CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1416|Reply: 1

[Tempatan] TNB dedah cara jimat aircond ketika musim panas

[Copy link]
Post time 21-3-2019 04:42 PM | Show all posts |Read mode





KUALA LUMPUR – Tenaga Nasional Berhad (TNB) menasihatkan pengguna mengamalkan penggunaan pendingin hawa secara bijak ketika cuaca panas ini yang dijangka sehingga Mei, kerana ia boleh mengakibatkan atau menjurus kepada penggunaan tenaga yang tinggi.


TNB dalam kenyataan berkata, antara langkah-langkah menjimatkan penggunaan tenaga, terutama pendingin hawa yang mudah dipraktikkan adalah melaraskan suhu sistem pendingin hawa di antara 24 ke 26 darjah celsius.


“Menukar atau membersihkan penapis pendingin hawa dengan kerap untuk memaksimumkan potensi penyejukan unit tersebut. Penapis yang kotor menghalang edaran udara dan mengurangkan kecekapan pendingin hawa.


“Selain itu, menyenggara pendingin hawa secara kerap juga boleh membantu beroperasi pada tahap optimum. Tutup semua pintu dan tingkap serta lubang edaran udara untuk memastikan udara sejuk tidak keluar dari bilik.



“Pada waktu malam, pasang kipas dan tetapkan masa untuk pendingin hawa dipadamkan. Selalunya suhu bilik akan mencecah tahap yang selesa selepas beberapa jam pendingin hawa dipasang. Namun, kos menggunakan kipas adalah lebih murah selain membantu pengedaran udara di dalam bilik,” katanya.


TNB juga berkata, pengguna digalakkan untuk menggantikan pendingin hawa yang lama kerana ia tidak lagi cekap setelah bertahun-tahun digunakan.


“Pengguna yang ingin membeli pendingin hawa baharu pula dicadangkan supaya memilih model yang mempunyai bilangan bintang kecekapan tenaga paling tinggi. Lebih banyak bintang bermaksud peralatan tersebut lebih cekap tenaga.


“Pemilihan saiz dan jenis pendingin hawa yang tepat iaitu bersesuaian dengan saiz ruang bilik juga penting. Ia kerana kapasiti kuasa kuda (horsepower) pendingin hawa yang terlebih besar bukan sahaja lebih mahal untuk dibeli dan dipasang, malah menggunakan tenaga elektrik yang lebih tinggi,” katanya.


Rate

2

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 22-3-2019 05:04 PM | Show all posts
Aku nak tambah lagi satu kat ruang tamu.. kesian Mak aku klu dtg tido dalam panas... nak ajak masuk bilik penuh la pulak..
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

27-4-2024 03:57 AM GMT+8 , Processed in 0.401308 second(s), 31 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list