AKSI lebih 800 pasangan kekasih dirakam sekumpulan lelaki. FOTO/AGENSI
Video.........
SEOUL: Polis Korea Selatan membongkarkan aktiviti sekumpulan lelaki yang memasang kamera tersembunyi bagi merakamkan aksi lebih 800 pasangan kekasih mengadakan hubungan seks di motel dan disiarkan secara langsung selama tiga bulan di sebuah laman web berbayar.
AFP melaporkan, Korea Selatan sudah lama memerangi video intipan dikenali sebagai ‘molka’ yang diletakkan secara tersembunyi di sekolah, tandas dan di beberapa tempat awam oleh individu tidak bertanggungjawab.
Menurut polis, empat lelaki ditahan kerana memasang kamera kecil dengan lensa berukuran satu milimeter lebar yang disembunyikan dalam pemegang pengering rambut, soket dinding dan peti televisyen, di dalam 42 bilik di 30 motel di seluruh negara sejak Ogos lalu.
“Rakaman di motel itu disiarkan secara langsung ke laman web yang mempunyai kira-kira 4,000 ahli. Sesetengah penonton sanggup membayar 50,000 won (RM179) sebagai yuran tambahan agar dapat menonton berulang kali kandungan ‘eksklusif’ itu.
“Kira-kira 50 peratus daripada 1,600 mangsa adalah lelaki. Suspek meraih pendapatan kira-kira 7 juta won (RM25,179) dalam tempoh tiga bulan,” kata pegawai dari Agensi Polis Negara kepada AFP.
Sementara itu, Reuters melaporkan, pindaan undang-undang pada November lalu bukan saja hukuman untuk penggambaran haram tetapi juga mengedarkan gambar tanpa persetujuan dengan hukuman penjara sehingga lima tahun atau denda sehingga 30 juta won (RM107,908).
Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 21 Mac 2019 @ 9:19 PM