CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

123Next
Return to list New
View: 4243|Reply: 54

[Tempatan] Komuniti NZ berakhlak tinggi, hasil sistem yang dibina - warga Malaysia

  [Copy link]
Post time 22-3-2019 11:21 AM | Show all posts |Read mode
Komuniti NZ berakhlak tinggi, hasil sistem yang dibina - warga Malaysia
Rahimah Abdullah, Astro Awani | Diterbitkan pada Mac 22, 2019 07:43 MYT

KUALA LUMPUR: Tindakan New Zealand yang terus menzahirkan sokongan dan solidariti terhadap mangsa serangan pengganas di Christchurch minggu lalu melambangkan komunitinya berakhlak tinggi walaupun ia bukan sebuah negara Islam.

Salah seorang rakyat Malaysia di sana, Muhammad Habibullah Md Ali berkata, sistem yang terbina oleh negara itu memastikan kejujuran dan keikhlasan wujud dalam diri setiap anggota masyarakat.

"Yang pertama ialah kejujuran. Memang tiada peluang langsung untuk rasuah. Dan kejujuran itu berlaku kerana sistem yang telah terbina dan individu yang tertinggi sangat dihormati masyarakat sekeliling.
"Jadi, saya rasa walaupun bukanlah sebuah negara Islam, namun ia menunjukkan New Zealand ini adalah negara yang tertinggi dari segi akhlaknya sama ada di peringkat pengurusan atau komuniti," katanya semasa dihubungi Astro AWANI pada Jumaat.

Muhammad Habibullah merupakan presiden pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang berdaftar di New Zealand, dikenali sebagai Handshake People.

Katanya, beliau sudah berbincang dengan beberapa organisasi Islam lain, termasuk di Christchurch dan Auckland, bagi menyalurkan bantuan kepada komuniti sekeliling yang terkesan.

Malah, katanya, kerajaan New Zealand banyak membantu keluarga mangsa termasuk dari segi sokongan moral dan sebagainya.

"Memang cepat sekali sokongan dan bantuan diberikan kerajaan New Zealand kepada keluarga mangsa. Mereka tidak perlukan publisiti untuk melakukan semua itu.

"Malah, saya telah berhubung dengan keluarga terlibat dan mereka beritahu dapat menghantar pulang ahli keluarga ke tanah air. Bantuan-bantuan lain juga memang sangat cepat dan ia bukan publisiti untuk media," tambahnya.

Rate

2

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 22-3-2019 11:27 AM | Show all posts
depa semua sedaq depa semua pendatang...tok nenek pucat ni depa jajah tanah orang Maori....memang la tampak berakhlak...wakakakkakakkaa
Reply

Use magic Report

Post time 22-3-2019 11:28 AM From the mobile phone | Show all posts
Allahu, sangat bertentangan dgn firman Allah dlm surah Baqarah ayat 120....Jgnlah ummah terus terkasima dgn pementasan Yahudi dan Nasrani
Reply

Use magic Report

Post time 22-3-2019 11:44 AM From the mobile phone | Show all posts
Yup. Suka org NZ. Kebanyakan diorang baik dan layan asian elok kalu banding Austalian yg agak pandang rendah ngan asian lagi2 asian muslim
Reply

Use magic Report

Post time 22-3-2019 12:10 PM | Show all posts
axl_bach replied at 22-3-2019 11:28 AM
Allahu, sangat bertentangan dgn firman Allah dlm surah Baqarah ayat 120....Jgnlah ummah terus terkas ...

betullah kata sheikh muhammad abduh dulu dia pergi ke negara kapir dia nampak islamnya tapi tak nampak org islam, dia pergi negara islam dia nampak ramai org islam tapi tak nampak islamnya...
Reply

Use magic Report

Post time 22-3-2019 12:21 PM From the mobile phone | Show all posts
axl_bach replied at 22-3-2019 11:28 AM
Allahu, sangat bertentangan dgn firman Allah dlm surah Baqarah ayat 120....Jgnlah ummah terus terkas ...

Maka disini dilemanya.

Top 10, 15 countries in the world dari segi bahagia, Aman, rasuah, bersih, atau apa saja, typically dominated by the Scandinavian / Nordic countries, NZ, jepang, some European countries, Singapore.

Tak Ada satu Pon wakil kerajaan. Islam.

Thus the dilema.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 22-3-2019 12:23 PM From the mobile phone | Show all posts
lkick2113 replied at 22-3-2019 12:10 PM
betullah kata sheikh muhammad abduh dulu dia pergi ke negara kapir dia nampak islamnya tapi tak na ...

Kalu benchmark parking:

Ketuanan Shinto parking ikut undang2.


Datang Kat Malaysia kene Hari jemahat, amekaww parking.

Tang Mana keislaman dia bila parking double triple park?
Reply

Use magic Report

Post time 22-3-2019 12:26 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by lazim at 22-3-2019 12:30 PM

Malysia ni rosak sbb lobai jumud  la. Bila geng lobai membiak baru org malysia tiba2 taksub yg bukanw. Nk jd islam terlebih2. Itu haram ini haram. Padahal dulu elok je.

Bayangkan klu gereja mesia yg kena bom. Org islam duk tunjuk solidarity. Buh3 bunga.n Mau mngamuk acik2 fb klr bapak segala dalil. Tp x malu plk bangga bila nz tunjuk solidarity. Lg x malu duk edit plk vid sana sini konon mkin byk kristian peluk islam.

Kdg2 mlu tgk perangai acik fb. Bab Rip, salam & wish krismas pon nk bertengkar. Bila nz x ikut perangai drg bangga nk mampos plk
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 22-3-2019 12:53 PM From the mobile phone | Show all posts
baghal_bortuqal replied at 22-3-2019 12:21 PM
Maka disini dilemanya.

Top 10, 15 countries in the world dari segi bahagia, Aman, rasuah, bersi ...

Sesungguhnya neraca keamanan dlm Islam lain, sebagaimana neraca keadilan dlm Islam.....ko ape tau siskabu oiiii
Reply

Use magic Report

Post time 22-3-2019 02:47 PM From the mobile phone | Show all posts
baghal_bortuqal replied at 22-3-2019 12:23 PM
Kalu benchmark parking:

Ketuanan Shinto parking ikut undang2.

Betul tu baghal, dah tau double park keluar lah awal ni dia wirit lg panjang dari imam
Reply

Use magic Report

Post time 22-3-2019 03:03 PM | Show all posts
baghal_bortuqal replied at 22-3-2019 12:21 PM
Maka disini dilemanya.

Top 10, 15 countries in the world dari segi bahagia, Aman, rasuah, bersi ...

kalau nak jadi bagus macam negara2 kapir pertama otak kenalah cerdik, berfikiran terbuka, berani berubah, selalu rasional..... ni tidak, asyik2 terluka, asyik2 terguris, sini sensitif, sanun terluka....bila dah pakai serban dan berkopiah diri rasa lebih Islam, masa tu angkat kon hempok kepala kapir...

Reply

Use magic Report

Post time 22-3-2019 03:05 PM | Show all posts
baghal_bortuqal replied at 22-3-2019 12:23 PM
Kalu benchmark parking:

Ketuanan Shinto parking ikut undang2.

jangan dicabar parking tiga lane,, nanti datang lobai hempok kepala hang dengan kon...semuanya halal bila niatnya suci...kata lobai di dalam hatinya

Reply

Use magic Report

Post time 22-3-2019 03:07 PM | Show all posts
lazim replied at 22-3-2019 12:26 PM
Malysia ni rosak sbb lobai jumud  la. Bila geng lobai membiak baru org malysia tiba2 taksub yg bukan ...

mana boleh buat baik dengan kafir, nanti mereka ambik alih malaysia

Reply

Use magic Report

Post time 22-3-2019 03:09 PM | Show all posts
lkick2113 replied at 22-3-2019 12:10 PM
betullah kata sheikh muhammad abduh dulu dia pergi ke negara kapir dia nampak islamnya tapi tak na ...

tak payah pegi jauh2... pegi singapore, masjid dia pun bersih mewangi jer...

kat msia aku rasa jgn kata masjid, toilet dalam surau kalau orang kata ada hantu pun aku percaya
Reply

Use magic Report

Post time 22-3-2019 03:20 PM | Show all posts
tahukah anda
Maori juga ada tongkat ketuanan
Reply

Use magic Report

Post time 22-3-2019 03:27 PM From the mobile phone | Show all posts
leylapple replied at 22-3-2019 03:09 PM
tak payah pegi jauh2... pegi singapore, masjid dia pun bersih mewangi jer...

kat msia aku rasa  ...

Kalau pergi kelantan lagi lah memalukan serambi je
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 22-3-2019 03:31 PM | Show all posts
lkick2113 replied at 22-3-2019 03:27 PM
Kalau pergi kelantan lagi lah memalukan serambi je

2 kali jer pegi kelantan. sekali pegi sebab nak tour 1 semenanjung.. sekali sbb dasar kerja...driver orang kelantan ok, tp pegawai yg kami berurusan tu rasa dia lah yang paling pandai... asyik2 bangga bini dia ada 3 orang.. i was like
Reply

Use magic Report

Post time 22-3-2019 03:32 PM | Show all posts
Aliaskotonggo replied at 22-3-2019 03:03 PM
kalau nak jadi bagus macam negara2 kapir pertama otak kenalah cerdik, berfikiran terbuka, berani b ...

ur statement so damned funny
Reply

Use magic Report

Post time 22-3-2019 03:37 PM | Show all posts
sama jek 2 kali 5
Reply

Use magic Report

Post time 22-3-2019 03:40 PM | Show all posts
leylapple replied at 22-3-2019 03:31 PM
2 kali jer pegi kelantan. sekali pegi sebab nak tour 1 semenanjung.. sekali sbb dasar kerja...driv ...

typical org kelantan....

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

19-4-2024 05:00 PM GMT+8 , Processed in 0.568889 second(s), 50 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list