CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1052|Reply: 1

[Tempatan] Sarjan wanita minta rasuah tukar sampel air kencing di hadapkan mahkamah.

[Copy link]
Post time 22-3-2019 04:12 AM | Show all posts |Read mode


This image has been resized. Click this bar to view the full image. The original image is sized 921x546.

SARJAN wanita (tengah) didakwa meminta dan menerima rasuah RM1,500. FOTO Adzlan Sidek.





SARJAN wanita dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Gombak, Selangor direman tiga hari oleh Mahkamah Khas Reman, Seremban untuk siasatan kes meminta dan menerima rasuah RM1,500, 13 Mac lalu.

Perintah tahanan itu dikeluarkan Majistret V Vanita bermula hari ini sehingga Jumaat selepas, membenarkan permohonan Pegawai Pendakwa Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Negeri Sembilan, Mohd Khairi Abdul Karim.

Wanita berusia 30 tahun itu diwakili peguam Mohd Redzuan Mohamed Yusof, disiasat mengikut Seksyen 17 (a) Akta SPRM 2009 yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 20 tahun atau denda lima kali ganda nilai suapan atau RM10,000 mana lebih tinggi, jika sabit kesalahan.

Sumber SPRM berkata, wanita itu didakwa meminta RM3,000 untuk menukarkan sampel air kencing lelaki berusia 39 tahun yang ditahan polis di Gombak pada 13 Mac lalu selepas positif dadah.

“Kelmarin, sarjan itu didakwa sekali lagi menghubungi lelaki itu dan bersetuju memberikan diskaun RM1,500 selain mahu memulangkan semula kad pengenalannya. Wang itu diberikan kepada suspek pada semalam,” katanya.

Menurut sumber itu lagi, SPRM Negeri Sembilan yang menerima aduan, segera ke Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik IPD Gombak dan menahannya pada 9.45 pagi semalam.

sumber: https://www.hmetro.com.my/mutakhir/2...el-air-kencing




Rate

2

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 22-3-2019 10:03 AM From the mobile phone | Show all posts
Kenapa lah polis ni....pelik aku ...

Dulu selalu polis tahan pekerja aku minta rasuah masa zaman najib. ..masa zaman PH naik..lengang site tak ada polis ronda2 minta rasuah ..kalau tak. .tiap hari pekerja aku kena. ..
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

23-4-2024 06:22 PM GMT+8 , Processed in 0.088949 second(s), 31 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list