CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 761|Reply: 2

[Tempatan] Slogan Malaysia Baharu cuma tin kosong. Netizen, pengundi mula pertikai integrit

[Copy link]
Post time 22-3-2019 10:31 AM | Show all posts |Read mode
Integriti kerajaan tidak bertepatan dengan slogan Malaysia baharu


TANGKAP layar beberapa pemilik akaun Twitter yang mendedahkan keraguan ijazah dimiliki pemimpin kerajaan PH. - UTUSAN ONLINE/ MEDIA SOSIAL


21 Mac 2019 11:42 PM


KUALA LUMPUR 21 Mac - Integriti kerajaan Pakatan Harapan (PH) yang terpalit dengan kontroversi ijazah palsu membabitkan beberapa pemimpinnya, tetapi kepalsuan itu sekadar dipandang sebelah mata oleh pucuk pimpinan kerajaan, meskipun mereka galak melaungkan slogan ‘Malaysia baharu’ kembali dipersoal pemain akademik.

Tampil melahirkan kekecewaan terhadap isu berkenaan khususnya melihat kepada bagaimana reaksi negatif pucuk kepimpinan negara dalam menangani permasalahan tersebut, Persatuan Sains Sosial Malaysia (PSSM) yang keahliannya adalah rata-rata para pensyarah menyifatkan ia tidak bertepatan dengan Malaysia baharu.

Menerusi satu kenyataan akhbarnya, Jawatankuasa Kerja PSSM menjelaskan, dalam mentadbir negara, soal integriti, kejujuran dan kebolehpercayaan terhadap seseorang pemimpin perlu diambil perhatian serius, kerana jika ia dipandang ringan atau dianggap boleh dimaafkan, bererti kerajaan tidak mempedulikan kesan moral.

“Pemimpin perlu bertanggungjawab atas apa yang mereka cakap, atas apa mereka capai serta perlu bertanggungjawab atas tindakan mereka. Malaysia tidak boleh dipimpin mereka yang tidak jujur mahupun gila kuasa. Kita memerlukan pemimpin berintegriti, jujur, dipercayai dan tidak angkuh. Ini adalah asas membina Malaysia baharu.

“PSSM secara tegas menolak ketidakjujuran dalam kalangan pemimpin dan juga menolak sebarang percubaan yang menjejaskan kemurnian sistem pentauliahan akademik. Kita perlu membina Malaysia baharu berdasarkan kepada prinsip integriti, kebertanggungjawaban dan kejujuran sebagai agenda pembaharuan dalam kerajaan,” jelas persatuan itu.

Isu ijazah palsu timbul selepas kelulusan Timbalan Menteri Luar, Datuk Marzuki Yahya mula dipersoal setelah semakan yang dibuat dengan universiti didakwa mendapati tiada rekod, sebelum ia melarat kepada beberapa pemimpin kerajaan lain antaranya Menteri Besar Johor, Datuk Osman Sapian dan Menteri Pertahanan, Mohamad Sabu.

Turut dipertikaikan status akademik dan kelulusn mereka adalah Menteri Besar Perak, Datuk Seri Faizal Azumu; Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Zuraida Kamaruddin serta tidak terkecuali Menteri Kewangan sendiri, Lim Guan Eng.

Dalam perkembangan yang sama, PSSM menjelaskan, penipuan kelulusan akademik perlu dicegah kerana jika dibiarkan, permasalah itu

boleh membawa mala petaka kepada rakyat kerana negara seolah-olah mengizinkan orang yang tidak berkebolehan atau berkelayakan berlagak sebagai yang berkebolehan dan berkelayakan.

“Agenda pembaharuan perlu kekal pada landasan yang betul jangan sekali-kali tergelincir dan untuk itu moraliti serta integriti dalam pendidikan perlu dijadikan fundamental pada semua peringkat berasaskan etika sekaligus berupaya melahirkan individu yang bertanggungjawab masyarakatnya dan negaranya,” jelas PSSM.

Rate

2

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 22-3-2019 10:34 AM From the mobile phone | Show all posts
Tolong ambil tindakan, persatuan akauntan Dan sekalian alumni Universiti berkenaan.
Reply

Use magic Report

Post time 22-3-2019 10:56 AM | Show all posts
memang tak dak integriti...tipu pasai juai kedaulatan negara...tipu pasai hutang negara...sampai khinzir2 pakatan haramjada depa ni pun boleh2 nak tipu fakta...bowdow...wakakakakkakakakakaka
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

20-4-2024 06:28 PM GMT+8 , Processed in 0.060909 second(s), 32 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list