab mengendalikan rundingan berkenaan.

“Kita harus berterima kasih kepada Tun Daim kerana jika kita nak runding semula kontrak yang begitu besar lagi rumit, ini adalah tugas sepenuh masa.

“Jika dipilih (mengetuai rundingan semula ECRL dengan China), saya mana ada masa untuk buat kerja lain, nak kena ulang alik ke Beijing dengan tujuh, lapan jam penerbangan,” katanya pada sidang media di lobi Parlimen, hari ini.

Semalam, Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad dilaporkan berkata, Daim dipilih sebagai utusan khas Perdana Menteri untuk mengendalikan proses rundingan semula ECRL dengan China, supaya penyelesaian menang-menang berupaya diperoleh Malaysia.

Dr Mahathir berkata demikian di Dewan Rakyat ketika menjawab soalan tambahan Datuk Seri Ismail Said (BN-Kuala Krau) mengenai jumlah kerugian bakal ditanggung Malaysia mengikut kadar harian selepas projek ECRL digantung sejak Julai tahun lalu, selain mengapa kerajaan memilih Daim mengetuai rundingan dengan China.

Guan Eng berkata, Daim adalah individu terbaik mengendalikan rundingan itu kerana bekas Menteri Kewangan berkenaan tidak terikat dengan protokol, selain memiliki pengalaman dan kepakaran tersendiri.

“Beliau (Daim) boleh meneroka semua aspek apabila tidak terikat dengan protokol, dan beliau juga seorang yang ‘straightforward’ (lurus), ini yang kita perlukan.

“Selepas Tun Daim memuktamadkan rundingan, yang kami yakin beliau akan berjaya, ia akan dibawa ke Kabinet bagi keputusan muktamad,” katanya.

Rate

2

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 21-3-2019 03:58 PM From the mobile phone | Show all posts
Daim calon terbaik ketuai rundingan ECRL, kata Guan Eng

Predeep Nambiar - March 21, 2019 10:10 AM

Lim Guan Eng berkata Daim Zainuddin bebas daripada protokol antara kerajaan dan dapat membincangkan topik ECRL secara meluas.
GEORGE TOWN: Menteri Kewangan Lim Guan Eng menyokong pelantikan Daim Zainuddin mengetuai rundingan semula projek Laluan Kereta Api Pantai Timur (ECRL) dengan China, mengatakan penasihat kerajaan itu adalah individu terbaik untuk tugas tersebut.

Lim memberitahu FMT, sebagai individu bukan menteri, Daim bebas daripada protokol antara kerajaan dan dapat membincangkan topik itu secara meluas.

Beliau berkata pengalaman Daim bertahun-tahun sebagai “perunding mahir” membuatkannya individu terbaik untuk menjaga kepentingan Malaysia.

“Ia merupakan pendekatan konstruktif yang diambil perdana menteri untuk menghantar Daim untuk berunding, kerana dia seorang perunding yang berkebolehan dan mahir.

“Dia juga penasihat yang dipercayai perdana menteri. Selepas rundingan itu, Daim boleh menasihati Kabinet dan Kabinet akan membincangkan apa yang harus dilakukan dan bagaimana meneruskannya,” katanya.

Semalam, perdana menteri menjelaskan kenapa Putrajaya memilih Daim, bukannya Lim untuk mengetuai rundingan semula projek ECRL yang digantung sejak Julai tahun lalu.

Mahathir berkata, kerajaan perlu memilih wakil yang boleh diterima negara lain dan ada sekatan dalam pemilihan calon sesuai untuk memikul tugas itu.

Mahathir berkata demikian di Dewan Rakyat apabila ditanya mengapa Lim tidak mengetuai rundingan semula ECRL.

“Kalau projek ini diturunkan skalanya, iaitu diperkecilkan atau dipendekkan, maka kita dapat kemudahan yang sepatutnya bagi negeri-negeri di pantai timur tanpa belanja wang dan hutang yang terlalu banyak,” kata Mahathir.

Januari lalu, Reuters melaporkan China sedia mengurangkan harga AS$20 bilion (RM81 bilion) bagi ECRL dan rundingan kini “di peringkat akhir”.

ECRL digantung pada Julai tahun lalu di tengah-tengah rancangan Putrajaya untuk membatalkannya. Januari lalu, Mahathir berkata projek itu hanya ditangguhkan sementara menunggu rundingan lanjut mengenai harga.

Beliau berkata projek itu menjadi beban kepada kerajaan dan membatalkannya adalah alternatif yang terbaik walaupun pampasan yang besar perlu dibayar.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 21-3-2019 04:00 PM From the mobile phone | Show all posts
Hantaq daim. Daim pun ada rekod masa lampau

Reply

Use magic Report

Post time 21-3-2019 04:03 PM From the mobile phone | Show all posts
sibuk jadi bodoh kan?



























Reply

Use magic Report

Post time 21-3-2019 04:04 PM From the mobile phone | Show all posts
bkn ke lge mangkuk ni katanya kena ban dgn govt china sbb tuduh glc china yg jv dgn kerajaan najib dulu cuci2 duit

Reply

Use magic Report

Post time 21-3-2019 04:08 PM | Show all posts
Sibuk nak tepis kes terowong ke kes banglo?

hahah

ada ke patut menteri kewangan tak ikut serta dalam
isu perbincangan G to G sepenting ECRL

aku lebih percaya pada dakwaan yang China marah dan tak suka
pada LGE

Menteri KEWAYANGAN yang diberikan oleh DSN adalah panggilan tepat

Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 21-3-2019 04:17 PM From the mobile phone | Show all posts
Ada sebab Daim dipilih runding ECRL - PM
RABU, 20 MARCH 2019 @ 12:03 PM

Dr Mahathir ketika menjawab soalan di dalam sidang Dewan Rakyat, Parlimen. - NSTP/Mohd Yusni Ariffin
KUALA LUMPUR: Malaysia akan terikat dengan hutang selama berpuluh tahun yang menjangkau peningkatan nilai faedah RM130 bilion jika Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) diteruskan, kata Tun Dr Mahathir Mohamad.

Susulan itu, Perdana Menteri berkata, kerajaan membuat percaturan untuk menggantung pelaksanaan kerja ECRL berkuat kuasa 3 Julai lalu, selain melaksanakan rundingan semula projek mega berkenaan dengan Kerajaan China.

“Pada masa ini, kerajaan lantik (bekas Pengerusi Majlis Penasihat Kerajaan) Tun Daim Zainuddin sebagai utusan khas PM (Perdana Menteri) untuk mengendalikan proses rundingan semula ECRL dengan China.

“Ini supaya penyelesaian menang-menang berupaya diperoleh Malaysia dan hasil rundingan ini akan dimaklumkan apabila ia dimuktamadkan sedikit masa lagi.

“Jika berhasil, kerajaan yakin projek ECRL akan diteruskan pada skala sesuai dengan manfaat bakal dijana kesejahteraan rakyat dan menyelamatkan Malaysia daripada beban hutang tinggi,” katanya pada sesi pertanyaan lisan di Dewan Rakyat, hari ini.

Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan tambahan Datuk Seri Ismail Said (BN-Kuala Krau) mengenai jumlah kerugian bakal ditanggung Malaysia mengikut kadar harian selepas projek ECRL digantung sejak Julai tahun lalu, selain mengapa kerajaan memilih Daim mengetuai rundingan dengan China.

Dr Mahathir berkata, Malaysia berisiko ‘dijual’ berikutan kesukaran melunaskan jumlah hutang negara, sekali gus mengundang kemungkinan diisytihar muflis seperti pernah dialami Greece.

Bagaimanapun, katanya, keadaan itu dapat dielak apabila Pakatan Harapan (PH) menang pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14).

“Daim dipilih berasaskan kebolehan tertentu kerana apabila berunding, kita perlu ada orang yang berupaya diterima pihak lain, selain wujud sekatan tertentu bagi melaksanakan tugasan ini.

“Kita pilih orang yang lebih berkelayakan dan berkebolehan untuk berunding dengan China,” katanya mengulas mengapa Menteri Kewangan, Lim Guan Eng, tidak diberi tanggungjawab mengendalikan proses perbincangan semula ECRL dengan republik terbabit.

Menjawab soalan tambahan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob (BN-Bera) mengenai jangkaan ganti rugi bakal ditanggung kerajaan, Dr Mahathir secara sinis menyatakan kekaguman terhadap bekas Menteri Pembangunan Luar Bandar dan Wilayah itu mengenai kesan kewangan terbabit.

Perdana Menteri berkata, pentadbiran terdahulu sepatutnya mempersoalkan dan mengkaji kesan kewangan termasuk kos tanah dan perunding dalam mempertimbangkan pelaksanaan projek ECRL bagi mengelak Malaysia menanggung bebanan hutang luar jangka.

“Apabila disoal pihak tertentu, projek ini tentu akan dibatalkan, tetapi sekarang terlalu lewat kerana kita terikat dengan perjanjian tidak adil.

“Apa pun, kita akan beri perhatian kepada persoalan itu,” katanya yang mengundang tepukan meja dalam kalangan ahli Parlimen blok kerajaan tanda sokongan.

Datuk Ibrahim Tuan Man (PAS-Kubang Kerian) bangkit bertanyakan persoalan berhubung kos ditanggung kerajaan, selain jangkaan tuntutan rugi bakal difailkan China jika ECRL tidak diteruskan.

Ketika bangun sambil memegang helaian nota di tangan kirinya, Dr Mahathir berkata, perjanjian ECRL dibuat secara rahsia oleh pentadbiran terdahulu.

Katanya, aspek kos projek terbabit hanya disedari selepas PH mengambil alih pemerintahan negara.

“Apabila melihat kosnya, kita buat keputusan hentikan projek ini, tetapi apabila batalkan, kita terikat dengan perjanjian ‘bijak’ dibuat kerajaan lama dan perlu membayar pampasan besar.

“Kerajaan lalu nampak sangat ingin mengikat Malaysia supaya tidak lagi boleh membiayai kos pentadbiran kerana hutang (mencecah) trilion ringgit yang tidak pernah didengar sebelum ini.

“Semua ini tidak diberitahu kepada rakyat dan ketika berkempen kita tidak sedar betapa rumit perkara ditinggalkan kerajaan lalu," katanya sambil diasak beberapa ahli Parlimen pembangkang yang ingin mengajukan soalan lanjut.

Bagaimanapun, Yang Dipertua Dewan Rakyat, Datuk Mohamad Ariff Md Yusof, bertegas hanya tiga soalan tambahan dibenarkan bagi setiap soalan walaupun Datuk Seri Ahmad Maslan (BN-Pontian) dan Mohd Shahar Abdullah (BN-Paya Besar) merayu diberi pertimbangan atas alasan jarang mendapat peluang berinteraksi bersama Dr Mahathir.
Reply

Use magic Report

Post time 21-3-2019 04:18 PM | Show all posts
dizekni replied at 21-3-2019 04:08 PM
Sibuk nak tepis kes terowong ke kes banglo?

hahah

ksian..jinjang sesama jinjang gaduh..hehehehe..kalu kt malaysia berkutik ckp jinjang la bangsa teragung sbab saling bantu-membantu xcm meleis n ummah estet..huhuhuhu
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 21-3-2019 04:25 PM From the mobile phone | Show all posts
Atuk & kroni tak boleh berpisah. Hangpa gila nak suh LGE pi berurusan. Kena ban dah tu dengan cina. Lagipun apa la nak diharapkan kredibiliti menteri titik perpuluhan tu. Memalukan ja



Reply

Use magic Report

Post time 21-3-2019 04:28 PM From the mobile phone | Show all posts
Remyda replied at 21-3-2019 04:25 PM
Atuk & kroni tak boleh berpisah. Hangpa gila nak suh LGE pi berurusan. Kena ban dah tu dengan cina.  ...

silap2 haribulan, diugutnya govt china dgn windfall tax dia tu kalau tak nak bg harga murah

Reply

Use magic Report

Post time 21-3-2019 05:11 PM | Show all posts
Dr M: Daim chosen to head ECRL negotiations with China due to his expertise
    Wednesday, 20 Mar 2019

KUALA LUMPUR: The appointment of Tun Daim Zainuddin to head negotiations with China over the East Coast Rail Link (ECRL) project was based on his expertise and capabilities, says Tun Dr Mahathir Mohamad.

The Prime Minister said the government had appointed Daim to lead the negotiation process with China to ensure a win-win solution.
Reply

Use magic Report

Post time 21-3-2019 05:12 PM | Show all posts
so tak perlu la ada pihak claim sibuk
walhal cermin dulu layak ke tidak

kelayakan atas kertas pun kantoi!
Reply

Use magic Report

Post time 21-3-2019 05:13 PM | Show all posts
Atok pun bengong

awat tak lantik Daim je jadi MoF

oh lupa

DAP ada lagi banyak kerusi banding parti atok

ahaha
Reply

Use magic Report

Post time 22-3-2019 07:45 AM From the mobile phone | Show all posts
Menteri PH kalau sembang taknak kalah punya. Dia aje yg tere.  Bila kasi kerja habis semua investors tonggang langgang cabut buat keluar duit. Samalah dengan penyokong PH kalau sembang memang handal
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 22-3-2019 09:20 AM From the mobile phone | Show all posts
Ringkasan FAIL MERAH

Kenyataan LGE adalah Malapetaka Besar bagi Malaysia..

Menteri Kewangan Sudah semakin Gila. Guan Eng tuduh kerajaan China telah bersekongkol dengan kerajaan Najib Razak dalam melakukan perbuatan rasuah. Berapakah Tahap Gila yang kita boleh berikan kepada YB Menteri Kewangan?

“Kerajaan harus berhenti membuat tuduhan politik yang akan merosakkan hubungan antarabangsa kita”

1. Menteri Kewangan, Lim Guan Eng sepatutnya memberi lebih banyak maklumat untuk membuktikan dakwaan beliau hari ini bahawa kedua-dua projek saluran paip itu adalah satu skandal.

2. Dalam kenyataannya, beliau telah membuat tuduhan yang sangat spesifik bahawa bayaran dibuat lebih awal, tidak berdasarkan perkembangan kerja pembinaan kepada China Petroleum Pipeline Bureau (CPPB), bukan kepada syarikat lain. Tidak ada tuduhan bahawa pembayaran tersebut telah dialihkan atau tersalah bayar kepada syarikat lain.

3. Pemeriksaan kami menunjukkan bahawa CPPB adalah salah satu pembina saluran paip utama di dunia dan telah menyiapkan lebih daripada 10,000km saluran paip. CPPB juga adakah anak syarikat penuh milik kerajaan China, China National Petroleum Corporation (CNPC), yang disenaraikan sebagai syarikat nombor empat terbaik pada 2017 di kalangan 500 Syarikat Terbaik Dunia (Fortune 500) dengan pendapatan sebanyak AS $ 263 bilion tahun lepas.

Berdasarkan kekuatan dan prestasi syarikat tersebut, adakah Guan Eng mendakwa bahawa CPPB atau CNPC tidak boleh menyelesaikan dua projek tersebut tepat pada masanya selepas menerima bayaran?

4. Ia bukan sesuatu yang luar biasa bagi projek pembinaan “turn-key”
untuk mempunyai jadual pembayaran yang berbeza daripada perkembangan kerja pembinaan. Ini mungkin disebabkan oleh rundingan antara kerajaan dengan kerajaan yang berkaitan dengan pinjaman mudah yang diberikan oleh kerajaan China. Mungkin MOF boleh mendedahkan keseluruhan perjanjian kepada orang ramai bagi membolehkan mereka memeriksa mengapa bayaran kepada syarikat pembinaan tersebut distruktur sedemikian rupa.

5. Guan Eng juga membuat rujukan kepada dua kontrak rundingan dan kontrak penyelenggaraan lain. Bolehkah Guan Eng juga mendedahkan syarikat-syarikat siapakah ini? sama ada mereka adalah syarikat swasta atau mereka mempunyai kaitan dengan syarikat CPPB dan CNPC milik negara China?

6. Guan Eng juga menuduh bahawa syarikat 100% milik MOF yang digunakan untuk tujuan khusus menyiapkan projek ini iaitu Suria Strategic Energy Resources (SSER) mempunyai kaitan dengan SRC dan 1MDB kerana dua sebab.

7. Sebab yang pertama ialah SSER mempunyai nama yang sama dengan Strategic Resources Corporation Bhd (SRC) disebabkan ia mempunyai perkataan "Strategic" dan "Resources" di dalamnya. Walau bagaimanapun, pemeriksaan dengan SSM menunjukkan bahawa SSER bukan anak syarikat SRC Bhd tetapi 100% dimiliki oleh Menteri Kewangan Diperbadankan dengan pemilikan penuh kesemua 30,000,001 saham yang diterbitkan.

8. Sebab kedua yang diberikan oleh beliau ialah Ketua Pegawai Eksekutif SSER, Dato Mohammed Azhar Bin Osman Khairuddin sebelum ini pernah menjadi Pengarah Bebas Bukan Eksekutif di Putrajaya Perdana Berhad.

9. Walaupun benar bahawa Jho Low dilaporkan telah membeli Putrajaya Perdana Berhad dan satu lagi syarikat tersenarai Loh and Loh Berhad pada 2007 dengan sokongan pihak Timur Tengah sebelum 1MDB wujud, Dato 'Azhar adalah seorang veteran Petronas dan telah berkhidmat dalam pelbagai kapasiti sejak 1979 termasuk sebagai pengarah di Petronas Gas dan Petronas Bhd. Oleh itu, beliau mempunyai pengalaman dan kepakaran yang diperlukan untuk menjalankan tugas di SSER.

10. Tuduhan Guan Eng hari ini amat berat kerana MOF pada dasarnya menuduh bahawa kerajaan China telah bersekongkol dengan kerajaan kita dalam melakukan perbuatan rasuah. Ini memberi kesan negatif kepada hubungan diplomatik dan perdagangan kita dengan China.

11. Jika berlaku salah laku, serahkan kepada pihak berkuasa yang berkaitan untuk menyiasat terlebih dahulu. Kerajaan Pakatan Harapan harus berhenti membuat tuduhan politik melalui sidang akhbar yang berniat untuk terus memburukkan kerajaan BN sebelum ini.

KENYATAAN MEDIA OLEH
BEKAS PENGARAH KOMUNIKASI,
KEMENTERIAN KEWANGAN MALAYSIA
Reply

Use magic Report

Post time 22-3-2019 09:27 AM | Show all posts
Saya Terlalu BODOH Untuk Ketuai Rundingan ECRL : LGE
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 22-3-2019 10:23 AM From the mobile phone | Show all posts
Maknanya betol la cerita2 hr tu tanah besor marah pada kerajaan malaysia. Tu yg beria up news skrg mengatakan china n malaysia aman2
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

25-4-2024 05:29 PM GMT+8 , Processed in 0.076258 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list