CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 434|Reply: 0

[Tempatan] 8 sekeluarga tinggal sehelai sepinggang

[Copy link]
Post time 21-3-2019 09:15 PM From the mobile phone | Show all posts |Read mode
Edited by safriehalim at 21-3-2019 09:18 PM



PERMAISURI: “Mujur suami cepat memeriksa rumah dan mengejutkan dua anak yang sedang tidur, kalau tidak entah apalah nasib mereka,” kata Isma Zawani Ismail, 40.

Isma Zawani dan tujuh ahli keluarganya tinggal sehelai sepinggang selepas kediaman mereka di Kampung Pelong di sini, musnah dalam kebakaran kira-kira jam 3.30 petang tadi, yang bermula daripada rumah kakaknya yang terletak bersebelahan.

Beliau berkata, ketika kejadian, dia bersama dua anak, Muhammad Arash Putra, 5, dan Nuraishah Sofea, 12, keluar dengan kereta ke rumah pengasuh melihat bayinya, Norjannah Sofea Mohd Supe yang berusia dua bulan.

“Pada masa sama, dua lagi anak saya, Nursafia Balqis, 17, dan Putri Rania Anis Sofea, 11, sedang tidur di rumah selepas kepenatan pulang daripada sekolah manakala seorang lagi anak, Nurwardina Safiah, 15, berada di kedai makan kami.

“Berderau darah saya apabila terima panggilan daripada Nursafia Balqis memaklumkan rumah terbakar dan dia bertanyakan dua lagi adiknya kerana tidak tahu saya membawa mereka bersama,” katanya ketika dihubungi.

Isma Zawani yang berniaga makanan barat bersama suaminya, Mohd Supe Awang Ahmad, 51, berkata, walaupun kehilangan harta benda dan tempat tinggal, beliau sangat bersyukur dua anaknya yang ketika itu sedang tidur di dalam rumah, selamat.

“Syukur kepada Allah selamatkan anak kami. Mereka tak sedar kebakaran itu sehinggalah dikejutkan bapa mereka yang memeriksa rumah sebaik nampak api di rumah bersebelahan.

“Rumah kakak tidak berpenghuni cuma anaknya datang menjenguk rumah sekali sekala rumah. Api merebak terlalu cepat kerana cuaca panas terik dan angin kuat.

“Selepas menyelamatkan anak, suami hanya sempat menyelamatkan kereta Naza Ria dan televisyen.

“Tiga anak kami, Nursafia Balqis, Nurwardina Safiah dan Nuraishah Sofea, masing-masing akan menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia, Penilaian Taksiran Tingkatan Tiga dan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah tahun ini dan semua kelengkapan sekolah hangus terbakar,” katanya.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Setiu, Mustafa Ismail, berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan jam 3.48 petang, sebelum dua jentera dan 17 pegawai dan anggota dari BBP Setiu dengan bantuan BBP Jertih dikejarkan ke lokasi kejadian.

“Sebaik tiba di lokasi dua minit kemudian kebakaran menjejaskan dua rumah separa kayu dan batu dan api berjaya dikawal sepenuhnya dalam tempoh setengah jam.

“Siasatan awal tidak menolak punca kebakaran akibat litar pintas daripada kediaman bersebelahan yang tiada penghuni ketika kejadian dan jumlah kerugian masih dalam siasatan,” katanya

Kredit : BH Online
hanneeyzah@bh.com.my

Rate

2

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-3-2024 05:01 AM GMT+8 , Processed in 0.056242 second(s), 31 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list