CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 3206|Reply: 31

[Tempatan] Rampasan 2.06 tan syabu bernilai RM103.2 juta, UPDATED #20 suspek?

[Copy link]
Post time 22-3-2019 01:03 PM | Show all posts |Read mode
Edited by Syd at 6-4-2019 08:50 PM

Rampasan 2.6 tan syabu terbesar bernilai RM103.2 juta
SHARKAWI LONDING


[size=0.8]
Mohmad (empat dari kiri) menunjukkan dadah jenis syabu dibungkus dalam bungkusan teh cina yang dirampas pada sidang akhbar di IPD Seri Alam, Johor.


JOHOR BAHRU - Polis berjaya menumpaskan satu sindiket pengedaran dadah antarabangsa apabila berjaya menahan enam lelaki dan merampas 2.6 tan syabu bernilai RM103.2 juta dalam tiga serbuan di Taman Desa Cemerlang, Ulu Tiram di sini Selasa lalu.


Dalam serbuan bermula pada pukul 7.30 pagi itu, kesemua suspek yang diberkas merupakan lelaki tempatan termasuk ketua sindiket masing-masing berusia antara 35 hingga 49 tahun.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Bukit Aman, Datuk Seri Mohmad Salleh berkata, kejayaan rampasan kali ini merupakan rampasan terbesar dalam sejarah Polis Diraja Malaysia (PDRM) hasil kerjasama erat daripada Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) dan Maritim Malaysia (APMM).

"Pada 19 Mac lalu, kita berjaya membongkar kegiatan satu sindiket pengedaran dadah dalam negara kita. Serbuan pertama dilakukan di sebuah ladang ternakan ikan dalam ladang kelapa sawit di Taman Desa Cemerlang di sini dan menahan tiga lelaki warga tempatan.

"Kita berjaya menemui 2.6 tan dadah jenis syabu bernilai RM103.2 juta dibungkus dalam bungkusan teh cina yang disembunyikan di dalam kontena," katanya pada sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Seri Alam di sini.

Mohmad berkata, susulan serbuan pertama itu, kita melakukan dua tangkapan susulan dan menahan tiga lagi suspek di kawasan sama.

Menurutnya, selain rampasan dadah, pihaknya turut menyita tujuh buah kenderaan mewah termasuk Lexus, Toyota Camry serta Toyota Estima selain pelbagai barangan berharga bernilai RM489,000.

Jelasnya, siasatan mendapati bekalan dadah itu mampu digunakan oleh 10.3 juta penagih dadah serta bekalan itu dipercayai diseludup dari negara Myanmar, Kemboja dan Thailand yang menjadikan negara ini sebagai transit sebelum diedar ke negara di Asia Pasifik.

"Kesemua suspek ini memiliki rekod jenayah lampau berkaitan dadah namun ujian air kencing ke atas mereka didapati negatif," katanya.

Kesemua tangkapan direman sehingga 27 Mac ini bagi membantu siasatan lanjut dibawah Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952. - K! ONLINE


Rate

2

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 22-3-2019 01:04 PM | Show all posts
apa je tak ada kat Johor nih.

semua kebabommmm.

Tahniah PDRM!
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 22-3-2019 05:31 PM | Show all posts
bungkus ala-ala plastik biskut ker



Reply

Use magic Report

Post time 22-3-2019 05:42 PM | Show all posts
Berani buat berani gantung
Reply

Use magic Report

Post time 22-3-2019 06:09 PM | Show all posts
bukan 2.6 tan la.. tapi 2.06 tan.. jauh beza tuh..

pasir gudang juga..

dia ingat, orang bz2 pasal pencemaran toksik, dia boleh punggah ngan selamat..

pack chinese tea tu.. yang kat indon tuh pun sama pack mcm nih..

so market antarabangsa la nih..
Reply

Use magic Report

Post time 22-3-2019 06:13 PM | Show all posts
NURMIMIE replied at 22-3-2019 06:09 PM
bukan 2.6 tan la.. tapi 2.06 tan.. jauh beza tuh..

pasir gudang juga..

dah tulis kat artikel tu sindikit antarabangsa

kau takyah nak tunjuk pandai komen benda yg irg semua dah tahu


Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 22-3-2019 06:18 PM | Show all posts
MMlava replied at 22-3-2019 06:13 PM
dah tulis kat artikel tu sindikit antarabangsa

kau takyah nak tunjuk pandai komen benda yg irg  ...



ai kasik tau je.. tak baca pun artikel tu..

ai tau awal..

kantin ai kan kat pasir gudang
Reply

Use magic Report

Post time 22-3-2019 06:21 PM | Show all posts
NURMIMIE replied at 22-3-2019 06:18 PM
ai kasik tau je.. tak baca pun artikel tu..

ai tau awal..

hebat polis2 tu turun padang gempur pengedar dadah

tak macam kau, 24jam berforum time kerja

siap jadi mod lagi tuuu

deyyy, pi la buat sesuatu yg bermakna dlm hidup kau


Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 22-3-2019 06:24 PM | Show all posts
MMlava replied at 22-3-2019 06:21 PM
hebat polis2 tu turun padang gempur pengedar dadah

tak macam kau, 24jam berforum time kerja

yang 24 jam tu kau..
nick pun dah beratus2..

tak der life sungguh..

kau sabar jangan meroyan.. bekalan memang kurang lah this month..
Reply

Use magic Report

Post time 22-3-2019 06:27 PM | Show all posts
NURMIMIE replied at 22-3-2019 06:24 PM
yang 24 jam tu kau..
nick pun dah beratus2..

orang pantau pengedar dadah international

kau plakkk pantau forumers forum berapa jam online

apa tujuan hidup kau ni???




Reply

Use magic Report

 Author| Post time 22-3-2019 10:57 PM From the mobile phone | Show all posts
Polis rampas 2.06 tan syabu bernilai RM103.2 juta

PASIR GUDANG: Polis merampas 2.06 tan syabu bernilai RM103.2 juta di Ulu Tiram, Johor, Selasa lalu yang disifatkan terbesar dalam sejarah Polis Diraja Malaysia (PDRM).

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN), Bukit Aman, Datuk Seri Mohmad Salleh, berkata rampasan itu hasil risikan bersama PDRM, Jabatan Kastam Diraja Malaysia dan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) sejak dua minggu lalu.

Katanya, ini adalah kejayaan terbesar PDRM melumpuhkan sindiket dadah antarabangsa yang menjadikan negara ini sebagai transit.

“Hasil risikan bersama PDRM, Jabatan Kastam dan APMM, tiga serbuan besar-besaran dilakukan antara jam 7.30 hingga 10 pagi Selasa lalu di Taman Desa Cemerlang dan Taman Pelangi Indah.

“Dalam serbuan pertama di Taman Desa Cemerlang, polis menahan tiga suspek lelaki berusia antara 35 hingga 48 tahun bersama sebuah kontena yang di dalamnya terdapat 2.06 tan syabu bernilai RM103.2 juta yang disembunyikan dalam sebuah ladang sawit.

“Syabu berkenaan disembunyikan dalam 2,000 bungkusan teh Cina Guanyingwang dan dianggarkan boleh digunakan seramai 10.3 juta penagih.

“Dalam serbuan kedua, polis menyerbu sebuah rumah di Taman Pelangi Indah, Ulu Tiram dan menahan dua suspek berusia 45 dan 49 tahun.

“Serbuan ketiga pula dilakukan di Taman Desa Cemerlang dengan seorang suspek lelaki berusia 45 tahun ditahan dan sebuah kenderaan turut dirampas.

“Dalam serbuan berkenaan polis turut merampas tujuh kenderaan mewah, tiga jam mewah, pelbagai barang kemas, wang tunai RM6,270 yang membawa nilai keseluruhan RM489,000,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media di Dewan Serbaguna Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD)Seri Alam, dekat sini,hari ini.

Yang turut hadir, Ketua Polis Johor , Datuk Mohd Khalil Kader Mohd, Timbalan Ketua Pengarah Operasi Maritim Malaysia, Laksamana Madya Maritim Datuk Mohd Zubir Mat Som dan Timbalan Ketua Pengarah (Penguatkuasaan) Kastam, Datuk Abdul Latif Abdul Kadir.

Sementara itu,Mohmad berkata, semua suspek yang ditahan itu mempunyai rekod jenayah lampau berkaitan dadah kini direman sehingga 27 Mac ini.

Beliau berkata, modus operandi sindiket berkenaan membawa masuk dadah berkenaan menerusi jalan laut dari negara ‘Segi Tiga Emas’ dadah iaitu Thailand, Myanmar dan Kemboja.

“Malaysia dipercayai dijadikan negara transit sebelum ia dihantar ke negara termasuk Singapura, Indonesia, Filipina, Jepun, Korea Selatan, Australia dan New Zealand.

“Dadah yang dibungkus dalam bungkusan teh Cina Guanyingwang ini juga taktik yang sudah diguna sejak 2012,” katanya.

Kes disiasat mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952.
Reply

Use magic Report

Post time 22-3-2019 11:06 PM From the mobile phone | Show all posts
Syd replied at 22-3-2019 01:04 PM
apa je tak ada kat Johor nih.

semua kebabommmm.

Selalunya kan dadih ni kat penang bahagian timur laut yg glamer.
Reply

Use magic Report

Post time 22-3-2019 11:07 PM From the mobile phone | Show all posts
Tu yg DAP gigih sgt nak mansuh hukuman mati
Reply

Use magic Report

Post time 23-3-2019 12:27 AM From the mobile phone | Show all posts
tobby replied at 22-3-2019 11:07 PM
Tu yg DAP gigih sgt nak mansuh hukuman mati

Bangsa dia punya bisnes laa nihh
Reply

Use magic Report

Post time 23-3-2019 12:42 AM From the mobile phone | Show all posts
Polis sebelum nak ambush dorang dah spy berbulan bulan tau.
Reply

Use magic Report

Post time 23-3-2019 04:14 AM From the mobile phone | Show all posts
pandai dorang meniaga kan. Jual teh aje dah kaya. Tak macam melayu, malas.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 23-3-2019 06:29 AM From the mobile phone | Show all posts
Terigt cite komplot dadah mesti mcm ni...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 6-4-2019 07:41 PM From the mobile phone | Show all posts
Inspektor polis ditahan Bukit Aman

Inspektor polis ditahan sepasukan polis Bukit Aman di rumahnya di Johor Bahru pagi semalam selepas dipercayai terbabit dalam aktiviti pengedaran syabu.

Pegawai berusia 30-an itu yang bertugas di sebuah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) di luar negeri ini ditahan bagi membantu siasatan berhubung rampasan terbesar syabu 2.06 tan di Ulu Tiram, bulan lalu.

Difahamkan, tangkapan dilakukan di rumahnya 7 pagi semalam oleh sepasukan anggota dan pegawai Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Bukit Aman bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 3(1) Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1985.

Ketua Polis Johor, Datuk Mohd Khalil Kader Mohd ketika dihubungi mengesahkan tangkapan berkenaan bagaimanapun enggan mengulas lanjut.

“Ya benar ada tangkapan membabitkan pegawai polis, namun saya tidak boleh mengulas lanjut kerana ia membabitkan kes Bukit Aman,” katanya.

Pada 19 Mac lalu, polis merampas 2.06 tan syabu bernilai RM103.2 juta yang disembunyikan di sebuah kontena di ladang sawit berhampiran Ulu Tiram.

Syabu itu disembunyikan dalam 2,000 bungkusan teh Cina Guanyingwang dan dianggarkan boleh digunakan 10.3 juta penagih.

Difahamkan, modus operandi sindiket berkenaan membawa masuk dadah itu menerusi jalan laut dari negara ‘Segi Tiga Emas’ dadah iaitu Thailand, Myanmar dan Kemboja.

Malaysia dipercayai dijadikan negara transit sebelum ia dihantar ke negara lain termasuk Singapura, Indonesia, Filipina, Jepun, Korea Selatan, Australia dan New Zealand.
Dipercayai taktik membungkus dadah menggunakan bungkusan teh Cina Guanyingwang digunakan sejak 2012.

Harian Metro Online.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 6-4-2019 07:48 PM From the mobile phone | Show all posts
Dadah dan polis berpisah tiada
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 6-4-2019 08:50 PM From the mobile phone | Show all posts
Ini tailong kah?

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

24-4-2024 02:49 PM GMT+8 , Processed in 0.092081 second(s), 50 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list