CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2323|Reply: 9

[Tempatan] Seorang guru gatal berusia 60 tahun main raba raba bersama pelajar di sebuah ho

  [Copy link]
Post time 22-3-2019 04:17 AM | Show all posts |Read mode
Edited by FOTHER-MUCKER at 21-3-2019 12:18 PM


This image has been resized. Click this bar to view the full image. The original image is sized 960x705.

TERTUDUH diiringi anggota polis keluar dari mahkamah selepas mengaku tidak bersalah atas kesalahan melakukan amang seksual terhadap pelajarnya ketika didakwa di Mahkamah Sesyen, Ayer Keroh. - Foto Muhammad Zuhairi Zuber


AYER KEROH: Seorang guru sekolah asrama penuh di Negeri Sembilan didakwa di Mahkamah Sesyen, di sini, hari ini atas tuduhan melakukan amang seksual fizikal terhadap seorang pelajarnya, November lalu.

Bagaimanapun, tertuduh, Ab Malek Sanat, 60, mengaku tidak bersalah sebaik pertuduhan terhadapnya dibacakan jurubahasa di hadapan Hakim Norma Ismail.

Mengikut pertuduhan, dia didakwa melakukan amang seksual fizikal seorang pelajar perempuan yang ketika itu berusia 16 tahun di sebuah hotel di Taman Melaka Raya, di sini, sekitar jam 3 petang hingga 9.30 pagi, antara 2 hingga 4 November 2018.

Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 14(a) Akta Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017 yang memperuntukkan hukuman penjara hingga 20 tahun dan boleh dikenakan sebatan.

Timbalan Pendakwa Raya Mazuin Hashim yang mengendalikan kes itu mencadangkan jaminan RM20,000 namun tertuduh yang diwakili Peguam Andrew Lourdes, merayu jaminan rendah diberikan kerana anak guamnya perlu menanggung seorang isteri dan tiga anak.

Selepas mendengar rayuan kedua-dua pihak, Norma menawarkan tertuduh jaminan RM10,000 dengan seorang penjamin dan menetapkan 22 April depan untuk sebutan semula kes.

https://www.bharian.com.my/berita/ke...ajar-perempuan


Rate

2

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 22-3-2019 08:17 AM | Show all posts
teringat kat cite GT0
budak2 kenekan cikgu sbb nk suruh cikgu tu kene pecat
Reply

Use magic Report

Post time 22-3-2019 08:37 AM | Show all posts
padan muka umur dah 60 pun masih gatal x sedar diri. x merasa la pencen ko atuk.
Reply

Use magic Report

Post time 22-3-2019 08:52 AM | Show all posts
kalau umur dah 60, selalu nya anak anak dah besar.. ni masih nak tanggung lagi.. umur anak dia berapa seh?
Reply

Use magic Report

Post time 22-3-2019 10:38 AM | Show all posts
Tu lah abah.  Abah ada isteri, ada juga anak (ada yg pompuan tak?).  Kalau anak gadis abah dibuat begitu,  bagaimana perasaan abah ye.  Betul kalau it takes 2 to tango, tapi abah kan dah 60thn. Abah...abah...
Reply

Use magic Report

Post time 22-3-2019 10:47 AM | Show all posts
sbp mana dia ni
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 22-3-2019 10:47 AM From the mobile phone | Show all posts
Amboi!
Dah la bw outing budak asrama, bwh umur plak tu
Dah tua2 tu jd pendidik, bukan didik budak dgn benda bukan2 camni
Reply

Use magic Report

Post time 22-3-2019 01:08 PM From the mobile phone | Show all posts
Sian budak tu.. mmg la umoq2 tu gedik2.. tp sbg cikgu dh umoq 60thn plk tu.. tlg la bfikiran waras.. malu ank bini... kek ore kpg lg mna nk tauk muko?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 22-3-2019 03:41 PM | Show all posts
tak malu btl..cuba kalau anak sendiri kene buat mcm tu..suke ke
ptt dah umur senja2 gitu..buat amal ibadah byk2..perangai ntah apa2
Reply

Use magic Report

Post time 22-3-2019 03:52 PM | Show all posts
Idup lagi ke kontol 60 tahun? Apsal tak kena kencing manis jer..bior mereput telor.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

20-4-2024 07:10 PM GMT+8 , Processed in 0.211186 second(s), 39 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list