CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1725|Reply: 16

[Tempatan] Piano P Ramlee perlu RM50,000 lagi.

[Copy link]
Post time 22-3-2019 02:25 AM | Show all posts |Read mode
Edited by FOTHER-MUCKER at 21-3-2019 10:27 AM

Piano P Ramlee perlu RM50,000 lagi















Allahyarham Tan Sri P Ramlee











BERNAMA



PROJEK membaiki piano milik seniman agung Allahyarham Tan Sri P Ramlee masih memerlukan dana RM50,000 lagi, kata Ketua Pengarah Arkib Negara Datuk Azemi Abdul Aziz.
Beliau berkata, projek “Getaran 88 Kekunci Hati” yang dilancarkan pada September 2018, bagi memastikan piano yang berusia 60 tahun itu dapat dimainkan semula, sudah mengutip sumbangan RM25,000 pada peringkat pertama kutipan dana itu.

“Bagaimanapun keadaan piano ini masih belum boleh digunakan sepenuhnya.
“Bagi memastikan piano ini 100 peratus berada dalam keadaan baik, Arkib Negara memerlukan dana RM50,000 lagi,” katanya.

Beliau berkata demikian pada majlis mengumpul dana dan meraikan penyumbang awal projek berkenaan di Pustaka Peringatan P Ramlee, Setapak hari ini yang dilancarkan Timbalan Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya Muhammad Bakhtiar Wan Chik.

Katanya, peringkat pertama usaha membaik pulih piano yang digunakan P Ramlee dalam menghasilkan lagu sehingga menerima pelbagai anugerah dan pengiktirafan berprestij itu, berjaya menjadikan alat muzik itu kembali berfungsi, menghasilkan 90 peratus daripada bunyi asalnya.

“Di peringkat awal, Jabatan Arkib Negara dengan kerjasama Syarikat Innate Publishing Sdn Bhd melancarkan program pertama mengumpul dana bagi tujuan itu dengan “penjualan 88 kekunci piano” iaitu 52 hitam dan 36 hitam kepada penggiat seni serta syarikat korporat, yang membolehkan RM25,000 dikumpul,” katanya.

Azemi berkata, RM10,000 dari sumbangan itu digunakan untuk membaik pulih kekunci piano berkenaan oleh pakar juruteknik piano Mohammad Alif Yahya yang bekerja di United Kingdom.
Beliau berkata, piano yang dikeluarkan Herrburger Brooks dari United Kingdom itu dilaporkan dibeli P Ramlee dari syarikat C Nang Hong & Co.

Sementara itu, Bakhtiar berkata, sumbangan Allahyarham P.Ramlee dalam memartabatkan bidang seni tempatan tidak boleh dipertikaikan.

“Bakat Allahyarham dalam bidang gubahan lagu dan lakonan mempunyai kelas tersendiri.
“Lagu ciptaan arwah malar segar sehingga ke hari ini. Tidak pernah jemu kita mendengar lagu berulang kali,” katanya.
Pada majlis itu, Ketua Pegawai Operasi Primeworks Studio, Datuk Ahmad Izham Omar memainkan dua lagu P Ramlee termasuk lagu Getaran Jiwa, menggunakan piano milik seniman agung itu.




Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 21 Mac 2019 @ 10:17 PM




Rate

2

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 22-3-2019 02:34 AM | Show all posts
mahalnya kos baik pulih..semoga berjaya kumpul dana
Reply

Use magic Report

Post time 22-3-2019 02:42 AM From the mobile phone | Show all posts
hairan pula i ... piano keys beliau dari ivory kah ?
seems memang susah mahu cari sekarang
Reply

Use magic Report

Post time 22-3-2019 02:54 AM From the mobile phone | Show all posts
AppleJack replied at 21-3-2019 10:34 AM
mahalnya kos baik pulih..semoga berjaya kumpul dana


seperti piano yang sudah negative value ....aka buang duit untuk restroration...tetapi ada sentimental value di situ ....

Reply

Use magic Report

Post time 22-3-2019 05:49 AM | Show all posts
urm baik download apps tekan main piano.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 22-3-2019 06:01 AM | Show all posts
Dwdrum replied at 21-3-2019 10:54 AM
seperti piano yang sudah negative value ....aka buang duit untuk restroration...tetapi ada senti ...

Ini piano p RamLee



Primeworks Studios CEO Datuk Ahmad Izham Omar plays P. Ramlee’s restored piano in Kuala Lumpur March 21, 2019. — Picture by Firdaus Latif

Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 22-3-2019 08:10 AM | Show all posts
cause ada nilai sejarah...kalau tak better campak longkang kalau takder value...unless limited production version..
Reply

Use magic Report

Post time 22-3-2019 08:29 AM | Show all posts
bg aku dh repair semua dah xdela sentimental value tu
ntahla
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 22-3-2019 08:47 AM From the mobile phone | Show all posts
CiliPadiSedap replied at 22-3-2019 05:49 AM
urm baik download apps tekan main piano.

Bunyi tetap tidak akan sama dik.  Sepertinya piano akustic dan piano electric.  Bunyi tak sama apatah lagi piano apps.  Untuk adik cilipadi sesuai lah.  
Reply

Use magic Report

Post time 22-3-2019 09:08 AM | Show all posts
Harga piano berapa?
Mahalnya weh nak repair nya pun
Reply

Use magic Report

Post time 22-3-2019 09:50 AM From the mobile phone | Show all posts
Piano lama (akustik) mmg guna ivory, tu yg mahal tu. Rege jgn cakap la. Tu baru upright, belum grand lagi.
Reply

Use magic Report

Post time 22-3-2019 09:56 AM | Show all posts
piano byk sentimental value..harus ler mahalll
Reply

Use magic Report

Post time 22-3-2019 10:21 AM From the mobile phone | Show all posts
white_musk replied at 22-3-2019 08:47 AM
Bunyi tetap tidak akan sama dik.  Sepertinya piano akustic dan piano electric.  Bunyi tak sama apa ...

Btol tuh sis... Plus main piano apps tuh xboleh nk latih ur fingers to be synchronize... Lain feel bila u boleh main the actual instrument... App ni i bg ank i practice bc note jer...
Reply

Use magic Report

Post time 22-3-2019 10:22 AM From the mobile phone | Show all posts
dewi_rina replied at 22-3-2019 09:08 AM
Harga piano berapa?
Mahalnya weh nak repair nya pun

Depends... Ada 9k... Ada 7k... Ada yg puluh ribu pun i nmpk ada... Kalo yg belas and puluh tuh mcm leh wat installment.. Tp umah kalo kecik, pki keyboard jer lah ckp..
Reply

Use magic Report

Post time 22-3-2019 10:23 AM From the mobile phone | Show all posts
Teringat joe lhow bagi piano transparent kat miranda kerr.. Bape juta ntah tapi nak bawak keluar kena pecahkan dinding sebab tak boleh lalu pintu..
Reply

Use magic Report

Post time 22-3-2019 10:59 AM | Show all posts
dewi_rina replied at 22-3-2019 09:08 AM
Harga piano berapa?
Mahalnya weh nak repair nya pun

grand piano mau sampai ratus ribu..
yg upright paling mur pun 9k


Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 22-3-2019 12:19 PM From the mobile phone | Show all posts
FOTHER-MUCKER replied at 22-3-2019 06:01 AM
Ini piano p RamLee



Dian P Ramlee tudung pink.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-3-2024 01:39 PM GMT+8 , Processed in 0.079107 second(s), 46 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list