CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

123Next
Return to list New
View: 4379|Reply: 50

[Tempatan] Kakak 8 tahun selamatkan adik berusia 8 bulan dalam kebakaran

  [Copy link]
Post time 21-3-2019 09:37 PM From the mobile phone | Show all posts |Read mode
Edited by safriehalim at 21-3-2019 09:39 PM



KUANTAN: Keberanian Nik Intan Nabila Nik Fauzi Izani, 8, meredah api berjaya menyelamatkan adik lelakinya berusia lapan bulan daripada kebakaran yang memusnahkan kediaman mereka di Rumah Murah Beserah, hari ini.

"Saya dengar ada orang jerit api, jadi saya terus angkat adik dan lari keluar daripada rumah," kata Nik Intan Nabila ketika ditemui pusat penempatan sementara di Tabika Kemas Batu Hitam, di sini, hari ini.

Ibu mereka, Salimah Adam, 33, berkata Nik Intan menggadaikan nyawa sendiri untuk menyelamatkan Nik Khairi Aswa dan beliau bersyukur kedua-dua anaknya selamat dalam tragedi jam 9 pagi itu.

“Walaupun panik, anak saya masih mampu menggagahkan diri memangku adiknya dan keluar dari rumah yang sedang terbakar, sejurus selepas dikejutkan jiran mengenai kebakaran, ketika itu mereka sedang menonton televisyen.

"Saya pula sedang bekerja di Sekolah Menengah (SM) Beserah apabila seorang kawan datang untuk memaklumkan mengenai kebakaran itu, mengatakan dua buah rumah terbakar.

“Saya khuatir memikirkan keselamatan anak-anak saya," kata ibu kepada empat anak itu ketika ditemui pemberita.

Salimah berkata ketika sampai di perkarangan rumahnya, suasana agak kecoh dengan dua buah rumah musnah terbakar dan anak-anaknya berada bersama beberapa jiran dan sedang menangis.

Sementara itu, seorang lagi mangsa, Normah Hamid, 49, berkata tidak ada orang di rumah apabila kebakaran yang memusnahkan semua harta bendanya termasuk dua buah motosikal, peralatan rumah dan pakaian itu berlaku.

"Saya sedang bekerja ketika itu, kini kami sekeluarga tinggal sehelai sepinggang, namun bersyukur kerana semua anggota keluarga terselamat,” katanya yang bekerja sebagai pengawal keselamatan.

Sementara itu, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Semambu, Lee Chean Chung, yang melawat kedua-dua keluarga berkenaan hari ini, berkata mereka akan ditempatkan di dewan komuniti dan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) akan menyediakan bantuan sewajarnya.

"Kita akan rumuskan bagaimana hendak membantu kedua-dua keluarga ini membina semula kehidupan dan membincangkan dengan mereka apa tindakan selanjutnya,” katanya.

Kredit: BH Online
Oleh Siti Insyirah Tajuddin
bhnews@bh.com.my

Rate

2

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 21-3-2019 10:01 PM From the mobile phone | Show all posts
Kalo aku baya2 gitu pun. Demi adik aku akan rempuh selamatkan..
Reply

Use magic Report

Post time 21-3-2019 10:45 PM From the mobile phone | Show all posts
Tahniah kakak.. jadi wirawati selamatkan adik..
Reply

Use magic Report

Post time 21-3-2019 10:58 PM From the mobile phone | Show all posts
Alhamdulillah selamat.
Reply

Use magic Report

Post time 21-3-2019 11:10 PM | Show all posts
tggal 2 org je ke? takde org dewasa?
Reply

Use magic Report

Post time 21-3-2019 11:34 PM | Show all posts
jap...  mak kat sekolah, anak umur 8 tahun jaga baby 8 bulan?  berdua je?  beraninya mak dia...

aku berharap ada berita lebih lengkap bagitau ada orang dewasa lain...  adeh...
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 22-3-2019 12:27 AM From the mobile phone | Show all posts
Hmmm tak kan lah parents dia tinggalkan budak 8 tahun nak jaga bayi 8 bulan tu.. Ke ada baby sitter? Apaknya mana?
Reply

Use magic Report

Post time 22-3-2019 03:14 AM | Show all posts
Kakak 8 tahun bersama adik 8 bulan??mana org dewasa??
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 22-3-2019 04:45 AM From the mobile phone | Show all posts
Soklan sama di minda.

Budak 8 tahun je kot. Where's the adult?

Apapon, tahniah Kat kakak.
Reply

Use magic Report

Post time 22-3-2019 05:11 AM From the mobile phone | Show all posts
Alhamdulilah
Reply

Use magic Report

Post time 22-3-2019 07:58 AM From the mobile phone | Show all posts
Alhamdulillah adik-beradik selamat...but please ibu...jgn tinggalkan anak tanpa pengawasan org dewasa...
Reply

Use magic Report

Post time 22-3-2019 09:04 AM From the mobile phone | Show all posts
Actually umur berapa boleh tggal sorang kat rumah? Seingat i, i kne tggal sorang dlm umur 10/11 thn sorang2 siap list keje yg kene buat. Kalau mak i balik pastu xsiap mmg kene belasah
Reply

Use magic Report

Post time 22-3-2019 09:27 AM | Show all posts
mungkin ada pesan kat jiran2 tlg tengok2kan anak...dan umo 8 tahun sebenarnya dah blh diharap sikit2.. depend dgn cara parent asuh anak...

ssh jugak nak salahkan mak...sbb mak pengawal keselamatan. tak keja pulak sapa pulak nak bawak rezeki balik rumah?
Reply

Use magic Report

Post time 22-3-2019 09:33 AM From the mobile phone | Show all posts
8 bulan terlampau kecik utk ditinggalkan.. tgk gaya kakak 8 tahun lari dukung adik, mungkin kakak mmg dah diajar tanggungjawab plus mmg budak bijak kot. Nak diharap anak aku 11 tahun dukung adik pun tak reti..dgn dia dia sekali jatuh..adoi..
Reply

Use magic Report

Post time 22-3-2019 09:50 AM | Show all posts
Kalau dgn mak iolls, mmg idok ler nak tinggalkan budak umur 8 tahun. Tp mmg ada je orang biar budak 8 tahun duduk sorang. Mcm yg lain cakap, ikut cara diasuh dan diajar. Iolls mmg sejenis perangai naik lemak sikit mak iolls tak percaya dkt i.

Anyway, good job kakak jaga adik. Mesti dah biasa tolong jaga adik. Automatik tangan tu teringat adik mcm mak mak. Kalau budak 8 tahun lain mahu terlupa adik tu
Reply

Use magic Report

Post time 22-3-2019 09:58 AM From the mobile phone | Show all posts
Kwn aku ckp..bdk ni bijak.ank murid kwn aku.bdk ni.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 22-3-2019 10:56 AM | Show all posts
Syabas buat si kakak berani dan cepat bertindak
Reply

Use magic Report

Post time 22-3-2019 11:45 AM | Show all posts
Alhamdulillah selamat 2 beradik ni..
bagus kakak 8 tahun selamatkan adik dia..
aku pun tak berani nak tinggalkan anak yg umur 12 tahun tinggal sendiri..
bkn  tak percaya kat anak..
Reply

Use magic Report

Post time 22-3-2019 12:13 PM | Show all posts
harap parents die insaf la lepas kes mcm ni berlaku biarkan anak2 kecik berdua tinggal dlm rmh tanpa pengawasn org dewasa
Reply

Use magic Report

Post time 22-3-2019 12:26 PM | Show all posts
tak semua org mampu nak bayar pengasuh

mungkin lu org senang tapi ramai kat luar sana yg susah

acah2 pelik konon
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

25-4-2024 02:41 PM GMT+8 , Processed in 0.092966 second(s), 50 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list