CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1575|Reply: 7

[Tempatan] Kuala Terengganu kawasan paling gembira di Malaysia

[Copy link]
Post time 21-3-2019 04:35 PM | Show all posts |Read mode



KUALA LUMPUR – Kuala Terengganu dikenal pasti antara 10 kawasan paling gembira di Malaysia, melebihi 90 peratus menurut Kajian Indeks Kebahagiaan Kebangsaan 2018.


Antara lain termasuklah pihak berkuasa tempatan di Petaling Jaya, Manjung, Batu Gajah, Bentong, Jasin, Jeli, Segamat, Padang Terap dan Bandar Baharu.


Perkara tersebut diumumkan Menteri Wilayah Persekutuan, Khalid Abdul Samad berdasarkan Laporan Kebahagiaan Dunia 2019 (WHR 2019).


Katanya, data itu berdasarkan program Rangkaian Penunjuk Luar Bandar Malaysia (MURNInets), dan berdasarkan beberapa faktor.


“Ini termasuk persekitaran yang bersih dan komunikasi yang berkesan untuk menyelesaikan isu keselamatan dan gangguan.


“Faktor lain ialah kerjasama erat antara jiran, masyarakat dan pengurusan sampah dan sisa pepejal yang cekap,” katanya.




Dalam perkembangan sama, Malaysia adalah negara paling gembira ke-80 di dunia. Walau bagaimanapun, ini merupakan kejatuhan besar dari tempat ke-35 pada tahun sebelumnya.


Kedudukan berdasarkan tinjauan yang dijalankan pada 2018, juga menyaksikan Thailand dan Filipina mengatasi Malaysia.


Terdahulu, dalam WHR 2018, Malaysia adalah negara ranking kedua tertinggi di Asia Tenggara, selepas Singapura. Singapura, yang ke-34 di WHR 2019, mengekalkan pengebilan teratasnya di Asia Tenggara, sementara Thailand dan Filipina meningkat masing-masing ke 52 dan 69.


Sementara itu, Myanmar adalah negara paling rendah di Asia Tenggara, yang berada di tangga ke-131 daripada 156 negara dalam laporan itu, penerbitan tahunan Rangkaian Penyelesaian Pembangunan Mampan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu.


Rate

2

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 21-3-2019 04:47 PM | Show all posts
gembira ke?apa yg meollss dgar dr mulut mber2 meolllss yg asal mmg org ganu mostly ckap keje kt sana terhad..kalu ade pun gaji zaman 80-an..byangkan kwan meollss bru praktis pguam dpt gaji 1100 sbulan..dgan workload cm hape kne stay dlm office sbb nk siapkn doc last2 deyyoollss pakat2 benti join firm kat kl..
Reply

Use magic Report

Post time 21-3-2019 04:51 PM | Show all posts
gembiralah sana banyak mat pit, khaaaaayaaal jah
Reply

Use magic Report

Post time 21-3-2019 05:09 PM | Show all posts
chicozinn replied at 21-3-2019 04:47 PM
gembira ke?apa yg meollss dgar dr mulut mber2 meolllss yg asal mmg org ganu mostly ckap keje kt sana ...

memang la gaji rendah..pusat pentadbiran..
nak gaji tinggi sikit gi kerja kt kerteh..
Reply

Use magic Report

Post time 21-3-2019 05:34 PM From the mobile phone | Show all posts
Ye ke gembira?

Patutlaaa ramai pakat balik dok tganu
Hmm
Reply

Use magic Report

Post time 21-3-2019 05:39 PM | Show all posts
chicozinn replied at 21-3-2019 04:47 PM
gembira ke?apa yg meollss dgar dr mulut mber2 meolllss yg asal mmg org ganu mostly ckap keje kt sana ...



gembira tak semestinya gaji je. sana tak ada tol... udara pun nyaman. jalan tak sesak. walaupun gaji tak mahal mungkin living cost rendah. itu yg gembira. kalau duduk kl gaji 2 ribu tahap miskin bandar kot



Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 21-3-2019 05:47 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by cap_ayam at 21-3-2019 05:49 PM

Gembira la kot agaknya.. malam2 leh lepak kat tepi pantai Batu Buruk tengok keta kuda pasang lampu lip lap.
Reply

Use magic Report

Post time 21-3-2019 06:54 PM From the mobile phone | Show all posts
sikatkutu replied at 21-3-2019 05:39 PM
gembira tak semestinya gaji je. sana tak ada tol... udara pun nyaman. jalan tak sesak. walaupu ...

Yes betul.definition gembira dari segi keselamatan, udara bersih dan hubungan jiran tetangga
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-3-2024 05:34 AM GMT+8 , Processed in 0.173395 second(s), 37 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list