CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1231|Reply: 16

[Tempatan] Bukan kerajaan sepenggal. PH perlu 5 tahun lagi nak tunai manifesto (kononnya)

[Copy link]
Post time 21-3-2019 05:32 PM | Show all posts |Read mode
Kerajaan PH perlukan 5 tahun tunai manifesto
21 Mac 2019 4:43 PM


MELAKA 21 Mac - Kerajaan negeri Pakatan Harapan (PH) memerlukan tempoh lima tahun bagi melengkapkan segala tawaran manifesto yang dijanjikan kepada rakyat negeri ini pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14) lalu.

Ketua Menteri, Adly Zahari berkata, tempoh itu diperlukan kerana sebahagian daripada tawaran manifesto melibatkan pinjaman mikrokredit yang memerlukan dana daripada kerajaan Pusat.

Katanya, pinjaman atau modal itu memerlukan kelulusan daripada kerajaan Pusat dan kebiasaannya ia akan diterima oleh peminjam pada tahun kedua.

“Saya mengesahkan kita (kerajaan PH) memerlukan tempoh lima tahun untuk tunaikan janji (manifesto) kerana sebahagian daripada manifesto itu melibatkan dana yang perlu diluluskan di peringkat Pusat.

“Sebahagian daripada tawaran manifesto itu perlu tempoh tapi kita yakin semua janji itu boleh dilaksanakan,” katanya ketika ditemui selepas tamat Persidangan Pertama Penggal Kedua Dewan Undangan Negeri (DUN) ke-14 di Seri Negeri sebentar tadi.

Sebelum itu pada sesi ucapan penangguhan persidangan tersebut, Adly (PH-Bukit Katil) memaklumkan kerajaan negeri telah melaksanakan lebih daripada 50 peratus daripada 85 tawaran manifesto pada PRU-14 sehingga bulan lalu.

Antara pelaksanaan tawaran manifesto kerajaan PH yang telah dilaksanakan adalah perkhidmatan bas percuma di pusat bandar, tanah milik orang Melayu berstatus pajakan dibenar untuk tukar kepada tanah adat Melaka (MCL) dan menetapkan semua operasi pengeluaran hasil hutan dalam Hutan Simpanan Kekal dihentikan sementara waktu bermula 1 Julai lalu.

Turut ditunaikan adalah pemansuhan bayaran letak kenderaan di seluruh negeri setiap Sabtu dan Ahad, mewujudkan Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) bagi menggantikan Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK).

Rate

2

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 21-3-2019 06:54 PM From the mobile phone | Show all posts
Elok ler Tu hahaha hahaha hahaha keep da mind set hahaha hahaha hahaha
Reply

Use magic Report

Post time 21-3-2019 10:01 PM | Show all posts
cepat2.. rakyat memerhati
Reply

Use magic Report

Post time 21-3-2019 10:33 PM From the mobile phone | Show all posts
benda elok ko p kasi jahanam
takyah sembang mcm @bangcak n @dodolgemok bleh tak?
Reply

Use magic Report

Post time 21-3-2019 10:39 PM | Show all posts
MELAKA 21 Mac - Kerajaan negeri Pakatan Harapan (PH) memerlukan tempoh lima tahun bagi melengkapkan segala tawaran manifesto yang dijanjikan kepada rakyat negeri ini pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14) lalu.


dah bagi dah tempoh 5 tahun...kojo lah..apo laie.......wakakakkakakakkakakaka
Reply

Use magic Report

Post time 22-3-2019 07:32 AM | Show all posts
lepas 100 hari gagal sekarang kata 5 tahun pulak..
tak habis2 kena kencccccingg..
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 22-3-2019 07:38 AM | Show all posts
blum ckup setahun pun da huru hara
nak tambah lg 5 tahun...jgn mimpi laaaa
Reply

Use magic Report

Post time 22-3-2019 07:56 AM From the mobile phone | Show all posts
Baiklah kak wan, I give u 10yrs henjoyyyy hahaha hahaha hahaha
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 22-3-2019 12:51 PM | Show all posts
100 hari sudah...

9 bulan pon sudah...

nie 5 tahun plak dah...

tahun depan nak masok wawasan 2020 dah...

kereta terbang je pon utk buat pemantauan kebun je....
Reply

Use magic Report

Post time 22-3-2019 02:02 PM From the mobile phone | Show all posts
Bermimpi di siang ari lah ph harktuihhh no more phaprakkkk
Reply

Use magic Report

Post time 23-3-2019 12:11 AM From the mobile phone | Show all posts
Blah lar PHundet. PHarrrkkk!!!
Reply

Use magic Report

Post time 23-3-2019 07:38 AM From the mobile phone | Show all posts
Prk semenyih dah bukti pH kerajaan sepenggal. Pelik Dan memalukan, prk semenyih kat kubu kuat PH. Bole plak kalah..hadap juga korang dgn pengundi melayu malas..kutuk melayu bukan main lagi..padam muka pH
Reply

Use magic Report

Post time 24-3-2019 01:31 PM From the mobile phone | Show all posts
Masih berani berkata kata setelah apa berlaku
Tak malunya depa ni
Reply

Use magic Report

Post time 24-3-2019 02:12 PM | Show all posts
kalo BN boleh bagi 61thn apasal PH tak boleh bagi 50 tahun lagi?

yg benar

cai tai kai
Reply

Use magic Report

Post time 24-3-2019 02:46 PM From the mobile phone | Show all posts
Bagi lagi 5 tahun, malaysia tinggal spender jer lepas semua aset kena jual.
Reply

Use magic Report

Post time 24-3-2019 02:49 PM From the mobile phone | Show all posts
Apalagi pergila guling esok. Ka nak tunggu 5 tahun melingkup habis Baru bertindak
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 24-3-2019 02:53 PM | Show all posts
Kenapa tak ckp 100 tahun je?
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

25-4-2024 09:23 PM GMT+8 , Processed in 0.078961 second(s), 44 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list