CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1210|Reply: 11

[Tempatan] [ Hari Air Sedunia ]"Betapa sedihnya keadaan sungai di negeri kita' - Tunku

[Copy link]
Post time 22-3-2019 01:15 PM | Show all posts |Read mode
Edited by Syd at 22-3-2019 05:34 PM

"Betapa sedihnya keadaan sungai di negeri kita' - Tunku Idris
Astro Awani | Mac 22, 2019 12:24 MYT

TUNKU IDRIS: "Tragedi pencemaran sisa kimia di Sungai Kim Kim, Pasir Gudang membawa pengajaran untuk kita semua." - Foto Astro AWANI




JOHOR BAHRU: Tunku Temenggong Johor, Tunku Idris Iskandar Sultan Ibrahim menggesa satu langkah segera diambil untuk meningkatkan kesedaran tentang bahayanya pencemaran sungai.

Baginda turut memberi peringatan sekiranya pencemaran sungai berterusan, negeri Johor berisiko berhadapan dengan kekurangan bekalan air untuk kegunaan harian rakyat serta menampung keperluan industri.

"Bersempena dengan Hari Air Sedunia (hari ini), saya ingin menarik perhatian orang ramai kepada kesan buruk akibat mencemarkan sungai kita.

"Tragedi pencemaran sisa kimia di Sungai Kim Kim, Pasir Gudang membawa pengajaran untuk kita semua," kata baginda kepada Royal Press Office.

Tunku Idris berkata, tindakan tidak bertanggungjawab itu telah memusnahkan sungai termasuk spesis kehidupan marin serta potensinya sebagai punca air bersih.

Penaung DiRaja Taman Negara Johor itu berkata, kesemua daripada kira-kira 16 sungai utama di negeri Johor pernah terjejas akibat pencemaran.

"Betapa sedihnya keadaan sungai di negeri kita.

"Degradasi sungai secara sistematik akibat pembuangan sampah domestik serta sisa perindustrian mesti dihentikan kerana ia adalah sumber kehidupan kita," tegas baginda lagi.

Menurut Tunku Idris, krisis pencemaran di Pasir Gudang telah mengutarakan keperluan drastik untuk inisiatif baharu bagi mendidik orang awam memainkan peranan dalam melindungi sungai dan sumber air.

Tegas baginda, telah tiba masanya untuk sektor awam dan swasta mengenal pasti kaedah baharu serta idea inovatif untuk menghidupkan semula dan menyelamatkan sungai-sungai yang kotor.

"Mereka perlu menjadi proaktif, bukannya bertindak balas sahaja setiap kali berlaku sesuatu bencana.

"Saya menggesa semua pihak mempergiatkan usaha untuk membersihkan sungai, malah sekolah-sekolah juga perlu lebih aktif melibatkan pelajar dalam program "Cintai Sungai Kita" agar golongan muda ditanam kesedaran akan kepentingan sumber air yang bersih," katanya.

Sejak kejadian berlaku pada 7 Mac lalu, lebih 3,000 orang terpaksa mendapatkan rawatan akibat terhidu gas toksik akibat pembuangan sisa kimia ke dalam sungai itu.

Pencemaran itu turut menyebabkan kesemua 111 buah sekolah dalam daerah Pasir Gudang terpaksa di tutup.




Rate

2

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 22-3-2019 01:17 PM | Show all posts
Jumaat, 22 March 2019 | 12:55pm


Sungai di Johor terus tercemar jika tiada kaedah baharu - Tunku Idris



Oleh Mohd Fahmi Mohd Yusof
mohdfahmi@bh.com.my


JOHOR BAHRU: Sungai di Johor bakal menjadi kawasan pelupusan toksik secara berleluasa jika tiada usaha berterusan ke arah mendidik rakyat untuk mengambil berat mengenainya.

Tunku Temenggong Johor, Tunku Idris Iskandar Sultan Ibrahim, berkata langkah segera perlu diambil untuk meningkatkan kesedaran mengenai bahayanya pencemaran sungai.

Beliau yang juga Penaung Diraja Taman Negara Johor, berkata sudah tiba masanya untuk sektor awam dan swasta mengenal pasti kaedah baharu serta idea inovatif untuk menghidupkan semula dan menyelamatkan sungai yang kotor.


“Bersempena dengan Hari Air Sedunia (hari ini), saya ingin menarik perhatian orang ramai kepada kesan buruk akibat mencemarkan sungai kita, tragedi pencemaran sisa kimia di Sungai Kim Kim, Pasir Gudang membawa pengajaran untuk kita semua.

“Kira-kira 16 sungai utama di Johor pernah terjejas akibat pencemaran. Betapa sedihnya keadaan sungai di negeri kita.

“Degradasi sungai secara sistematik akibat pembuangan sampah domestik serta sisa perindustrian perlu dihentikan kerana ia adalah sumber kehidupan kita,” tegasnya dalam satu kenyataan di sini, hari ini.

Tunku Idris berkata, krisis di Pasir Gudang sudah mengutarakan keperluan drastik untuk inisiatif baharu bagi mendidik orang awam memainkan peranan dalam melindungi sungai dan sumber air.

“Mereka (sektor awam dan swasta) perlu menjadi proaktif, bukannya bertindak balas sahaja setiap kali berlaku sesuatu bencana.

“Saya menggesa semua pihak mempergiatkan usaha untuk membersihkan sungai, malah sekolah juga perlu lebih aktif membabitkan pelajar dalam program Cintai Sungai Kita supaya golongan muda ditanam kesedaran akan kepentingan sumber air yang bersih,” katanya.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 22-3-2019 05:35 PM | Show all posts



Memang selayaknya interview ummat dari Johor jugak.

tengok la nih.

Sungai negeri dorang laa yang hazab hauk
Reply

Use magic Report

Post time 22-3-2019 06:49 PM From the mobile phone | Show all posts
Selama ni Dok kata umat serambi mekah pengotor tapi bangsa J pun sama jgk
Reply

Use magic Report

Post time 22-3-2019 08:01 PM From the mobile phone | Show all posts
Lain Kali aduan pencemaran patut cc kpd sultan. Aduan 10 tahun tak dipedulik
Reply

Use magic Report

Post time 22-3-2019 08:11 PM From the mobile phone | Show all posts
Rumah i dekat kampung depan muara sungai,best ambik angin petang2. Tapi sejak jiran sebelah pindah, theyols satu family buang sampah kat pantai, sampai bertimbun. Tak tahan pampers, perabot, kain baju pun buang situ, padahal tong sampah tak sampai 300m dari rumah
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 22-3-2019 08:12 PM From the mobile phone | Show all posts
nazzse replied at 22-3-2019 08:11 PM
Rumah i dekat kampung depan muara sungai,best ambik angin petang2. Tapi sejak jiran sebelah pindah,  ...

Amik pic. Report.

Indon ker?
Reply

Use magic Report

Post time 22-3-2019 08:29 PM From the mobile phone | Show all posts
Syd replied at 22-3-2019 05:35 PM
Memang selayaknya interview ummat dari Johor jugak.

tengok la nih.

Selangor antara yg pling byk sungai tp still under control sbb ada lembaga mcm lembaga urus air selangor yg uruskan sungai2 ni..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 22-3-2019 08:31 PM From the mobile phone | Show all posts
Selagi tidak menjadi seperti sungai gangga,  ianya tidak menbawa kesan sampingan yang serius.  
Reply

Use magic Report

Post time 22-3-2019 08:34 PM | Show all posts
najib gak best

sungai2 semua jadi cun melecun river of life dgn duit 1mdb, duit 2.6 bilion

duit mak pak penyokong ph

tu yg mahachai ph marah sangat tuuu

duit mak pak dorang ilang katanya

padahal dlm dompet mak pak dorang, tetap ada 10 hinggit tak kurang tak lebih




Reply

Use magic Report

Post time 22-3-2019 08:43 PM From the mobile phone | Show all posts
Syd replied at 22-3-2019 12:12 PM
Amik pic. Report.

Indon ker?

Report ke majlis daerah ke?
Orang kita, laki polis lagi
Anaknya yg kecik tukang buang sampah, so that jiran2 tak jadi nak marah
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 22-3-2019 09:23 PM From the mobile phone | Show all posts
nazzse replied at 22-3-2019 08:43 PM
Report ke majlis daerah ke?
Orang kita, laki polis lagi
Anaknya yg kecik tukang buang sampah, so ...

Kan ada no hot line wassap..hantar pic kat dorg.

Tu hari sis @arasham  @noor2 ada share
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

26-4-2024 11:36 PM GMT+8 , Processed in 0.087591 second(s), 42 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list