CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12
Return to list New
Author: Syd

[Tempatan] Rampasan 2.06 tan syabu bernilai RM103.2 juta, UPDATED #20 suspek?

[Copy link]
 Author| Post time 6-4-2019 08:51 PM From the mobile phone | Show all posts
NURMIMIE replied at 22-3-2019 06:09 PM
bukan 2.6 tan la.. tapi 2.06 tan.. jauh beza tuh..

pasir gudang juga..

Halo halo

Kenal kah itu olang?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 6-4-2019 08:55 PM | Show all posts
Syd replied at 6-4-2019 08:51 PM
Halo halo

Kenal kah itu olang?



kenal sangat..

hmmm..

LLPK abam!
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 6-4-2019 09:24 PM From the mobile phone | Show all posts
NURMIMIE replied at 6-4-2019 08:55 PM
kenal sangat..

hmmm..

Huhuhuhu

Taukeh busat ka
Reply

Use magic Report

Post time 6-4-2019 09:26 PM | Show all posts
Syd replied at 6-4-2019 09:24 PM
Huhuhuhu

Taukeh busat ka

busat ka tara busat ka wa pu chi taw..

kes masih dalam siasatan..

tapi dia mmg dok narko masa dia tugas kat jb..
Reply

Use magic Report

Post time 6-4-2019 09:30 PM From the mobile phone | Show all posts
Bye2..selamat ke tali gantung
Reply

Use magic Report

Post time 6-4-2019 10:17 PM From the mobile phone | Show all posts
Aku bkn xsokong usaha kjaan bab larangan merokok...aku sgt2 sokong dan lg sokong klu kjaan basmi dadah ni betul2..kat tmpat aku,kecoh tau geng jantan ckp ssh nk cr rokok murah..maknanya mmg kastam/kjaan buat kerja...sampai aku ada dgr bdk2 muda dok sembang pyala ssh cr rokok murah ni samapi nk beli pil kuda pun lg senang...klu la polis/kjaan betul2 komited,xde isu polis mkn suap,duit perlindungan mmg dadah pun blh dibanteras...dadah musuh negara.musuh anak muda...punca kemusnahan keluarga,ragut,rompak..banyak lagi la dr dadah..

Tahniah pdrm ats kejayaan ni.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 6-4-2019 11:19 PM | Show all posts
Syabu ke Sabu????   
Reply

Use magic Report

Post time 7-4-2019 04:51 AM From the mobile phone | Show all posts
Gila byk syabu ni...ape yg best sgtlah drg isap benda ni
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 7-4-2019 10:49 AM | Show all posts
Edited by Burong_Hantuk at 7-4-2019 10:50 AM



@ FanTasyCreaTioN

Sya ada gamba gamba yang lain







OPERATION KROKUS. Siasatan ke atas maklumat pengedaran dadah jenis syabu oleh (1) sindiket lelaki Cina di kawasan Ulu Tiram Johor.

Pada 19/3/19 jam 0700Hrs JSJN Bukit Aman dengan bantuan Cawangan Khas E1(M), serta kerjasama dari Agensi Penguatkuasa Maritim Malaysia (APMM) dan Kastam DiRaja Malaysia telah melancarkan (2) serbuan di kawasan perindustrian cemerlang Ulu Tiram Johor.

Serbuan telah berjaya menangkap seramai (6)(L) Cina tempatan berumur antara 35 tahun hingga 49 tahun.

Hasil serbuan telah membongkarkan satu stor simpanan dadah syabu dalam kontena. Syabu ini adalah untuk pasaran tempatan dan luar negara.

BUTIR RAMPASAN DADAH

1. Syabu-2,064kg.

Anggaran nilai rampasan dadah RM 103.2 juta.

Turut dirampas dan disita adalah :

1) 7 buah kereta pelbagai jenis jenis.
2) 3 Jam tangan
3) Wang Tunai RM6,270
4) Pelbagai barang kemas

Jumlah keseluruhan sitaan harta adalah RM 489,630.000

Anggaran nilai rampasan keseluruhan dadah dan harta RM 103.6 juta.

Siasatan masih diteruskan.

Untuk Makluman


Reply

Use magic Report

Post time 7-4-2019 10:53 AM | Show all posts



Reply

Use magic Report

 Author| Post time 8-4-2019 06:37 PM | Show all posts
Inspektor ditahan mungkin sumbang kepakaran

MyMetroMutakhir

Rosli Ilham
am@hmetro.com.my


POLIS masih menjalankan siasatan sama ada masih terdapat pegawai dan anggota yang terbabit dalam sindiket pengedaran dadah susulan rampasan syabu terbesar di Ulu Tiram, Johor, bulan lalu.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Bukit Aman Datuk Seri Mohmad Salleh berkata, inspektor polis berusia 30-an yang ditahan Jumaat lalu itu dipercayai baru dua bulan terbabit dalam sindiket berkenaan.

Menurutnya, beliau tidak menolak kemungkinan pegawai yang ditahan itu menyumbang kepakarannya dalam membantu sindiket itu.

“Kita tidak akan berkompromi dengan mana-mana pegawai dan anggota yang terbabit dalam salah laku jenayah.

“Sesiapa sahaja yang didapati bersalah tidak akan dilepaskan dan akan dibawa ke muka pengadilan.

“Bukan sahaja kesalahan dadah, kita tidak berkompromi dengan kesalahan lain seperti samun, pecah rumah dan keganasan rumah tangga kerana kita ada undang-undang,” katanya selepas merasmikan Pusat Latihan Polis (PULAPOL) Pantai Timur di Rantau Abang, Dungun hari ini.

Hadir sama, Timbalan Penolong Pengarah Pengurusan (Latihan) Jabatan Pengurusan, Bukit Aman, Datuk Nerita Yaacob dan Ketua Polis Terengganu, Datuk Aidi Ismail.


MOHMAD (kanan) menandatangani plak perasmian PULAPOL Rantau Abang. FOTO Rosli Ilham
Mohmad berkata, anggota terbabit tidak akan terlepas daripada dikenakan tindakan seperti tindakan tatatertib, pertuduhan mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952 atau Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952 Langkah-Langkah Pencegahan Khas (LLPK) 1985

“Saya sudah mengarahkan semua pegawai dan anggota supaya tidak terbabit dengan sindiket pengedaran dadah, rasuah dan sebagainya sekiranya tidak mahu dikenakan tindakan,” katanya.

Ditanya jumlah anggota polis yang dikenakan tindakan, Mohmad berkata, angka itu dilihat kecil berbanding 135,000 anggota yang ada.

“Sebagai manusia biasa, anggota kita juga tidak boleh lari dengan kesalahan, begitu juga dengan kakitangan awam lain.

“Pembabitan mereka ini mungkin terdorong daripada desakan keluarga, tekanan dan sebagainya sehingga mengundang mereka untuk melakukan kerja yang salah di sisi undang-undang,” katanya.

Pada 19 Mac lalu, polis merampas 2.06 tan syabu bernilai RM103.2 juta di Ulu Tiram, Johor yang disifatkan terbesar dalam sejarah Polis Diraja Malaysia (PDRM).

Selain itu, seorang inspektor turut ditahan di rumahnya di Johor Bharu pada Jumaat lalu bagi membantu siasatan berhubung rampasan syabu yang disembunyikan dalam 2,000 bungkusan teh Cina Guanyingwang di dalam sebuah kontena di ladang sawit Hulu Tiram.

Berita berkaitan:
Reply

Use magic Report

Post time 8-4-2019 06:45 PM From the mobile phone | Show all posts
Komen aku takde kaitan dgn thread tapi aku nak doakan sorang manusia ni bernama Zen alkaff akan kantoi in possession of drugs walau dimana saja beliau berada kerana beliau menggunakan alamat aku untuk terima drugs melalui poslaju.  Hanat punya kawan. Semoga beliau akan terkena dalam apa cara sekalipun. Amin
Reply

Use magic Report

12
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

6-5-2024 06:26 PM GMT+8 , Processed in 0.208417 second(s), 34 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list