CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 543|Reply: 1

[Tempatan] Beban guru kurang menjelang hujung tahun, kembali ke tugas hakiki mengajar

[Copy link]
Post time 22-3-2019 11:49 AM | Show all posts |Read mode
BERITA
Maszlee ikrar beban guru kurang menjelang hujung tahun
News  |  Diterbitkan Hari ini 8:35 pagi  |  Dikemaskini Hari ini 8:35 pagi
   

Kementerian Pendidikan mengulangi komitmen untuk mengurangkan bebanan guru sekaligus mengembalikan tugas hakiki mereka iaitu mendidik anak-anak bangsa.

Menterinya, Dr Maszlee Malik berkata pihaknya akan memastikan bahawa sehingga hujung tahun ini para guru hanya memfokuskan kepada tugas hakiki iaitu bukan sahaja mendidik, malah berusaha membina nilai-nilai kemanusiaan.

Beliau berkata dalam amanat kementerian pada 14 Januari lepas, pihaknya telah melakar pelan untuk meringankan tugas guru dengan harapan agar para guru boleh kembali kepada tugas hakiki mereka iaitu mendidik.

"Bukan sekadar mereka terlibat dengan proses pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas semata-mata tetapi juga mereka menanamkan nilai, membina karakter dan nilai-nilai kemanusiaan di dalam jiwa anak-anak kita. Itu antara komitmen kita," katanya kepada pemberita selepas melancarkan Gerakan Massa 'Terima Kasih Cikgu' sempena sambutan Hari Guru Kebangsaan 2019, di George Town malam tadi.

Beliau berkata amanat itu sedang berjalan di peringkat sekolah dan mendapat maklum balas positif.

"Cuma mungkin ada beberapa tempat yang belum sampai, masih terpencil tetapi kita cuba pastikan bahawa sehingga hujung tahun ini semua guru-guru sudah kembali menjalankan tugas mereka yang hakiki iaitu mendidik anak-anak bangsa kita," katanya.

Sementara itu, mengulas mengenai majlis pelancaran malam ini, Maszlee berkata tanda pagar, #TerimaKasihCikgu, akan dijadikan slogan sempena sambutan Hari Guru pada tahun ini sebagai tanda menghargai jasa dan pengorbanan guru.

"Program malam ini merupakan pra pelancaran kepada sambutan Hari Guru 2019. Program malam ini juga amat bermakna kerana ia diusahakan oleh persatuan ibu bapa dan komuniti. Ini menunjukkan bahawa pendidikan adalah milik semua dan tanggungjawab semua,” katanya.

"Kita melihat bahawa ini merupakan satu petanda bahawa pendidikan kita berada di atas landasan yang betul dan ini memberikan harapan bahawa cerahnya masa depan pendidikan kita untuk membangunkan rakyat dan negara," tambahnya.

- Bernama

Rate

2

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 22-3-2019 11:53 AM | Show all posts
bagusla..kalau tak hari2 aku wsap kt grop tanya cikgu tu apa diorg buat
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

19-4-2024 10:13 AM GMT+8 , Processed in 0.128502 second(s), 32 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list