CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1133|Reply: 6

[Tempatan] Saman RM30 juta roboh rumah pusaka [METROTV].

[Copy link]
Post time 22-3-2019 04:36 AM | Show all posts |Read mode


This image has been resized. Click this bar to view the full image. The original image is sized 921x557.

WAN Mohamad Anwar (depan, empat kiri) bersama ahli keluarga berkumpul untuk menuntut hak mereka dan memfailkan saman ke atas pihak berkuasa. FOTO Ghazali Kori.

SEKELUARGA memfailkan saman RM30 juta terhadap kerajaan negeri dan Pejabat Daerah dan Tanah Kuala Terengganu susulan rumah pusaka mereka di Kampung Tanjung, Taman Selera, Kuala Terengganu dirobohkan.

Rumah kayu tradisional dua tingkat itu dibina pada 1941 dirobohkan pihak berkuasa pada 21 November tahun lalu.

Wakil keluarga berkenaan, Wan Mohamad Anwar Wan Yusof, 52, mendakwa keluarganya mempunyai bukti kukuh bahawa rumah dan tanah terbabit milik mereka.

“Terdapat wakil daripada kerajaan negeri yang menjadi saksi ketika surat ikatan jual beli dikeluarkan selepas arwah ayah saya membeli tanah ini daripada ibu saudaranya, Wan Mek Wan Yaacob pada 1971.

“Surat itu masih lagi ada dan sudah diserahkan kepada peguam kami dan untuk makluman, kami tidak pernah gagal membayar cukai tanah sejak 1977 lagi,” katanya ditemui di Kuala Terengganu, hari ini.

Wan Mohamad Anwar berkata, tindakan saman itu diambil bagi mendapatkan keadilan kepada keluarganya terutama arwah ayah mereka, Wan Yusof Abdul Kader.

“Tidak timbul soal kami yang kini tinggal tujuh beradik, tamak tetapi kami perlu mendapatkan keadilan sewajarnya.

“Semua adik beradik kami juga bersetuju untuk mewakilkan saya sebagai plaintif bagi kes ini,” katanya.

Dua tahun lalu, Harian Metro pernah melaporkan mengenai seorang lelaki yang membuat tuntutan sebanyak RM20 juta sekiranya kerajaan mahu merobohkan rumahnya bagi tujuan pembangunan.

Namun pada 21 November tahun lalu, rumah kayu berusia 77 tahun itu menyembah bumi selepas ia dirobohkan pihak berkuasa kira-kira 10 pagi.

Kewujudan rumah berkenaan yang berada di tengah projek pembangunan mula tular selepas bapa pelakon Emma Maembong iaitu Ismail Embong melawat rumah itu dan kemudian menyedari ia kediaman didiami rakannya, dua tahun lalu.

Sementara itu, peguam yang mewakili keluarga terbabit, Azzan Aznan Abd Rahim berkata, tindakan merobohkan rumah itu melanggar undang-undang.

“Kami memohon mahkamah untuk mengarahkan Pejabat Daerah dan Tanah (Kuala Terengganu) mewartakan tanah yang dipertikaikan ini.

“Anak guam kami juga memohon ganti rugi punitif dan tauladan sebanyak RM30 juta atas pencerobohan selain tindakan defendan merobohkan rumah warisan ini.

“Saman sivil difailkan di Mahkamah Tinggi Kuala Terengganu pada 19 Mac lalu terhadap Pentadbir Tanah, Pejabat Daerah dan Tanah Kuala Terengganu dan Kerajaan Terengganu yang dinamakan sebagai defendan,” katanya.

Beliau berkata, kes itu ditetapkan untuk pengurusan kes pada 24 April depan di hadapan Timbalan Pendaftar Mahkamah Tinggi Kuala Terengganu.


https://www.hmetro.com.my/mutakhir/2...h-rumah-pusaka

Rate

2

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 22-3-2019 06:37 AM From the mobile phone | Show all posts
Saman pegawai la
Reply

Use magic Report

Post time 22-3-2019 09:44 AM | Show all posts
surat sain sendiri dgn ketua kampung kah?
Reply

Use magic Report

Post time 22-3-2019 09:48 AM From the mobile phone | Show all posts
Surat ikatan jual beli? Geran xder ke?
Reply

Use magic Report

Post time 22-3-2019 04:01 PM From the mobile phone | Show all posts
Rumah cepotet mcm dh lama tbiar

Dulu dah heboh dlm cari nih
Reply

Use magic Report

Post time 22-3-2019 04:08 PM | Show all posts
Kalau ada proses jual beli saja boleh ke nak tuntut?
Yg penting geran tanah tu? Tp dia kata tak pernah gagal bayar cukai tanah.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 22-3-2019 05:13 PM | Show all posts
nak tgk rupa rumah tu .. no matter what, macam mana diorg robohkan rumah tanpa notis?
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

20-4-2024 02:46 PM GMT+8 , Processed in 0.462069 second(s), 36 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list