CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 719|Reply: 1

[Tempatan] Tun hadir ke Pakistan untuk pecah tanah Kilang Proton di wilayah Sindh

[Copy link]
Post time 22-3-2019 11:15 AM | Show all posts |Read mode





Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad tiba di Islamabad pada Khamis untuk lawatan rasmi tiga hari ke Pakistan.

Pesawat yang membawa pemimpin ulung dari Malaysia itu mendarat di Pangkalan Tentera Udara Pakistan Nur Khan, Rawalpindi, dekat sini kira-kira jam 7.50 malam waktu tempatan (10.50 malam tadi waktu Malaysia)

Ketibaan Dr Mahathir disambut oleh Perdana Menteri Pakistan Imran Khan.

Turut menyambut Dr Mahathir ialah Menteri Perancangan, Pembangunan dan Pembaharuan Pakistan Makhdoom Khusro Bakhtiyar, Timbalan Menteri Luar Datuk Marzuki Yahya dan Ketua Setiausaha Kementerian Luar Datuk Seri Muhammad Shahrul Ikram Yaakob.

Antara acara kemuncak lawatan ialah Dr Mahathir akan dikurniakan anugerah “Nishan-e-Pakistan” atau Order of Pakistan, anugerah awam tertinggi negara itu yang akan disampaikan oleh Presiden Pakistan Dr Arif Alvi pada Jumaat.

Dr Mahathir juga akan menghadiri sambutan perbarisan Hari Pakistan 2019 di Padang Perbarisan Shakar Parian di sini pada Sabtu sebagai tetamu kehormat.

Perdana Menteri akan diberi sambutan rasmi di Prime Minister”s House pada pagi Jumaat. Dr Mahathir akan disambut oleh rakan sejawatannya dari Pakistan Imran Khan.

Selepas itu, kedua-dua perdana menteri akan mengadakan mesyuarat empat mata disusuli dengan mesyuarat delegasi antara Malaysia dan Pakistan.

Kemudian, Dr Mahathir dan rakan sejawatannya dari Pakistan akan menghadiri mesyuarat meja bulat dengan ketua-ketua industri Malaysia dan Pakistan di sebuah hotel di sini.

Kedua-dua pemimpin itu juga akan menyaksikan acara simbolik majlis pecah tanah kilang pemasangan Proton di wilayah Sindh. Dr Mahathir dan Imran Khan juga akan menyaksikan majlis pemeteraian memorandum persefahaman dan perjanjian antara syarikat Malaysia dan Pakistan.

Juga pada hari Jumaat, Dr Mahathir akan melakukan kunjungan hormat ke atas Presiden Arif di Istana Presiden, Aiwan-e-Sadr. Beliau akan menerima anugerah Nishan-e-Pakistan pada satu majlis di istana presiden.


Lawatan Dr Mahathir ialah atas jemputan rakan sejawatannya dari Pakistan untuk menghadiri sambutan Hari Pakistan yang disambut pada 23 Mac setiap tahun.

Ini merupakan lawatan pertama Dr Mahathir ke Pakistan sejak menjadi Perdana Menteri Malaysia yang ketujuh. Semasa menjadi Perdana Menteri Malaysia yang keempat, beliau telah tiga kali melawat Pakistan iaitu pada 1984, 1997 dan 2002.

- Bernama

Rate

2

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 22-3-2019 11:20 AM | Show all posts
lihat semua...menteri lulusan cambridge mengiringi Tun......PeePeeBM..wakakakkakakakkakaa
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

27-4-2024 06:35 AM GMT+8 , Processed in 0.113461 second(s), 31 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list